smkapedu

About

Posts by :

TAHNIAH….SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA SMKA (P) KANGAR ATAS PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN. SEMOGA ATAS SEGALA USAHA DAN KERINGAT WARGA SMKAP TERMASUK PIBG SENTIASA DIBERKATI DAN DIREDHAI OLEH ILAHI. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMAINKAN PERANAN SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG BAGI MENCAPAI KEJAYAAN INI. SEKIAN JUTAAN TERIMA KASIH.

Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Untuk Pelajar SPM dan STPM 2012 Peringkat Negeri Perlis 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Untuk Pelajar SPM (Keptutusan 5A ke atas) dan STPM (keputusan 3.0 ke atas) 2012 Peringkat Negeri Perlis akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh: 9 April 2013 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi

Tempat: Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, Kangar Perlis.

Semua pelajar cemerlang tersebut dijemput hadir bersama-sama seorang waris untuk menerima hadiah tersebut.  Sekali lagi tahniah daripada seluruh warga SMKAP atas kejayaan yang telah dicapai.

Tahniah SPM 2012

 

Alhamdulillah….. keputusan SPM yang diumumkan pada hari ini membawa berita gembira kepada seluruh warga SMKAP. SMKAP mencatatkan peningkatan GPS sebanyak 0.16 daripada 2.94(2011) kepada 2.78 dan menduduki tempat ketiga negeri selepas SMK Derma dan SM Sains Tuanku Syed Putra.  9 subjek menunjukkan peningkatan GPS yang ketara antaranya Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah, Matematik, Prinsip Perakaunan, dan Ekonomi Asas. Seramai 14 orang pelajar memperoleh 8A, 3 orang 9A, 7 orang 10A dan 9 orang mendapat 11A. Pelajar terbaik ialah Siti Fariha Adilah bt Ismail (9A+ 2A-). Tahniah kepada semua pelajar dan guru-guru yang telah bertungkus lumus bagi mencapai kejayaan ini.  Teruskan perjuangan agar SMKAP terus gemilang mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

STPM 2012

Keputusan STPM diumumkan hari ini. Tahniah kepada semua pelajar STPM 2012 atas kejayaan yang telah diperoleh. Segala jerit perit anda selama ini telah berbayar. SMKAP telah berjaya memperoleh kelulusan 100% dengan semua pelajar mendapat sijil penuh.  GPS menurun sedikit daripada tahun lepas iaitu 2.73 berbanding 2.83.

Syabas dan tahniah kepada pelajar terbaik sekolah:

  1. Siti Fairus bt Mat Desa (4.00)
  2. Farah Farhana bt Abdul Aziz (3.91)

Majis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Utara (MTQ)

SMKAP telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan ini pada 16 Mac 2013. SMKAP telah mendapat johan keseluruhan bagi kategori perempuan. Berikut antara pencapaian SMKAP dalam pertandingan ini:

1. Johan bagi pertandingan tilawah Al-Quran
2. Naib Johan bagi pertandingan tilawah Al-Quran
3. Naib Johan bagi pertandingan syarahan
4. Tempat ketiga bagi petandingan syarahan
5. Johan bagi pertandingan hafazan
6. Naib Johan bagi pertandingan hafazan

Tahniah kepada para pemenang. Diharap dapat memberi persembahan terbaik untuk peringkat negeri sekaligus mewakili negeri ke peingkat kebangsaan.

Ujian Penilaian 1

Ujian Penilaian 1 sedang dijalankan untuk pelajar tingkatan 3 bermula 6/3 – 12/3 manakala bagi pelajar tingkatan 4 & 5, Ujian bermula 5/3 – 12/3. Semoga berjaya.  Cuti Penggal 1 akan bermula 23/3 – 1/4/2013. Harap Maklum

Pelancaran Mari Berbahasa Arab

Untuk merealisasikan Bahasa Arab sebagai niche area SMKAP, maka pada 5 Februari 2013 telah dilancarkan "Mari Berbahasa Arab Sepanjang Tahun Fasa 2 Tahun 2013" oleh Tuan Pengetua SMKAP Puan Hajah Shabariah bt Othman. Program ini dirancang dengan teliti oleh Panitia Bahasa Arab untuk memupuk minat pelajar secara berterusan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab. Program ini merupakan kesinambungan fasa pertama yang telah dilancarkan pada tahun 2012.

Pelbagai Aktiviti telah dirancang antaranya:

  1. Kalimat Yaumiyah – Selasa, Rabu dan Khamis selama 1 minit selepas Bacaan Al-Quran.
  2. Hari Bahasa Arab – Setiap Khamis
  3. Mahrajan Fanni Tahbibul Lughah (Ting. 1) – 1 Mac
  4. Slot Tahbibul Lughah untuk guru dan staf -setiap hari Rabu
  5. Mughamarat Lugawiah di Putra Jaya dan Morib – Jun 2013
  6. Kalimatus Sobah Men. Rendah – 8 Mac 2013
  7. Darul Himkah Mini
  8. Persembahan Hiwar dan Kalimah Sobah Ihtifal 

Cuti Tahun Baharu Cina

SMKAP akan bercuti sempena Tahun Baharu China bermula 11/2/2013 – 15/2/2013.  Sekolah akan dibuka semula pada 18/2/2013. Selamat bercuti dan kepada semua pelajar, pastikan kerja sekolah yang dibekalkan oleh para guru dapat disiapkan.

Ekspo Keusahawanaan (Forum)

Pada tarikh 6 Febuari yang lalu jam 8.00 malam,pelajar asrama SMKAP telah menghadiri sebuah forum yang berlangsung di Dataran Jubli Emas sempana Ekspo Keusahawanaan. Forum tersebut dihadiri oleh raja muda Perlis dan isterinya.Hafiz Hamidun turut serta dalam forum tersebut dan mempersembahkan nasyid.Para pelajar berasa gembira atas undangan yang diberikan oleh penganjur.

Ekspo Keusahawanaan tersebut berlangsung dari 6 Febuari hingga 8 Febuari 2013.Para hadirin dijemput hadir kerana banyak program yang akan diakan seperti ceramah,pameran dan sebagainya.

 

:) 

EKSPO KEUSAHAWANAN (SENAMROBIK TINGKATAN 1)

Pada tarikh 6 Febuari yang lalu, pelajar tingkatan 1 SMKAP telah pergi ke Ekspo Keusahawanaan yang berlansung di Dataran Jubli Emas.

Tatacara:

1) Senamrobik

2) Ceramah kesihatan

3) Jamuan

4) Bersurai

Pelajar tingkatan 1 berasa sungguh gembira kerana dapat mencergas badan serta mencerdaskan otak dan mendapat ilmu pengetahuan yang baru.

Translate »
powered by rekommend.io