KEPUTUSAN PT3 2016

PT3 AIna

Kangar: Seramai enam pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Alawiyah, di sini, mendapat keputusan cemerlang 11A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), yang diumumkan hari ini.

Mereka adalah antara 147 calon PT3 dari sekolah berkenaan yang mengambil peperiksaan berkenaan pada tahun ini.

Daripada jumlah itu, 18 pelajar memperoleh keputusan 10A dalam semua subjek, manakala 28 pelajar lagi berjaya memperoleh keputusan 9A.

Sementara itu, seorang pelajar, Aina Nadhirah Mansor, 15, antara pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 11A di sekolah berkenaan menganggap kejayaan yang diperolehnya adalah berkat usaha dan doa daripada kedua ibu bapanya.

“€œSebelum ini kakak saya pernah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) beberapa tahun lalu jadi saya ingin mengulangi kejayaan itu dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam PT3 kali ini.

“€œAlhamdulillah, saya bersyukur kerana usaha saya dan ibu bapa serta guru selama ini ternyata membuahkan hasil berbaloi dan mereka ini juga banyak memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Secara keseluruhannya, seramai 4,070 pelajar tingkatan tiga dari seluruh Perlis menduduki peperiksaan PT3 pada tahun ini.

ends

Artikel ini disiarkan pada : Harian Metro Isnin, 19 Disember 2016 @ 1:51 PM