Uncategorized

Keputusan STPM 2013

Debaran untuk STPM telah berakhir…. ALhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana SMKAP telah berjaya menduduki ranking yang PERTAMA bagi negeri Perlis dengan lulus 100% dan GPS 3.00. Tahniah kepada semua pelajar dan tenaga pengajar yang telah berpenat lelah untuk memastikan srikandi SMKAP mendapat kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Srikandi STPM SMKAP

Srikandi STPM SMKAP

Pelajar Terbaik STPM 2013

Pelajar Terbaik STPM 2013 – Siti Zubaidah

Debate

12 Mac 2014. Tahniah kepada pasukan Bahas Bahasa Inggeris yang terdiri daripada Nurul Najwa, Nur Illyana, Sharifah Nadhirah, Nurul Nadiatul Hikmah dan Ilham Aqilah serta guru penasihat Teacher Ismaizah, Pn. Nurminazura dan semua guru yang terlibat kerana telah berjaya menewaskan SMK Derma untuk mara ke peringkat akhir Zon Utara. Pertandingan peringkat akhir akan diadakan pada 3 April 2014 bertempat di SMKAP. Teruskan perjuangan dan doa semua warga SMKAP bersama anda. Semoga berjaya.

Kuiz Asean

Kepada semua pelajar yang menyertai Kuiz Asean, sila download soalan kuiz di bawah dan isi jawapan anda dalam borang kawapan yang disediakan. Selesai menjawab, sila email borang jawapan anda kepada atizor_03@yahoo.com atau rozita31883@yes.my. Tarikh ujian ialah pada hari ini Selasa 11 Mac 2014 dari pukul 10.00 pagi – 11.00 pagi. Harap maklum.

Majlis TIlawah Al-Quran (MTQ) Zon Utara 2014

MTQ peringkat Zon Utara telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Mac 2014 bertempat di SMKAP. Berikut ialah keputusan penghakiman. Tahniah kepada semua peserta dan jurulatih kerana sekali lagi SMKAP dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan MTQ Puteri manakala MATRI Johan Keseluruhan Putera.

TILAWAH AL-QURAN (PUTERA)

PERTAMA NUR MOHD NAUFAL BIN DUROKHMAN SMK ABI
KEDUA ABDULLAH HUSAIN BIN JAMALUDIN MATRI
KETIGA AHMAD SAIFULLAH BIN AHMAD SABRI SMK BESERI

 

TILAWAH AL-QURAN PUTERI)

PERTAMA ANIS KHAIRANI BINTI MARZARI SMKAP
KEDUA AFIFAH BINTI GHAZALI SMKAP
KETIGA NASRIYYAH BINTI AHMAD MATRI

 

TILAWAH AL-QURAN PUTERI)

PERTAMA ANIS KHAIRANI BINTI MARZARI SMKAP
KEDUA AFIFAH BINTI GHAZALI SMKAP
KETIGA NASRIYYAH BINTI AHMAD MATRI

 

HAFAZAN AL-QURAN (PUTERA)

PERTAMA MOHAMAD AFIQ DANIEL BIN AZMI MATRI
KEDUA MUHAMMAD FARIS BIN SHAHRUL AZMI MRSM BESERI
KETIGA AHMAD ZAKRI BIN AHMAD NIZAR SMK TENGKU LAILATUL SHAHREEN

 

HAFAZAN AL-QURAN (PUTERI)

PERTAMA ARWA BINTI MOHD ADI MATRI
KEDUA SITI NUR AQILAH BINTI SABRI SMKAP
KETIGA PUTERI BAIDURI BINTI JAMALUDIN SMKAP

 

SYARAHAN AGAMA SPONTAN (PUTERA)

PERTAMA MOHAMAD ZULFITRI BIN HANIZAN MRSM
KEDUA ASYTTAR BIN ASYRAF MATRI
KETIGA MOHAMAD AMIR SYAHIRAN BIN NORHARNAN SMK TENGKU SULAIMAN

 

SYARAHAN AGAMA SPONTAN (PUTERI)

PERTAMA NURUL SABILA BINTI HARUN SMKAP
KEDUA SITI MARYAM BINTI AHMAD SMK TENGKU SULAIMAN
KETIGA SITI AISYAH BINTI AZHAR MATRI

 

KUIZ AGAMA MENENGAH RENDAH

PERTAMA SMK TENGKU SULAIMAN  
KEDUA SMK DERMA  
KETIGA SMK TENGKU LAILATUL SHAHREEN  

 

KUIZ AGAMA MENENGAH ATAS

PERTAMA MATRI  
KEDUA SMK TENGKU SULAIMAN  
KETIGA SMK TENGKU LAILATUL SHAHREEN  

Bahas Bahasa Melayu

Tahniah kepada Pasukan Bahasa SMKAP kerana telah berjaya mengalahkan pasukan Bahas Sek. Men. Tuanku Fauziah yang telah berlangsung di SMK Tunku Sulaiman pada 4 Mac 2014. SMKAP diwakili oleh Tasneem Annisa, Mawaddah Zainol, Mariam Jamilah, Nabiha Adlyna dan Farihin. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada guru pembimbing yang terdiri daripada Pn. Afiza Khalid, Pn Isma Junaiza dan Pn. Dayang Salmah.  Pasukan Bahas SMKAP akan bertemu dengan MATRI. Semoga berjaya.

TAHNIAH…. PASUKAN BOLA TAMPAR

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Alhamdulillah…. SMKAP berjaya melakar sejarah dalam Pertandingan Bola Tampar Peringkat Negeri Perlis apabila berjaya merangkul naib johan menentang SMK Derma dalam kejohanan Bola Tampar Bawah 18 tahun Perempuan Majlis Sukan Sekolah Perlis pada 5 – 11 Februari 2014. Kejohanan telah berlangsung di IPGM Perlis. . Kalah pun kalah bergaya sebab memberikan saingan sengit kepada SMK Derma yang memegang status sekolah elit dalam bola tampar. Nur Syahirah binti Azhar telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dan penghadang terbaik kejohanan. Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih serta guru-guru yang terlibat atas komitmen yang tinggi untuk memastikan SMKAP seiring dengan sekolah-sekolah lain dalam kokurikulum walaupun banyak kekangan yang kita hadapi. Semoga tahun depan… kita dapat merangkul JOHAN.

Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan

Esok, 28/1 akan diadakan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan kepada semua pelajar bermula jam 12.00 tengah hari. Ibu Bapa/penjaga boleh mendapatkan duit bantuan tersebut di kelas anak masing-masing daripada guru kelas. Pelajar-pelajar dibenarkan pulang bersama ibu bapa selepas selesai majlis tersebut. Harap Maklum.

Latihan Merentas Desa

Latihan Merentas Desa akan diadakan pada 15,16 dan 21 Januari.

Pertandingan Merentas Desa pula akan diadakan pada 23 Januari.

Harap Maklum.

PMR 2013

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T atas kejayaan yang paling manis untuk sejarah PMR apabila seramai 44 pelajar telah berjaya memperoleh 9A dan 27 pelajar mendapat 8A. GPS sekolah juga adalah yang terbaik iaitu 1.33 berbanding tahun 2012(1.41), 2011(1.35). 7 matapelajaran menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi. Tahniah kepada semua guru dan pelajar serta semua warga sekolah yang telah sama-sama menggembleng tenaga tanpa mengira penat lelah. Sesungunhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

Pelantikan Pengawas, Naqibah Badar, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Tingkatan dan Majlis Perwakilan Pelajar Ting. 6

Pada hari ini, 13 Januari 2014 telah diadakan Majlis Pelantikan Pengawas, Naqibah Badar, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Tingkatan dan Majlis Perwakilan Pelajar Ting. 6. Seramai 73 orang pengawas, 68 orang Naqibah Badar, 49 orang Pengawas PSS, 46 orang Ketua dan Penolong Tingkatan serta 7 orang Majlis Perwakilan Pelajar telah  diberi amanah sebagai tulang belakang kepada guru-guru dan pihak pengurusan bagi memastikan visi dan misi sekolah dapat dicapai.

Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis dan Lagu Sekolah diikuti oleh Ucapan Tuan Pengetua. Seterusnya ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Sokri bin Haji Husin. Watikah disampaikan oleh Tuan Pengetua diiringi oleh Puan Nor Asma binti Abdullah, PK HEM. Upacara Lafaz ikrar pula diketuai oleh Ketua Pengawas Saudari Mariam Jamilah binti Mohd Fairus.

Acara kemuncak ialah upacara menandatangani watikah ikrar oleh ketua pengawas dan Pengetua SMKAP, Puan Hjh Sabariah binti Othman disaksikan oleh Puan Nor Asma dan Tuan Haji Sokri. Majlis bersurai pada pukul 9.20 pagi. Tahniah kepada semua ahli yang telah dilantik. Laksanakan tugas anda dengan penuh amanah dan dedikasi.

Translate »
powered by rekommend.io