Pertandingan Daie Junior

Pertandingan Daie Junior sempena Karnival Pendidikan Islam SKK Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya di SMK Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang pada 23 dan 24 September 2016. Srikandi SMKAP tidak menghampakan apabila dianugerahkan Persembahan Multimedia Terbaik. Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta daie iaitu Humaira’ Sofiya bt Mohd Yusree manakala peserta multimedia Norhuda Dinie bt Norhamizi dan Mastura bt Mahayadin. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru pengiring dan jurulatih iaitu Ustazah Aizatul Fitrah bt Ibrahim dan Ustz. Zainah Abdullah serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melahirkan daie SMKAP yang serba boleh, dunia dan akhirat.

20160924_110923 20160924_124914 20160924_131151 20160929_092132 20160929_100853