• Dewan Az-Zahra

    Dewan Az-Zahra'

  • Asrama

    Asrama

  • Taman

    Taman

  • Tandas

    Tandas

  • Teraju SMKAP

    Teraju SMKAP

  • Surau Al-Istiqamah

    Surau Al-Istiqamah

  • Lanskap 2

    Lanskap 2

  • Anjung

    Anjung

  • Tandas 5 Bintang

    Tandas 5 Bintang

  • Blok Utama

    Blok Utama

Anugerah GPS Bestari

Alhamdulillah… setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, SMKAP berjaya menghiasi dada akhbar Sinar Harian selama 2 hari berturut-turut apabila berjaya muncul Top 5 untuk kesemua kategori yang dipertandingkan dan lebih bermakna apabila dalam Majlis Anugerah GP Bestari, SMKAP telah mendapat tempat dalam semua kategori iaitu:

  1. Kategori Tandas Paling Ceria – JOHAN
  2. Kategori Kelas Paling Ceria – JOHAN
  3. Kategori Lanskap paling ceria – Ke-3
  4. Kategori Mural Paling Kreatif – Ke-3
  5. Kategori Cikgu Paling Popular – Ke-3
  6. Video Paling Kreatif. – Ke-3

Hadiah berupa RM1500 bagi Johan dan RM1000 bagi tempat ke-3. Hal ini bermakna SMKAP berjaya membawa pulang hadiah berjumlah RM7000 dan sumbangan buku untuk Pusat Sumber Sekolah bernilai RM10,000 sumbangan Karangkraf. Permulaan tahun yang amat baik untuk SMKAP dan semoga SMKAP terus gemilang untuk tahun 2017.

gps sinar gps sinar 2

KEPUTUSAN PT3 2016

PT3 AIna

Kangar: Seramai enam pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Alawiyah, di sini, mendapat keputusan cemerlang 11A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), yang diumumkan hari ini.

Mereka adalah antara 147 calon PT3 dari sekolah berkenaan yang mengambil peperiksaan berkenaan pada tahun ini.

Daripada jumlah itu, 18 pelajar memperoleh keputusan 10A dalam semua subjek, manakala 28 pelajar lagi berjaya memperoleh keputusan 9A.

Sementara itu, seorang pelajar, Aina Nadhirah Mansor, 15, antara pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 11A di sekolah berkenaan menganggap kejayaan yang diperolehnya adalah berkat usaha dan doa daripada kedua ibu bapanya.

“€œSebelum ini kakak saya pernah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) beberapa tahun lalu jadi saya ingin mengulangi kejayaan itu dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam PT3 kali ini.

“€œAlhamdulillah, saya bersyukur kerana usaha saya dan ibu bapa serta guru selama ini ternyata membuahkan hasil berbaloi dan mereka ini juga banyak memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Secara keseluruhannya, seramai 4,070 pelajar tingkatan tiga dari seluruh Perlis menduduki peperiksaan PT3 pada tahun ini.

ends

Artikel ini disiarkan pada : Harian Metro Isnin, 19 Disember 2016 @ 1:51 PM

Majlis Pendaftaran Pelajar Sesi 2017

Majlis Pendaftaran Pelajar diadakan bagi memastikan kesediaan pelajar untuk memulakan sesi persekolahan 2017. Majlis tersebut akan diadakan pada 31 Disember 2017 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi. Semua pelajar  terlibat kecuali pelajar Tingkatan 4. Hanya pelajar Tingkatan 1 sahaja dikehendaki hadir bersama waris.

Butiran tempat adalah seperti berikut:

  • Tingkatan 1 – Dewan Az-Zahra’
  • Tingkatan 2 – Dewan Sibawayh
  • Tingkatan 3 – Dewan Makan Asrama
  • Tingkatan 5 – Surau Al-Istiqamah
  • Tingkatan 6 – Makmal Komputer

Tentatif:

  • 08.00 – 08.30 –>Pendaftaran
  • 08.30 – 10.00 –> Taklimat di tempat yang ditentukan di atas
  • 10.00 – 10.30 –> Rehat
  • 10.30 – 12.00 –> Pengurusan Kelas di kelas masing-masing.

 

SPM 2016

Selamat Menghadapi Peperiksaan kepada semua SRIKANDI SMKAP. ALL THE BEST. InsyaAllah anda semua BOLEHHHH!!!! Doa dan restu daripada semua guru dan warga SMKAP.

FESTIVAL KESENIAN ISLAM 2016

Festival Kesenian Islam 2016 anjuran KUIPs dan DBP telah diadakan pada 8 & 9 Okt 2016 bertempat di Dewan Warisan. Seramai 15 orang pelajar SMKAP telah menyertai pertandingan KHAT. 10 orang pelajar layak ke peringkat akhir dan 3 orang berjaya mendapat saguhati.

Tempat ke-4: Nur Sabrina bt Azmel

Tempat ke-5: Aisyah Nuwairah bt Anuar

Tempat ke-6: Nurul Husna Mohammad Zaki.

photo_2016-10-11_11-12-05 photo_2016-10-11_11-12-21 photo_2016-10-11_11-12-26 photo_2016-10-11_11-12-30 photo_2016-10-11_11-12-35

KONVENSYEN DOKTOR MUDA PERINGKAT NEGERI PERLIS

dr-muda

Konvenyen telah diadakan pada 24 Set. 2016 bertempat di SMK Dato’ Ali. SMKAP telah berjaya mendapat JOHAn dalam BICARA SPONTAN BM, NAIB JOHAN Bicara Spontan BI dan NAIB JOHAN Inovasi BBM. Tahniah dan Syabas kepada semua peserta dan guru pembimbing.

KUIZ SEJARAH PERINGKAT NEGERI

kuiz-sejarahTahniah dan syabas kepada semua peserta Kuiz Sejarah dan guru pembimbing yang telah merangkul JOHAN NEGERI. Dari kiri Aisyah Wajihah Adam Tan, Anis Nadia Hasim, Pn Hamidah, Pn. Nizar , Siti Hajar, Nurul Huda Dinie.

Pertandingan Daie Junior

Pertandingan Daie Junior sempena Karnival Pendidikan Islam SKK Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya di SMK Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang pada 23 dan 24 September 2016. Srikandi SMKAP tidak menghampakan apabila dianugerahkan Persembahan Multimedia Terbaik. Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta daie iaitu Humaira’ Sofiya bt Mohd Yusree manakala peserta multimedia Norhuda Dinie bt Norhamizi dan Mastura bt Mahayadin. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru pengiring dan jurulatih iaitu Ustazah Aizatul Fitrah bt Ibrahim dan Ustz. Zainah Abdullah serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melahirkan daie SMKAP yang serba boleh, dunia dan akhirat.

20160924_110923 20160924_124914 20160924_131151 20160929_092132 20160929_100853

KEJOHANAN TAEKWANDO PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

Kejohanan Taekwando Peringkat Kebangsaan Zon Utara 2016 telah diadakan di Dewan ILP Kangar Perlis pada 23 – 25/9 2016. Alhamdulillah sekali lagi srikandi SMKAP berjaya mengharumkan nama sekolah dan negeri menerusi Nurul Najwa Asyilah bt Roskifzan yang memegang Tali Pinggang Hitam memenangi PINGAT EMAS dan Hanis Syamimi Anis Afendi Tali Pinggang Merah memenangi PINGAT GANGSA.

taekwondo1 taek2

Salam AidilAdha

aidil-adha2

Translate »