Makluman

Keputusan STPM dan SPM 2013

Keputusan STPM akan diumumkan hari ini 19/3/2014. Semoga SMKAP terus mencatatkan keputusan cemerlang…. sama-sama kita menantikan debaran ini. SPM akan diumumkan esok 20/3/2014. Pakat-pakat berdoa dan sembahyang hajat, semoga apa yang telah diusahakan selama ini mendapat keberkatan dan kejayaan akan mengiringi semua calon SPM 2013. Semua calon dikehendaki berbaju kurung semasa sesi penyerahan slip keputusan tersebut. Majlis akan bermula pada jam 11.30 pagi di Dewan Az-Zahra’.

BAHAS BAHASA INGGERIS PERINGKAT NEGERI PERLIS

SMKAP diamanahkan untuk menjadi tuan rumah bagi "Parliamentary Style English Language Debate Perlis State Final 2013" pada 12 Jun 2013 (Rabu) bertempat di Dewan AZ-Zahra', SMKAP. Pertandingan berlangsung antara SMK DERMA dan SMK AGAMA ARAU. Johan akan mewakili Negeri Perlis ke peringkat kebangsaan bagi merebut Piala Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad. Selamat berjuang dan semoga berjaya.

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Selamat menduduki peperiksaan Pertangahan Tahun bagi pelajar ting 3, 4 dan 5. Peperiksaan bermula 13 – 20 Mei bagi Tingkatan 3 dan bagi Tingkatan 4 dan 5 bermula 7 Mei.  Semoga berjaya

Pelancaran Mari Berbahasa Arab

Untuk merealisasikan Bahasa Arab sebagai niche area SMKAP, maka pada 5 Februari 2013 telah dilancarkan "Mari Berbahasa Arab Sepanjang Tahun Fasa 2 Tahun 2013" oleh Tuan Pengetua SMKAP Puan Hajah Shabariah bt Othman. Program ini dirancang dengan teliti oleh Panitia Bahasa Arab untuk memupuk minat pelajar secara berterusan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab. Program ini merupakan kesinambungan fasa pertama yang telah dilancarkan pada tahun 2012.

Pelbagai Aktiviti telah dirancang antaranya:

  1. Kalimat Yaumiyah – Selasa, Rabu dan Khamis selama 1 minit selepas Bacaan Al-Quran.
  2. Hari Bahasa Arab – Setiap Khamis
  3. Mahrajan Fanni Tahbibul Lughah (Ting. 1) – 1 Mac
  4. Slot Tahbibul Lughah untuk guru dan staf -setiap hari Rabu
  5. Mughamarat Lugawiah di Putra Jaya dan Morib – Jun 2013
  6. Kalimatus Sobah Men. Rendah – 8 Mac 2013
  7. Darul Himkah Mini
  8. Persembahan Hiwar dan Kalimah Sobah Ihtifal 

Cuti Tahun Baharu Cina

SMKAP akan bercuti sempena Tahun Baharu China bermula 11/2/2013 – 15/2/2013.  Sekolah akan dibuka semula pada 18/2/2013. Selamat bercuti dan kepada semua pelajar, pastikan kerja sekolah yang dibekalkan oleh para guru dapat disiapkan.

Translate »
powered by rekommend.io