Jan 5 2015
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015
ISNIN (12 JANUARI 2015)
Sesi persekolahan dan semua aktiviti bermula jam 7.30 pagi.
Pelajar tingkatan 1 akan mendaftar dan mengikuti taklimat di Dewan Az-Zahra’ .
Pelajar tingkatan 4 akan mengikuti program di Dewan Sibawayh.
Pelajar tingkatan 2, 3, 5 dan 6 Atas akan terus berada di dalam kelas untuk sesi pembelajaran.
Ibu bapa pelajar tingkatan satu sahaja yang perlu hadir ke sekolah untuk sesi pendaftaran dan taklimat bersama anak masing-masing.
Pendaftaran asrama bagi pelajar lama akan diadakan pada 11 Jan 2015 (Ahad) jam 3.00 petang.
SELAMAT MEMULAKAN SESI PEMBELAJARAN DENGAN PENUH AZAM DAN SEMANGAT UNTUK CEMERLANG.