SUMBANGAN BUKU SEMPENA PROGRAM WAKAF BUKU SELURUH PERLIS (KEM MEMBACA 1 MALAYSIA) 2016

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) telah dilancarkan secara serentak di seluruh negara pada 4 April 2016. Sehubungan dengan itu, Program wakaf Buku Seluruh Perlis diadakan bagi menambah bilangan buku di Pusat Sumber Sekolah. Semua warga SMKAP diharapkan dapat menyumbangkan buku-buku terpakai atau baharu kepada Pusat Sumber Sekolah melalui guru kelas masing-masing sehingga 15 April 2016. Diharapkan sumbangan tersebut dapat mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu dalam kalangan murid terutama warga SMKAP.