Uncategorized

Kejohanan Bola Jaring MSSPs

Alhamdulillah…. Tahniah dan syabas kepada semua pemain bola jaring B15 dan B18 serta jurulatih dan guru-guru yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana SMKAP telah dinobatkan sebagai NAIB JOHAN Kejohanan Bola Jaring MSSPs yang telah diadakan di SMK Syed Alwi pada 11/4/2015. JOHAN telah disandang oleh SMK Syed Hassan (Sekolah Sukan Negeri). Teruskan perjuangan walaupun dalam serba kekurangan… semoga suatu hari kita dapat mengalahkan SSN. InsyaAllah.

IMG-20150413-WA0030

KEPUTUSAN SPM dan STPM 2014

najwa2

Alhamdulillah…. seluruh warga SMKAP memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana dengan keizinan-Nya jua maka sejarah tercipta di SMKAP apabila sebutir permata 11A+ Nurul Najwa binti Zulkifli muncul sebagai pelajar terbaik negeri perlis 2014. GPS sekolah juga telah meningkat kepada 2.79. Seramai 5 orang pelajar memperoleh 11A, 3 orang 10A, 5 orang  9A dan 10 orang 8A. Tahniah dan syabas kepada semua guru dan pelajar SPM 2014. Semoga misi mengklon Najwa  bagi tahun-tahun mendatang dapat direalisasikan.

Bagi keputusan STPM 2014, GPS sedikit menurun daripada 3.00 kepada 2.95 dengan kelulusan 100%. seramai 19 orang pelajar mendapat NGMP lebih 3.00. Tahniah dan semoga terus cemerlang.

 

Kejohanan Merentas Desa 2015

Kejohanan Merentas Desa 2015 telah diadakan dengan jayanya pada 23 Januari 2015 bertempat di Stadium Utama Kangar. Alhamdulillah dengan cuaca yang baik, 99% pelajar dapat menghabiskan larian dan acara larian dapat ditamatkan mengikut jadual. Cikgu-cikgu pun tumpang melaram dengan menempah baju mengikut rumah masing-masing. Acara penyampaian hadiah diadakan di Dewan Az-Zahra’ dengan penuh meriah. Rumah Saidatina Khadijah mencatat sejarah apabila muncul sebagai Johan. Tempat kedua disandang oleh rumah Nusaibah, Tempat ketiga rumah Saidatina Aishah dan Keempat Saidatina Asma’. Tahniah kepada semua guru dan staf serta para pelajar yang telah menunjukkan kesungguhan dan kerjasama yang jitu bagi memastikan kejohanan berjalan dengan penuh kelancaran dan ukhwah terjalin dengan lebih erat. Jumpa lagi tahun depan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????DSC04012???????????????????????????????DSC03905???????????????????????????????

Kejohanan Merentas Desa 2015

Kejohanan Merentas Desa 2015 akan diadakan pada 23/1/2015 bertempat di Stadium Utama Kangar. Sehubungan dengan itu latihan merentas desa akan diadakan pada 20 dan 21 Januari 2015 bermula jam 3.00 petang. PdP akan ditamatkan pada pukul 1.50 petang untuk sesi latihan.

Bantuan Awal Persekolahan

Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan akan diadakan pada 19/1/2015 (Isnin) bermula jam 12.30 tengah hari bertempat di kelas masing-masing. Ibu/bapa dikehendaki membawa salinan kad pengenalan ibu atau bapa dan tidak perlu disahkan. Sekiranya penjaga tidak dapat hadir, mereka boleh mewakilkan kepada anak masing-masing dengan memberikan surat kebenaran dan salinan kad pengenalan. Harap maklum.

Liga Remaja Kreatif 2014

Alhamdulillah… pada tahun ini team SMKAP yang terdiri daripada Shamira bt Bahari, Ainin Suffiah bt Saidon, Amirah bt Idrus, dan Nurulhuda Dini bt Norhamizi telah berjaya merangkul johan bagi pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 peringkat negeri Perlis. Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan pada 16 Oktober 2014  di Hotel Sunway Pulau Pinang. Mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM5000.00, Kamera SLR dan sijil. Pada tahun lepas SMKAP berjaya mendapat tempat Kedua.

SMKAP juga mendapat saguhati RM500.00. Peserta terdiri daripada Nurul Adila Talib, Nur Alya Alimin, Nur Husnina Jamaludin dan Shafiqah Amira Fariha. Mabruk SMKAP. Teruskan kecemerlangan anda.

Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah

Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Institusi Pendidikan Agama kali ke-5 Peringkat Kebangsaan telah berlangsung di Pusat Kokurikulum dari 30 Okt – 2 Nov. Pasukan KRS SMKAP telah mewakili negeri Perlis dan Alhamduillah telah melakar kejayaan cemerlang bagi kategori berikut:

  • Pertandingan Bantu Mula – Naib Johan
    • Nur Amira bt Amir Zaidi, Nur Ainaa Nasuha bt Hafisal Efendi, Nur Aina bt Abd Rahman, Nur Izziatie bt Zainal Abidin dan Nur Anis Salbiana bt Hakimi
  • Pertandingan Ikhtiar Hidup – Johan Kebangsaan
    • Norshafira Fazliana bt Fauzeli, NUr Safawani bt Ibrahim, Ayuni bt Yahaya, Nur Syaza bt Shafie
  • Pertandingan Kraf Perkhemahan – Johan Kebangsaan

Kontinjen negeri Perlis turut diangkat sebagai Johan Kesluruhan Program Tahun 2014. Tahniah Negeri Perlis dan Mabruk SMKAP.

1414980277708 1414980369274 1414980379610 1414980400434

PROGRAM ANUGERAH TANDAS BERSIH PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Alhamdulillah… tahniah dan terima kasih kepada semua AJK Program Anugerah Tandas Bersih Peringkat Kebangsaan 2014 secara khususnya dan kepada warga SMKAP atas kejayaan sekolah terpilih sebagai “TOP 5” untuk anugerah tersebut. Dengan moto “Bilik Ceria Warga Sejahtera”, diharapkan warga sekolah dapat meneruskan keceriaan dan prihatin terhadap kebersihan tandas sepanjang masa. Penilaian telah diadakan sekali lagi pada bulan september untuk pemilihan pemenang peringkat kebangsaan. Semoga SMKAP akan berjaya dan seterusnya mengharumkan nama negeri Perlis. InsyaAllah,  SMKAP boleh…..

bc1 bcl bcp bcpp

 

 

 

Pertandingan Pantun Peringkat Negeri Perlis

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Pada 20 hingga 21 Mei 2014, telah berlangsung Pesta Pantun 2014 peringkat negeri Perlis di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra yang disertai oleh beberapa buah sekolah di negeri Perlis. Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Alawiyah Kangar Perlis telah mara ke peringkat akhir setelah menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau pada peringkat separuh akhir.

Pesta Pantun pada peringkat akhir berlangsung pada 21 Mei 2014 di dewan Tuanku Syed Putra. Pertandingan pada peringkat ini menemukan pasukan pantun SMK Agama Perempuan Alawiyah dengan pasukan pantun SMS Tuanku Syed Putra. Pasukan SMK Agama Perempuan Alawiyah telah dinobatkan sebagai juara dan akan ke Kuala Lumpur pada 18 Jun 2014 hingga 21 Jun 2014 mewakili Perlis.

Pasukan ini diwakili oleh pelajar Tingkatan 5 iaitu Athilah Azizan (pemantun 1), Siti Nur Khadijah Mahamood (pemantun 2), Anis Farhana Hamid (pemantun 3), Nurulfirzanah Noor Zaki (pemantun 4) dan Nur Fathimah Ali (pemantun 5). Diharap pasukan ini dapat mengharumkan nama sekolah dan negeri pada peringkat kebangsaan.

Pertandingan SAHIBBA peringkat Negeri Perlis

Tahniah kepada peserta SMKAP kerana sekali meneruskan legasi kegemilangan dalam bidang kokurikulum apabila dinobatkan sebagai Johan pertandingan SAHIBBA peringkat negeri Perlis yang diadakan semalam 6 Mei 2014. Peserta sekolah layak mewakili negeri Perlis ke peringkat Kebangsaan.

Translate »
powered by rekommend.io