Uncategorized

Bahas Bahasa Melayu

Tahniah kepada Pasukan Bahasa SMKAP kerana telah berjaya mengalahkan pasukan Bahas Sek. Men. Tuanku Fauziah yang telah berlangsung di SMK Tunku Sulaiman pada 4 Mac 2014. SMKAP diwakili oleh Tasneem Annisa, Mawaddah Zainol, Mariam Jamilah, Nabiha Adlyna dan Farihin. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada guru pembimbing yang terdiri daripada Pn. Afiza Khalid, Pn Isma Junaiza dan Pn. Dayang Salmah.  Pasukan Bahas SMKAP akan bertemu dengan MATRI. Semoga berjaya.

TAHNIAH…. PASUKAN BOLA TAMPAR

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Alhamdulillah…. SMKAP berjaya melakar sejarah dalam Pertandingan Bola Tampar Peringkat Negeri Perlis apabila berjaya merangkul naib johan menentang SMK Derma dalam kejohanan Bola Tampar Bawah 18 tahun Perempuan Majlis Sukan Sekolah Perlis pada 5 – 11 Februari 2014. Kejohanan telah berlangsung di IPGM Perlis. . Kalah pun kalah bergaya sebab memberikan saingan sengit kepada SMK Derma yang memegang status sekolah elit dalam bola tampar. Nur Syahirah binti Azhar telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dan penghadang terbaik kejohanan. Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih serta guru-guru yang terlibat atas komitmen yang tinggi untuk memastikan SMKAP seiring dengan sekolah-sekolah lain dalam kokurikulum walaupun banyak kekangan yang kita hadapi. Semoga tahun depan… kita dapat merangkul JOHAN.

Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan

Esok, 28/1 akan diadakan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan kepada semua pelajar bermula jam 12.00 tengah hari. Ibu Bapa/penjaga boleh mendapatkan duit bantuan tersebut di kelas anak masing-masing daripada guru kelas. Pelajar-pelajar dibenarkan pulang bersama ibu bapa selepas selesai majlis tersebut. Harap Maklum.

Latihan Merentas Desa

Latihan Merentas Desa akan diadakan pada 15,16 dan 21 Januari.

Pertandingan Merentas Desa pula akan diadakan pada 23 Januari.

Harap Maklum.

PMR 2013

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T atas kejayaan yang paling manis untuk sejarah PMR apabila seramai 44 pelajar telah berjaya memperoleh 9A dan 27 pelajar mendapat 8A. GPS sekolah juga adalah yang terbaik iaitu 1.33 berbanding tahun 2012(1.41), 2011(1.35). 7 matapelajaran menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi. Tahniah kepada semua guru dan pelajar serta semua warga sekolah yang telah sama-sama menggembleng tenaga tanpa mengira penat lelah. Sesungunhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

Pelantikan Pengawas, Naqibah Badar, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Tingkatan dan Majlis Perwakilan Pelajar Ting. 6

Pada hari ini, 13 Januari 2014 telah diadakan Majlis Pelantikan Pengawas, Naqibah Badar, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Tingkatan dan Majlis Perwakilan Pelajar Ting. 6. Seramai 73 orang pengawas, 68 orang Naqibah Badar, 49 orang Pengawas PSS, 46 orang Ketua dan Penolong Tingkatan serta 7 orang Majlis Perwakilan Pelajar telah  diberi amanah sebagai tulang belakang kepada guru-guru dan pihak pengurusan bagi memastikan visi dan misi sekolah dapat dicapai.

Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis dan Lagu Sekolah diikuti oleh Ucapan Tuan Pengetua. Seterusnya ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Sokri bin Haji Husin. Watikah disampaikan oleh Tuan Pengetua diiringi oleh Puan Nor Asma binti Abdullah, PK HEM. Upacara Lafaz ikrar pula diketuai oleh Ketua Pengawas Saudari Mariam Jamilah binti Mohd Fairus.

Acara kemuncak ialah upacara menandatangani watikah ikrar oleh ketua pengawas dan Pengetua SMKAP, Puan Hjh Sabariah binti Othman disaksikan oleh Puan Nor Asma dan Tuan Haji Sokri. Majlis bersurai pada pukul 9.20 pagi. Tahniah kepada semua ahli yang telah dilantik. Laksanakan tugas anda dengan penuh amanah dan dedikasi.

KEPUTUSAN PMR 2013

Hari yang ditunggu akhirnya tiba jua…. Calon PMR 2013 boleh mendapatkan keputusan PMR esok 19/12/2013 lebih kurang pukul 10.00 pagi ke atas di Dewan Az-Zahra'. Semua calon dikehendaki memakai baju kurung dan bertudung labuh. Jika tidak…. anda akan diarahkan pulang untuk menukar pakaian terlebih dahulu sebelum mendapatkan keputusan anda. Harap maklum dan tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Semoga kita semua akan beroleh kejayaan cemerlang. Malam ni pakat-pakat buat solat hajat.

Prasarana Sekolah

[portfolio_slideshow]

SPM & STPM 2013

Selamat Berjuang kepada semua calon SPM dan STPM. Gunakanlah segala ilmu yang telah diajar oleh guru-guru dan ilmu yang telah dipelajari dengan sebaik mungkin. Jangan pula kita berserah bulat-bulat tanpa ada sedikit pun usaha..kerana ianya menyalahi apa yang telah di firman kan oleh Allah dalam Al-Quran mafhumnya ” apabila kamu telah berazam ( berusaha dengan sedaya upaya ) maka bertawakkallah kepada Allah “..insyaallah dengan konsep ini kita tidak akan bersedih apabila kita mendapat markah yang rendah didalam exam nanti..sebelum mengakhiri motivasi sempena imtihan ini, marilah kita hayati satu lagi kata-kata hikmah yang akan menjadi pengubat duka apabila natijah kita rendah setelah berusaha dengan sepenuh tenaga..

 

سوابق الهمم لا تحرق اسوار الأقدار

( kekuatan semangat ( kemahuan,cita..etc ) tidak mampu memecahkan benteng takdir )

 

Insyaallah dengan kita betul-betul menghayati kata-kata ini kita mampu mengelakkan diri kita daripada bersedih jika ditimpa apa saja bentuk musibah…..

Senamrobik SMKAP Sihat Cerdas

[portfolio_slideshow]                 

Translate »
powered by rekommend.io