SELAMAT BERSARA CIKGU AZIZAN DAHAMAN

Tanggal 7 Julai 2017, SMKAP sekali lagi kehilangan sebutir permata apabila Cikgu Azizan bin Dahaman menamatkan tempoh perkhidmatan untuk bersara wajib di usia 60 tahun. Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan bagi meraikan dan menghargai segala sumbangan dan jasa Cikgu Azizan sepanjang berada dalam perkhidmatan sebagai seorang guru biasa dan seterusnya sebagai guru kanan Jabatan Teknik dan Vokasional. Tema pada hari tersebut ialah hijau. Sekali lagi Badan Pengawas sekolah telah menjalankan tugas dengan cemerlang. Semoga Cikgu Azizan akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjalanan hidup sebagai seorang pesara dan pengusaha homestay dan harumanis.