KEPUTUSAN SPM 2017

Keputusan SPM diumumkan hari ini….. GPS sekolah menurun sebanyak 0.18 daripada 2.98 kepada 3.16. Seramai 139 calon telah menduduki peperiksaan tersebut. Seramai 9 orang mendapat 8A, 9 orang mendapat¬†9A, 6 orang mendapat 10A dan seorang pelajar mendapat 11A. Mardhiah bt Mohiding telah dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang Sekolah dengan mendapat 6A+, 3A dan 2A-. Walaupun terdapat sedikit penurunan, secara keseluruhan kebanyakan subjek menunjukkan peningkatan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon dan guru-guru yang telah menunjukkan komitmen yang sangat cemerlang untuk tahun 2017. Jatuh bangun adalah adat untuk kita terus berusaha menjadi yang lebih baik.