smkapedu

About

Posts by :

Kejohanan Bola Tampar MSSPs

Tahniah kepada pasukan bola tampar SMKAP kerana terus mara ke pusingan seterusnya apabila berjaya menjadi Juara kumpulan G yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Arau pada 7 Mei 2013. Perlawanan seterusnya akan berlangsung pada hari ini 13 Mei 2013 pada jam 3.00 petang. Kepada semua warga SMKAP, anda semua dijemput hadir bagi memberi sokongan. Semoga Berjaya. SMKAP BOLEH!

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Selamat menduduki peperiksaan Pertangahan Tahun bagi pelajar ting 3, 4 dan 5. Peperiksaan bermula 13 – 20 Mei bagi Tingkatan 3 dan bagi Tingkatan 4 dan 5 bermula 7 Mei.  Semoga berjaya

Majlis Graduasi dan Majlis Anugerah Permata 2013

Majlis Graduasi Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 sesi 2012 akan diadakan serentak bersama dengan Majlis Anugerah Permata pada 30 April 2013. Pihak sekolah amat mengharapkan agar semua pelajar yang terlibat dapat menghadirkan diri bagi menjayakan kedua-dua majlis tersebut.

TAHNIAH….SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA SMKA (P) KANGAR ATAS PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN. SEMOGA ATAS SEGALA USAHA DAN KERINGAT WARGA SMKAP TERMASUK PIBG SENTIASA DIBERKATI DAN DIREDHAI OLEH ILAHI. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMAINKAN PERANAN SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG BAGI MENCAPAI KEJAYAAN INI. SEKIAN JUTAAN TERIMA KASIH.

Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Untuk Pelajar SPM dan STPM 2012 Peringkat Negeri Perlis 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Untuk Pelajar SPM (Keptutusan 5A ke atas) dan STPM (keputusan 3.0 ke atas) 2012 Peringkat Negeri Perlis akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh: 9 April 2013 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi

Tempat: Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, Kangar Perlis.

Semua pelajar cemerlang tersebut dijemput hadir bersama-sama seorang waris untuk menerima hadiah tersebut.  Sekali lagi tahniah daripada seluruh warga SMKAP atas kejayaan yang telah dicapai.

Tahniah SPM 2012

 

Alhamdulillah….. keputusan SPM yang diumumkan pada hari ini membawa berita gembira kepada seluruh warga SMKAP. SMKAP mencatatkan peningkatan GPS sebanyak 0.16 daripada 2.94(2011) kepada 2.78 dan menduduki tempat ketiga negeri selepas SMK Derma dan SM Sains Tuanku Syed Putra.  9 subjek menunjukkan peningkatan GPS yang ketara antaranya Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah, Matematik, Prinsip Perakaunan, dan Ekonomi Asas. Seramai 14 orang pelajar memperoleh 8A, 3 orang 9A, 7 orang 10A dan 9 orang mendapat 11A. Pelajar terbaik ialah Siti Fariha Adilah bt Ismail (9A+ 2A-). Tahniah kepada semua pelajar dan guru-guru yang telah bertungkus lumus bagi mencapai kejayaan ini.  Teruskan perjuangan agar SMKAP terus gemilang mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

STPM 2012

Keputusan STPM diumumkan hari ini. Tahniah kepada semua pelajar STPM 2012 atas kejayaan yang telah diperoleh. Segala jerit perit anda selama ini telah berbayar. SMKAP telah berjaya memperoleh kelulusan 100% dengan semua pelajar mendapat sijil penuh.  GPS menurun sedikit daripada tahun lepas iaitu 2.73 berbanding 2.83.

Syabas dan tahniah kepada pelajar terbaik sekolah:

  1. Siti Fairus bt Mat Desa (4.00)
  2. Farah Farhana bt Abdul Aziz (3.91)

Majis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Utara (MTQ)

SMKAP telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan ini pada 16 Mac 2013. SMKAP telah mendapat johan keseluruhan bagi kategori perempuan. Berikut antara pencapaian SMKAP dalam pertandingan ini:

1. Johan bagi pertandingan tilawah Al-Quran
2. Naib Johan bagi pertandingan tilawah Al-Quran
3. Naib Johan bagi pertandingan syarahan
4. Tempat ketiga bagi petandingan syarahan
5. Johan bagi pertandingan hafazan
6. Naib Johan bagi pertandingan hafazan

Tahniah kepada para pemenang. Diharap dapat memberi persembahan terbaik untuk peringkat negeri sekaligus mewakili negeri ke peingkat kebangsaan.

Ujian Penilaian 1

Ujian Penilaian 1 sedang dijalankan untuk pelajar tingkatan 3 bermula 6/3 – 12/3 manakala bagi pelajar tingkatan 4 & 5, Ujian bermula 5/3 – 12/3. Semoga berjaya.  Cuti Penggal 1 akan bermula 23/3 – 1/4/2013. Harap Maklum

Pelancaran Mari Berbahasa Arab

Untuk merealisasikan Bahasa Arab sebagai niche area SMKAP, maka pada 5 Februari 2013 telah dilancarkan "Mari Berbahasa Arab Sepanjang Tahun Fasa 2 Tahun 2013" oleh Tuan Pengetua SMKAP Puan Hajah Shabariah bt Othman. Program ini dirancang dengan teliti oleh Panitia Bahasa Arab untuk memupuk minat pelajar secara berterusan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab. Program ini merupakan kesinambungan fasa pertama yang telah dilancarkan pada tahun 2012.

Pelbagai Aktiviti telah dirancang antaranya:

  1. Kalimat Yaumiyah – Selasa, Rabu dan Khamis selama 1 minit selepas Bacaan Al-Quran.
  2. Hari Bahasa Arab – Setiap Khamis
  3. Mahrajan Fanni Tahbibul Lughah (Ting. 1) – 1 Mac
  4. Slot Tahbibul Lughah untuk guru dan staf -setiap hari Rabu
  5. Mughamarat Lugawiah di Putra Jaya dan Morib – Jun 2013
  6. Kalimatus Sobah Men. Rendah – 8 Mac 2013
  7. Darul Himkah Mini
  8. Persembahan Hiwar dan Kalimah Sobah Ihtifal 

Translate »
powered by rekommend.io