Uncategorized

Bengkel PIE – FROG VLE

Bengkel PIE ditawarkan semula di Perlis! Bagi guru-guru yang belum menghadiri bengkel PIE, ini adalah peluang untuk menyertai bengkel ini. Bengkel ini akan menekan kepada asas penghasilan laman dan penggunaan tiga widget iaitu teks, media dan wall. Penekanan juga akan diberikan kepada perbincangan bagaimana aktiviti pdp dapat dijalankan di dalam bilik darjah dengan menekankan kepada elemen Participation, Interaction dan Engagement (PIE). Tahap kemahiran bengkel = Asas. Sila pilih sekolah hub yang terdekat dengan anda dan tempahan boleh dibuat dengan mengakses pautan yang disediakan.

Bengkel PIE @ SMKAP Alawiyah Kangar
12hb April 2016 (Selasa), 2.30-4.30 petang,
http://bit.ly/pie12aprilkangar

Bengkel PIE @ SMK Arau,
13hb April 2016 (Rabu), 2.30-4.30 petang,
http://bit.ly/pie13aprilarau

Bengkel PIE @ SK Kayang,
14hb April 2016 (Khamis), 2.30-4.30 petang,
http://bit.ly/pie14aprilkualaperlis

SUMBANGAN BUKU SEMPENA PROGRAM WAKAF BUKU SELURUH PERLIS (KEM MEMBACA 1 MALAYSIA) 2016

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) telah dilancarkan secara serentak di seluruh negara pada 4 April 2016. Sehubungan dengan itu, Program wakaf Buku Seluruh Perlis diadakan bagi menambah bilangan buku di Pusat Sumber Sekolah. Semua warga SMKAP diharapkan dapat menyumbangkan buku-buku terpakai atau baharu kepada Pusat Sumber Sekolah melalui guru kelas masing-masing sehingga 15 April 2016. Diharapkan sumbangan tersebut dapat mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu dalam kalangan murid terutama warga SMKAP.

KARNIVAL DAKWAH ZON MENENGAH UTARA 2016

KD

————————————————–

KEPUTUSAN PENGHAKIMAN

————————————————–

TILAWAH AL-QURAN PUTERA

  1. MRSM
  2. SMK Abi
  3. MATRI

TILAWAH AL-QURAN PUTERI

  1. SMK Tengku Lailatun Shahreen
  2. SMKA Alawiyah P
  3. SMKA Alawiyah P

HAFAZAN AL-QURAN PUTERA

  1. MATRI
  2. MRSM
  3. SMK Tengku Suleiman

HAFAZAN AL-QURAN PUTERI

  1. MATRI
  2. SMK Tengku Lailatun Shahreen
  3. SMKA Alawiyah P

SYARAHAN AGAMA PUTERA

  1. SMK Tengku Suleiman
  2. MATRI
  3. SMK Perlis

SYARAHAN AGAMA PUTERI

  1. SMKA Alawiyah P
  2. SMKA Alawiyah P
  3. MATRI

KUIZ AGAMA MENENGAH RENDAH

  1. Kumpulan SMKA Alawiyah P
  2. Kumpulan MRSM
  3. Kumpulan SMK Derma

KUIZ AGAMA MENENGAH ATAS

  1. Kumpulan MRSM
  2. Kumpulan SMK Tengku Lailatun Shahreen
  3. Kumpulan SMK Derma

JOHAN KESELURUHAN

PUTERA: MATRI

PUTERI: SMKA Alawiyah P

Akademi Bahasa Arab

851308412_133347

Akademi Bahasa Arab Peingkat Negeri Perlis telah diadakan dengan jayanya pada 25 – 26 Mac 2016 di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Akademi ala-ala rancangan realiti TV ini merupakan inisiatif SPI JPN bertujuan melatih bakat-bakat muda berpidato dalam Bahasa Arab. Seramai 6 orang mentor yang berpengalaman dalam pengucapan Bahasa Arab telah diberi kepercayaan untuk melatih 24 orang pemidato muda seluruh negeri. PErtandingan akhir diadakan selepas 6 sesi bersam-sama mentor iaitu Ustazah Basyira Omar, Ustazah Nazirah Harun, Ustazah Rafizah Mohd Damin, Ustazah Siti Rofidah Abd Rahim, Ustaz Massaudi Hj. Din dan Ustaz Zulkifly Rahmat.

Kemuncaknya, Bilal dari Al-Maad telah dinobatkan sebgai Johan, diikuti Mardhiah Mohiding dari SMKAP sebagai Naib Johan dan Ketiga Ain Insyirah dari Al-Maad.

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan mentor serta pihak penganjur yang telah menganjurkan program yang sangat memberi manfaat ini.

Karnival Buku Perlis 2016

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Awam Negeri Perlis akan menganjurkan Karnival Buku Perlis 2016 pada 26 Mac hingga 3 April 2016 bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Pekarangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pelis. Program ini adalah acara tahunan yang dianjurkan sebagai usaha berterusan untuk menyemarakkan kempen membaca dalam kalangan rakyat di negeri Perlis. Perasmiannya akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis pada 29 Mac 2016 jam 11.00 pagi di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Pelbagai aktiviti menarik dan program telah diatur sepanjang karnival berlangsung. Semua warga SMKAP dijemput hadir bagi memeriahkan karnival tersebut.

img078

Makluman Cuti Cuaca Panas bagi Negeri Perlis

Adalah dimaklumkan  bahawa semua sekolah diarahkan tutup untuk sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja pada 22 dan 23 Mac 2016. Walaubagaimanapun semua guru dan kakitangan hendaklah bertugas seperti biasa. Pelajar asrama digalakkan untuk tinggal di asrama untuk belajar secara kendiri. Sekolah akan dibuka semula pada 24 Mac tertakluk kepada arahan seterusnya daripada Pengarah Pelajaran Negeri.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 1M

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 1M akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 11/3/2016

Hari : Jumaat

Masa :11.30 – 12.30 tghari

Tempat: Dewan Az-Zahra, SMKAP

Semua murid dibenarkan pulang pada pukul 12.00 tghari. Harap Maklum.

Mufors Mural Contest

photo_2016-03-07_07-39-34

Tahniah kepada Cikgu Khairil dan team antaranya Aishah Che Intan, Nabilah bt Burhanudden, Fatihah bt Awie, Safiyah bt Rosli, Farah Hanim bt Idris, dan Sarah Aishah kerana telah berjaya menggondol tempat ke-3 dalam Pertandingan Mufors Mural Contest anjuran PLUS dan Nippon Paint. Majlis Penyampaian Hadiah Mural Mufors Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada Jumaat (4/3/2016). Mereka telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000.00. Tahniah sekali lagi kerana telah menjadi inspirasi kepada warga SMKAP untuk terus melakar kecemerlangan bagi tahun 2016.

Keputusan SPM 2015

ummi hajidah

????????????????????????????????????

Alhamdulillah… sekali lagi SMKAP mencatat sejarah meneruskan kecemerlangan Nurul Najwa apabila Ummi Hajidah binti Mohd Asri dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2015 bagi negeri Perlis. Beliau mencatatkan keputusan 11A+ dan 1A. Seramai 10 orang pelajar dinobatkan sebagai pelajar cemerlang peringkat negeri.

Seramai 142 calon menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2015. Walaubagaimanapun berlaku sedikit penurunan sebanyak 0.16 apabila bagi tahun 2015 GPS Sekolah 2.95 manakala 2014 2.79. Matapelajaran yang berlaku peningkatan ialah Bahasa Melayu 0.80, Bahasa Inggeris 3.27, Ekonomi Asas 3.39, Fizik 4.49, Kimia 4.21 dan Biologi 3.46.

Analisa  Mata Pelajaran SPM 2015

analisa spm 2015
Pelajar  Cemerlang Straight A

  1. NUR FAZA ZINNIRAH BT FADZIL  9A+, 2A
  2. AIN KHALEDA BT AHMAD YATIM  9A+, 1A, 1A-
  3. NURUN A’TIRAH BT ZAINI  8A+, 3A
  4. NURUSSAKINAH BT SAAD  7A+, 3A, 1A-
  5. NUR HIDAYATI BT HAMBALI  6A+, 4A, 1A-
  6. FATIN FARHANA BT AZIZAN  5A+, 5A, 1A-
  7. SITI NURUL A’QILAH BT SABRI  4A+, 5A, 2A-
  8. SAHIRA SYAMIMI BT AHMAD ZAWAWI  4A+, 3A, 4A-
  9. NURNADZIFA BT AMINAHAR  2A+, 5A, 3A-

Pelajar 10A

  1. ANIS SALBIANA BT HAKIM
  2. ATIKA SUHAILAH BT SHUIB
  3. WAN NUR SUHAIZA BT SHUKUR
  4. SHARIFAH NADHIRAH SYED AZMI

Pelajar 9A

  1. SITI AFFIENI BT ROSLAN
  2. NURSYAFAWATI BT ABDUL GHANI
  3. SYAHIRAH BT ABDAN
  4. MARYAM BT HASSAN
  5. HUSNINA BT ISMAIL
  6. FARAH NADIA BT MUHAMAD IDRIS
  7. AULA AQILAH BT YUSRIZAL

Pelajar 8A

  1. .IREN SOFIA BT MOHAMAD HASIKIN
  2. SALSABILA BT ABDULLAH
  3. NURUL HAFIZAH AZNI
  4. NURIN NAFIJA BT ROSHIDI
  5. NUR BAHIJAH BT MUSTAPA
  6. AINA MUNIRAH BT MANSOR

KEPUTUSAN STPM 2015

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Alhamdulillah……Keputusan STPM yang diumumkan pada hari ini 2/3/2019 mencatat sejarah tersendiri bagi SMKAP apabila dua orang srikandi SMKAP memperoleh PNGK 4.00. Pelajar tersebut ialah Siti Aisyah Hassan dan Sarah Wajihah bt Shapie. Gred keseluruhan ialah 3.09 merupakan pencapaian terbaik sejak 2009 (3.08). SMKAP menduduki tangga ke-2 terbaik Perlis selepas SMK Kuala Perlis dengan gred keseluruhan 3.10. 18 orang daripada 34 orang pelajar memperoleh PNGK 3.00 ke atas. Tahniah kepada semua pelajar dan guru-guru yang telah bertungkus lumus tanpa mengenal erti jemu bagi memastikan kejayaan setiap pelajar.

Translate »