smkapedu

About

Posts by :

KEPUTUSAN STPM 2019

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi atas keizinanNya jua, keputusan STPM 2018 menunjukkan lonjakan apabila memperoleh NGMP 3.10 bagi tahun 2018  berbanding tahun 2017 iaitu 2.76. Dengan keputusan tersebut, SMKAP berjaya menduduki ranking ke-2 di negeri Perlis selepas SMK Syed Alwi.  Pelajar terbaik Juliana Bt Hafiz dan Puteri Najwa Adina bt Mohamad dgn NGMP 3.92 dan pelajar yg memperolehi NGMP 3.00 ke atas seramai 30 org pelajar.. Tahniah kepada semua guru-guru terutama guru-guru Tingkatan 6 atas penat lelah yang telah dicurahkan kepada anak-anak pelajar. 

LADAP 1 2019

Alhamdulillah. Ladap 1 2019 buat dalam bentuk explorace telah diadakan pada 8 Mac 2019. Julung-julung kali diadakan LADAP PAK 21. Satu pengalaman yang amat mengujakan para guru dan staf. Dari SMKAP-Checkpoint 1(SMK MATA AYER)-Nursery-Padang Besar-Burung Unta-Gua Kelam.  Ramai yang pertama kali terutamanya untuk orang Perlis yang lama merantau mencuba dan merasa nasi gulai itik sedap di Perlis ni. Kumpulan dibahagi sama banyak ikut peringkat umur supaya menguatkan lagi hubungan antara warga SMKAP sbb ramai ahli baru.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pertandingan masak pon meriah sampai  tak larat nak makan. Tahniah kepada AJK MASS atas penganjuran LADAP yang sangat menarik dan mencapai objektif iaitu ‘team building’ dalam kumpulan khususnya dan warga SMKAP amnya. Sekalung syabas dan mabruk kepada semua guru dan staf yang telah berjaya menamatkan explorace dengan jayanya dan secara tak langsung menjayakan hasrat pengetua untuk menjadikan SMKAP  “Sekolah Dalam Taman” apabila setiap kumpulan menyumbangkan dua pokok bunga dari spesis keladi dan puding.

MTQ PERINGKAT ZON UTARA

مبارك عليكم.  Tahniah kepada semua pemenang dan peserta-peserta MTQ Zon Utara serta guru-guru pembimbing yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan kejayaan anak2 pelajar. SMKAP sekali lagi diamanahkan sebagai tuan rumah pada 5 Februari 2019.  Keputusan pertandingan:

  1. JOHAN Hafazan – AIna Najihah
  2. NAIB JOHAN Syarahan – Aimi
  3. TEMPAT KE-3 Syarahan – Sabriah Sabri
  4. JOHAN Khat – Aisyah
  5. NAIB JOHAN Tilawah – Ain Sofea.
  6. JUARA KESELURUHAN PEREMPUAN

KEJAYAAN FEBRUARI 2019

Bulan Februari mencatatkan kejayaan manis buat SMKAP apabila pada 28/2 Pasukan Ping-Pong Sekolah berjaya melayakkan diri ke Suku Akhir dalam Kejohanan Ping Pong MSSPs. Peserta yang terlibat ialah Aisyah Nuwairah, Aina Husna, Nurathirah Huwaida dan Nur Alya Fathini.  Pada 27/2 bertempat di SMK Syed Alwi, Pasukan Bola Jaring Bawah 15 Tahun berjaya menggondol Naib Juara MSSPs, kalah tipis kepada musuh tradisi, Sekolah Sukan Syed Hassan. Pasukan bawah 18 tahun turut berjaya mendapat tempat ke-3 bersama.  Pada 23/2 juga telah berlangsung Kejohanan Catur Sirkit 2 anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kangar dan Perlis Northern Lion Chess Association Tajaan YB Noor Amin Ahmad bertempat di IPGM. Nur Alisa Sofiya bt Rosyidan telah dinobatkan sebagai Terbaik Perempuan bawah 18 tahun. Pasukan Silat jugak tidak ketinggalan menyumbangkan 6 pingat Gangsa dalam Kejuaraan Silat Olahraga Perlis yang telah berlangsung pada 22 – 24 Februari di Dewan Rakan Sukan. Srikandi tersebut ialah Lubna, Umairah Khairina, Fatma Al-Zahraa, Masliana Aisya, Anis Nabilah dan Siti Nur Athirah.

BANGKOK INTERNATIONAL INTELLECTUAL PROPERTY, INVENTION, INNOVATION AND TECHNOLOGY EXPOSITION

 

Bangkok, Thailand | 2 – 6 Februari 2019: Tahniah kepada Ckg. Khairil dan Ustaz Idris atas kejayaan cemerlang mengharumkan nama Perlis dan Malaysia amnya dengan memperoleh Gold Medal untuk rekaan “Stationary Card For Student”. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada anak² SMKAP Anisah, Ain, Anis yang membawa pulang Bronze Medal bagi produk mereka iaitu “Ez Purse”. Terima kasih tak terhingga kpd Cikgu Norafiza yang bertungkus lumus dari dua bulan yang lepas utk membawa pasukan inovasi sekolah ke Bangkok. Juga terima kasih kpd Ckg Noor Atikah sebagai guru pengiring serta terima kasih utk pengurusan SMKAP serta para guru sekalian di atas sokongan dan doa kalian. Syukran jazilan, 

LAWATAN RASMI DUTA ROMANIA KE SMKAP

 

23 Jan 2019, satu lagi sejarah tercatat di bumi wakaf apabila terpilih sebagai pilihan Duta Romania sempena lawatan Duta-Duta Besar EU ke Negeri Perlis.Tepat jam 8.50 pagi, ketibaan Duta Besa Romania, Constantin Volodea Nistor disambut dengan persembahan silat oleh srikandi2 SMKAP dan seterusnya merasmikan Laman KOOP INSTECT di koperasi sekolah.  Acara dewan berlangsung di Dewan Sibawayh diisi dengan ucapan aluan pengetua kemuadian diikuti syarahan umum TYT Duta Besar Romania. Beliau menyentuh tentang hubungan dua hala antara Malaysia dan Romania yang telah terjalin sejak 1969. Beliau mengalu-alukan pelajar malaysia terutamanya pelajar SMKAP untuk menlanjutkan pelajaran ke Romania dan menurut beliau ramai pelajar dari Malaysia menyambung pelajaran terutamanya dalam bidang perubatan. Acara diteruskan dengan sesi soal jawab kemudian tetamu dihidangkan dengan tayangan video korporat sekolah dan berakhir dengan upacara penyampaian cenderamata oleh kedua-dua pihak. Walaupun hanya seketika bertemu, jelas terpancar di wajah tetamu khas akan keterujaan bersama-sama dengan warga SMKAP dan semoga hubungan ini akan terus mekar merentasi kesatuan Eropah….

PERTANDINGAN CYBERSAFE IN SCHOOLS 2018

Tahniah dan syabas kepada Ummi Aniqah (2UK) atas kejayaan memenangi pertandingan kategori individu CyberSafe di Sekolah 2018 anjuran KPM, BTP dan Digi Telekomunikasi. Sebagai pemenang umi menerima ‘certificate of achievement’ daripada BTP, Google Malaysia dan Digi serta beg kalis air.

PENDAKWAH MUDA NEGERI PERLIS 2018

21 Nov. 2018, SMKAP melakar kejayaan manis sebagai penutup tirai persekolahan 2018 apabila dinobatkan JOHAN Pencarian Bakat Pendakwah Muda Negeri Perlis 2018. Pendakwah Muda  Nur Ainaa Najihah Hasfizal Affendy & Pembantu Multimedia: Nor Shuhada Shafiee memukau juri dan penonton dengan persembahan mantap dan menusuk jiwa di Dewan SK Pendidikan Khas. Sekalung penghargaan dan syabas kepada Jurulatih Saringan: Usth Aizatul Fitrah dan Jurulatih Final: Usth Zainah Abdullah. Semoga butir-butir permata SMKAP akan terus bergemerlapan di serata pelusuk dunia.

KEJOHANAN SENI BELA DIRI TAEKWANDO PERINGKAT KEBANGSAAN

Tahniah dan syabas kepasa Nur Ameera Farhana bt Narla (1SK) kerana telah mendapat pingat GANGSA dalam Kejohanan Taekwando (MTA) Jemputan Kebangsaan Piala YB Senator Dr Radzi Jidin dan Kejohanan Seni Bela Diri Zon Pantai Timur yang telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Ketereh Kota Bharu Kelantan pada 16 – 17 November 2018.

PERTANDINGAN BAHASA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH SEMPENA JERAYAWARA GERAKAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN ZON UTARA 2018

Pada 12 Nov. 2018 bertempat di Pepustakaan Awam Negeri Kedah. Alor Setar Kedah telah berlangsung Pertandingan Bahasa Berirama Sekolah Menengah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Perpustakaan Awam Negeri Kedah dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Alhamdulillah, SMKAP sebagai wakil tunggal dari Perlis tidak menghampakan apabila berjaya mendapat NAIB JOHAN dan membawa pulang sijil serta hadiah berupa wang tunai RM600.00. Syabas dan tahniah kepada anak-anak SMKAP serta guru-guru yang terlibat.

Translate »
powered by rekommend.io