International World Prosumer Convention 2017

Pada 8 dan 9 Ogos yang lalu,telah berlangsung program International World Prosumer Convention 2017 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Salah satu acara yang dianjurkan ialah Pitch Your Product 2017 (PYP). Sekolah kita telah menghantar 8 penyertaan dan 3 daripadanya terpilih untuk ke peringkat akhir. Keputusan akhir pyp ilium 2017  Satu  kumpulan dari SMKAP, iaitu Nor Suriani Bt Yahaya dan Nur Afrina Bt Mohd Saipudin telah berjaya mendapat tempat keempat dan memenangi USD200 dengan produk mereka iaitu Meow Meow Secret.Tahniah kepada pemenang, para peserta dan guru guru terlibat dalam penyertaan ke pertandingan tersebut…