‘MAJLIS JASAMU DIKENANG’ TUAN PENGETUA PN. HJH SHABARIAH OTHMAN

Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan pada 31 Januari 2018 untuk meraikan persaraan Tuan Pengetua Pn. Hjh Shabariah bt Othman dengan tema ‘Raikan Cinta’. Tema tersebut amat bertepatan apabila YDP PIBG Tn Hj. Sokri yang merupakan suami tercinta kepada pengetua turut menamatkan sumbangannya sebagai YDP PIBG yang telah dipegang sekian lama kerana 3 anak kepada pasangan ideal ini merupakan pelajar sekolah SMKAP.

Kedua mempelai meraikan cinta buat kali kedua apabila dipakaikan persalinan diraja dan diraikan sebagai raja sehari dengan perarakan menaiki kereta kuda ke singgahsana di Dewan Az-Zahra’. Turut sama dalam majlis yang penuh bermakna ini antaranya Tn Pengarah dan Timbalan Pengarah Pendidikan, Ketua Sektor dan pegawai-pegawai dari Sektor Pendidikan Islam, Pengetua-pengetua dan wakil Pengetua serta ajk PIBG.

Majlis yang penuh gemilang ini dimulakan dengan persembahan silat dan gimik oleh anak-anak pasangan dengan membawa cincin untuk dipakaikan oleh Tn Hj. Sokri ke jari manis isteri tersayang. Pelbagai acara telah disusun dan alhamdulillah majlis telah berjalan dalam suasana yang cukup ceria dan harmoni walaupun masing-masing menahan sebak untuk melepaskan Tn Pengetua yang telah banyak menyumbang bakti dan berkorban untuk kemenjadian sekolah dan pelajar-pelajar SMKAP sepanjang bergelar pengetua selama lebih kurang 6 tahun (Dis 2011 – 1 Feb 2018) di bumi wakaf ini.

Seusai majlis di Dewan A-Zahra, Tn Pengetua dan suami merasmikan Taman Herba yang merupakan inspirasi teakhir Tn. Pengetua. Semoga dengan persaraan awal ini, Pn. Shabariah dapat menaburkan bakti kepada keluarga terutamanya bonda kesayangan dengan sepenuh masa. Segala jasamu dan kenangan bersama akan kami ingati sepanjang hayat.