Uncategorized

INNOVATION DESIGN RESEARCH INTERNATIONAL SYMPOSIUM (IDRIS 2017)

Alhamdulillah… Tahniah dan Syabas…

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ZON UTARA

Alhamdulillah… Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Zon Utara telah berlangsung dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan kpd semua guru yg telah sama2 menjayakan majlis tersebut dan sekalung tahniah buat peserta2 dan jurulatih2 kerana SMKAP terus mengekalkan JUARA KESELURUHAN PEREMPUAN manakala kategori lelaki dimenangi oleh MATRI. Teruskan latihan utk berjaya di peringkat negeri.

Keputusan penuh:

 

Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Permata 1 SPM dan STPM 2016

Raptai penuh Majlis Graduasi SPM dan STPM 2016 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 19 April 2017

Hari : Rabu

Tempat dan masa:

1) Pengambilan Jubah – Bilik Gerakan : 8.00 pagi

2) Raptai – Dewan Az-Zahra’ : 8.30 pagi

Bawa bersama RM20 untuk sewaan jubah graduasi. Diharapkan semua pelajar dapat menepati masa yang ditetapkan. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Keputusan SPM 2017

Analisa keputusan SPM 2016. Seramai 139 calon telah menduduki peperiksaan. SMKAP memperoleh GPS 2.98 sedikit menurun berbanding 2015 iaitu 2.95. Walaubagaimanapun SMKAP masih mengekalkan kedudukan tempat ketiga dibawah SMK Derma dan SMSTSP. Seramai 18 calon yang mendapat 7A, 22 orang 8A, 3 orang 9A, seorang 10A dan 5 pelajar mendapat 11A. Pelajar terbaik dirangkul oleh Inas Nabilah bt Ibrahim(11A+, 2A) dan Nursyafiqa bt Rohani (11A+, 2A).

Analisis Keputusan Keseluruhan:

Mata Pelajaran SPM 2015 SPM 2016 BEZA
Bahasa Melayu 0.80 1.44 -0.64
Bahasa Inggeris 3.27 2.96 +0.31
Sejarah 2.04 1.74 +0.30
Matematik 1.80 2.24 -0.44
Sains 2.70 2.50 +0.20
Bahasa Arab Tinggi 3.28 3.53 -0.25
Matematik Tambahan 6.28 6.08 +0.20
Prinsip Perakaunan 4.55 5.15 -0.60
Ekonomi Asas 3.39 4.00 -0.61
Fizik 4.49 4.76 -0.27
Kimia 4.21 5.03 -0.82
Biologi 3.46 3.29 +0.17
Pendidikan Al-Quran Sunnah 1.96 1.37 +0.59
Pendidikan Syariah Islamiah 2.10 2.21 -0.11

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan guru yang telah bertungkus-lumus untuk kecemerlangan SPM 2016. Penurunan GPS untuk 2016 merupakan cabaran untuk semua warga SMKAP meneruskan khidmat bakti bagi kecemerlangan SPM 2017.

Terkini: Debaran SPM 2016

Masa sudah tiba…. debaran kian terasa. Esok InsyaAllah tiba….

Majlis Penyerahan Slip keputusan SPM 2016

  • Tarikh: 16 Mac 2016
  • Masa: 11.30 pagi
  • Tempat: Dewan Az-Zahra’
  • Pakaian pelajar: Berbaju kurung dan bertudung labuh. Kasut bertutup dan pakai stokin.

Slip keputusan yang tidak dituntut akan disimpan di pejabat sekolah.

Program Titian Kasih 2017

SMKAP MENANG BANYAK KATEGORI SEHINGGA PASANGAN DIRAJA TURUT MERAIKAN KEJAYAAN SEMPENA PROGRAM TITIAN KASIH 2017
 SMKAP menang banyak kategori sehingga pasangan diraja turut meraikan kejayaan

Ketua Wartawan Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (kanan) mewakili GPSBestari menyampaikan replika cek kepada Shabariah.

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulail berkenan berangkat menyaksikan penyerahan replika cek bernilai RM7,000 daripada wakil GPSBestari kepada Shabariah setelah baginda merasmikan Galeri Seni SMKAP.

Kehadiran baginda turut diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan baginda berdua ibarat kemenangan berganda buat pihak sekolah yang menang banyak kategori dalam Anugerah Kecemerlangan GSPBestari.

‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Itu perumpamaan yang sesuai diberikan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah Kangar (SMKAP) yang mendapat tempat dalam enam kategori Anugerah Kecemerlangan GPSBestari.

Shabariah

Pengetuanya, Shabariah Othman berkata, pihak sekolah tidak meletakkan harapan tinggi ketika menghantar penyertaan tahun lalu kerana menyedari saingan antara peserta sangat sengit.

“Bagaimanapun alhamdulillah, saya bersyukur ketika diumum-kan sekolah kami mendapat tempat dalam keenam-enam kategori disertai.

“Kemenangan ini berkat kerjasama semua pihak iaitu pelajar, guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pekerja yang sentiasa memberikan komitmen tinggi, selain bekerja dalam satu pasukan.

“Malah, saya turut menerapkan moto ‘Sederap, selangkah, seiring dan sejalan’ dalam kalangan warga SMKAP untuk membudayakan semangat kerjasama dan bersatu padu di sekolah,” katanya, pada Program Titian Kasih 2017 di SMK Agama (P) Alawiyah Kangar, semalam.

Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah bergambar bersama potret yang dilukis pelajar sekolah berkenaan.

Naikkan semangat SMKAP

Shabariah berkata, sebelum ini sekolah berkenaan juga pernah mendapat tempat ketiga Pertandingan Mural MUFORS yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000.

“Bertitik tolak daripada kemenangan itu, ia berjaya menaikkan lagi semangat warga SMKAP untuk terus menjadikan sekolah sebagai tempat kondusif dan ceria untuk belajar.

“Pihak sekolah juga bersepakat menggunakan hadiah RM10,000 ini sebagai modal menambah baik beberapa tempat sekitar sekolah,” katanya.

Beliau berkata, sekolah beruntung kerana pelajar turut memberikan komitmen tinggi dan tidak merosakkan karya atau hasil kerja.

“Sebelum ini, sekolah kami juga pernah mendapat tempat keempat Tandas 1Malaysia peringkat kebangsaan, jadi apabila menyertai anugerah ini bagi kategori Tandas Paling Ceria, kami hanya menambah baik beberapa perkara sahaja kerana kebersihan dan kecantikan tandas masih kekal,” katanya.

 Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah menanam pokok bunga bougainvillea, disaksikan Shabariah.

Anugerah banyak beri manfaat

Shabariah yang hampir enam tahun bergelar pengetua di sekolah berkenaan berkata, penganjuran Anugerah Kecemerlangan GPSBestari memberi manfaat kepada pelajar, selain menerapkan pelbagai nilai murni.

“Seharusnya penganjuran ini diteruskan pada masa akan datang, kerana melalui anugerah seperti inilah kita dapat melatih pelajar sayangkan sekolah.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak GPSBestari atas pemberian bahan bacaan bernilai RM10,000 sebelum ini.

“Pihak sekolah telah menempatkan buku-buku tersebut di beberapa sudut nilam yang terdapat di sekitar kawasan sekolah,” katanya.

SMKAP menerima hadiah wang tunai RM7,000 setelah mendapat johan kategori Tandas Paling Ceria dan Kelas Paling Ceria, manakala selebihnya mendapat tempat ketiga dalam kategori Lanskap Paling Ceria, Mural Paling Kreatif, Cikgu Paling Popular dan Video Paling Kreatif.

Raja Muda Perlis berkenan mencemar duli merasmikan Galeri Seni SMKAP.

Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah berkenan bergambar bersama guru-guru SMKAP.

Pelajar teruja menerima kunjungan pasangan diraja.

Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah cukup ‘sporting’ bergambar di mural gambar terbalik di sekolah itu yang mendapat tempat ketika Mural Paling Kreatif Anugerah Kecemerlangan GPSBestari.

Kejayaan Kurikulum

Antara Kejayaan Kurikulum yang telah diraih:

2017

STPM Terbaik Negeri :  GPS 3.07

Pelajar Terbaik Negeri :   4.00

(Norhidayah Yaacob)

 

2015

  1. Bahasa Melayu STPM terbaik SMKA Kebangsaan
  2. Bahasa Melayu SPM Terbaik SMKA Kebangsaan
  3. PSV SPM Terbaik SMKA Kebangsaan
  4. Pelajar Terbaik Negeri SPM (11A+, 1A)
    • (Ummi Hajidah bt Mohd Asri)
  5. Tempat Ke-3 SPM Terbaik Negeri

 

Kejayaan Kokurikulum

Antara Kecemerlangan KOKURIKULUM

2017

Tokoh Nilam Negeri:

  • JOHAN (Bahasa Inggeris)
  • TEMPAT KE-3 (Bahasa Melayu)

GPS Bestari:

  1. Kategori Tandas Paling Ceria – JOHAN
  2. Kategori Kelas Paling Ceria – JOHAN
  3. Kategori Lanskap paling ceria – Ke-3
  4. Kategori Mural Paling Kreatif – Ke-3
  5. Kategori Cikgu Paling Popular – Ke-3
  6. Video Paling Kreatif. – Ke-3

2016

  1. Tempat ke-3 Kebangsaan : Pertandingan Mural MUFORS
  2. Pingat Perak Kebangsaan:
    • Kejohanan Taekwando Remaja Kebangsaan Malaysia Ke-30
  3. Pingat  Perak Antarabangsa:
    • International Engineering Invention & Innovation Exhibition (i-ENVEX 2016)
  4. Naib Johan Individu Bawah 15:
    • Kem Bakat Kebangsaan Kejohanan Memanah
  5. Johan Bawah 15  Negeri: Kejohanan Bola Jaring MSSPs
  6. Johan Negeri: Pertandingan Penyampaian Syair
  7. Tempat Kedua Anugerah Lima Bintang Peringkat Kebangsaan:
    • Majlis Perhimpunan Koperasi Hos Terbaik Pelancongan Koperasi 2016

 

Anugerah GPS Bestari

Alhamdulillah… setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, SMKAP berjaya menghiasi dada akhbar Sinar Harian selama 2 hari berturut-turut apabila berjaya muncul Top 5 untuk kesemua kategori yang dipertandingkan dan lebih bermakna apabila dalam Majlis Anugerah GP Bestari, SMKAP telah mendapat tempat dalam semua kategori iaitu:

  1. Kategori Tandas Paling Ceria – JOHAN
  2. Kategori Kelas Paling Ceria – JOHAN
  3. Kategori Lanskap paling ceria – Ke-3
  4. Kategori Mural Paling Kreatif – Ke-3
  5. Kategori Cikgu Paling Popular – Ke-3
  6. Video Paling Kreatif. – Ke-3

Hadiah berupa RM1500 bagi Johan dan RM1000 bagi tempat ke-3. Hal ini bermakna SMKAP berjaya membawa pulang hadiah berjumlah RM7000 dan sumbangan buku untuk Pusat Sumber Sekolah bernilai RM10,000 sumbangan Karangkraf. Permulaan tahun yang amat baik untuk SMKAP dan semoga SMKAP terus gemilang untuk tahun 2017.

gps sinar gps sinar 2

KEPUTUSAN PT3 2016

PT3 AIna

Kangar: Seramai enam pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Alawiyah, di sini, mendapat keputusan cemerlang 11A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), yang diumumkan hari ini.

Mereka adalah antara 147 calon PT3 dari sekolah berkenaan yang mengambil peperiksaan berkenaan pada tahun ini.

Daripada jumlah itu, 18 pelajar memperoleh keputusan 10A dalam semua subjek, manakala 28 pelajar lagi berjaya memperoleh keputusan 9A.

Sementara itu, seorang pelajar, Aina Nadhirah Mansor, 15, antara pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 11A di sekolah berkenaan menganggap kejayaan yang diperolehnya adalah berkat usaha dan doa daripada kedua ibu bapanya.

“€œSebelum ini kakak saya pernah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) beberapa tahun lalu jadi saya ingin mengulangi kejayaan itu dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam PT3 kali ini.

“€œAlhamdulillah, saya bersyukur kerana usaha saya dan ibu bapa serta guru selama ini ternyata membuahkan hasil berbaloi dan mereka ini juga banyak memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Secara keseluruhannya, seramai 4,070 pelajar tingkatan tiga dari seluruh Perlis menduduki peperiksaan PT3 pada tahun ini.

ends

Artikel ini disiarkan pada : Harian Metro Isnin, 19 Disember 2016 @ 1:51 PM

Translate »
powered by rekommend.io