Uncategorized

KEPUTUSAN PMR 2013

Hari yang ditunggu akhirnya tiba jua…. Calon PMR 2013 boleh mendapatkan keputusan PMR esok 19/12/2013 lebih kurang pukul 10.00 pagi ke atas di Dewan Az-Zahra'. Semua calon dikehendaki memakai baju kurung dan bertudung labuh. Jika tidak…. anda akan diarahkan pulang untuk menukar pakaian terlebih dahulu sebelum mendapatkan keputusan anda. Harap maklum dan tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Semoga kita semua akan beroleh kejayaan cemerlang. Malam ni pakat-pakat buat solat hajat.

Prasarana Sekolah

[portfolio_slideshow]

SPM & STPM 2013

Selamat Berjuang kepada semua calon SPM dan STPM. Gunakanlah segala ilmu yang telah diajar oleh guru-guru dan ilmu yang telah dipelajari dengan sebaik mungkin. Jangan pula kita berserah bulat-bulat tanpa ada sedikit pun usaha..kerana ianya menyalahi apa yang telah di firman kan oleh Allah dalam Al-Quran mafhumnya ” apabila kamu telah berazam ( berusaha dengan sedaya upaya ) maka bertawakkallah kepada Allah “..insyaallah dengan konsep ini kita tidak akan bersedih apabila kita mendapat markah yang rendah didalam exam nanti..sebelum mengakhiri motivasi sempena imtihan ini, marilah kita hayati satu lagi kata-kata hikmah yang akan menjadi pengubat duka apabila natijah kita rendah setelah berusaha dengan sepenuh tenaga..

 

سوابق الهمم لا تحرق اسوار الأقدار

( kekuatan semangat ( kemahuan,cita..etc ) tidak mampu memecahkan benteng takdir )

 

Insyaallah dengan kita betul-betul menghayati kata-kata ini kita mampu mengelakkan diri kita daripada bersedih jika ditimpa apa saja bentuk musibah…..

Senamrobik SMKAP Sihat Cerdas

[portfolio_slideshow]                 

ANUGERAH TOKOH AZ-ZAHRA’

Tahniah dan teruskan kecemerlangan kepada penerima Anugerah Tokoh Az-Zahra bagi bulan April (Wan Suraya binti Wan Ahmad – 4 Zainab) dan bulan Mei (Haninah binti Yusof – 3 Sumaiyah). Semoga menjadi inspirasi kepada srikandi SMKAP untuk terus unggul dalam bidang sahsiah, akademik dan kokurikulum.

JASAMU DIKENANG

"Selamat bertugas di sekolah baharu. Jasa dan pengorbanan yang telah cikgu curahkan di bumi SMKAP akan dikenang hingga ke akhir hayat". Kalam tersebut ditujukan kepada Puan Aishah binti Mokhtar, Guru Cemerlang Kimia Gred Khas Jusa C yang kini bertukar ke Sekolah Menengah Jitra Kedah bermula 1 Jun 2013. Semoga terus maju jaya dan doakan kejayaan kami di sini.

Kejohanan Bola Tampar MSSPs

Tahniah kepada pasukan bola tampar SMKAP kerana terus mara ke pusingan seterusnya apabila berjaya menjadi Juara kumpulan G yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Arau pada 7 Mei 2013. Perlawanan seterusnya akan berlangsung pada hari ini 13 Mei 2013 pada jam 3.00 petang. Kepada semua warga SMKAP, anda semua dijemput hadir bagi memberi sokongan. Semoga Berjaya. SMKAP BOLEH!

Majlis Graduasi dan Majlis Anugerah Permata 2013

Majlis Graduasi Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 sesi 2012 akan diadakan serentak bersama dengan Majlis Anugerah Permata pada 30 April 2013. Pihak sekolah amat mengharapkan agar semua pelajar yang terlibat dapat menghadirkan diri bagi menjayakan kedua-dua majlis tersebut.

Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Untuk Pelajar SPM dan STPM 2012 Peringkat Negeri Perlis 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Untuk Pelajar SPM (Keptutusan 5A ke atas) dan STPM (keputusan 3.0 ke atas) 2012 Peringkat Negeri Perlis akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh: 9 April 2013 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi

Tempat: Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, Kangar Perlis.

Semua pelajar cemerlang tersebut dijemput hadir bersama-sama seorang waris untuk menerima hadiah tersebut.  Sekali lagi tahniah daripada seluruh warga SMKAP atas kejayaan yang telah dicapai.

Tahniah SPM 2012

 

Alhamdulillah….. keputusan SPM yang diumumkan pada hari ini membawa berita gembira kepada seluruh warga SMKAP. SMKAP mencatatkan peningkatan GPS sebanyak 0.16 daripada 2.94(2011) kepada 2.78 dan menduduki tempat ketiga negeri selepas SMK Derma dan SM Sains Tuanku Syed Putra.  9 subjek menunjukkan peningkatan GPS yang ketara antaranya Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah, Matematik, Prinsip Perakaunan, dan Ekonomi Asas. Seramai 14 orang pelajar memperoleh 8A, 3 orang 9A, 7 orang 10A dan 9 orang mendapat 11A. Pelajar terbaik ialah Siti Fariha Adilah bt Ismail (9A+ 2A-). Tahniah kepada semua pelajar dan guru-guru yang telah bertungkus lumus bagi mencapai kejayaan ini.  Teruskan perjuangan agar SMKAP terus gemilang mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Translate »
powered by rekommend.io