SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Alhamdulillah, sambutan hari guru peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan dalam suasana yang meriah dan penuh warna warni. Pertama kali dalam sejarah, penglibatan pibg dan pibk dalam menguruskan perjalanan sambutan hari guru memberi impak positif apabila masing-masing menunjukkan komitmen yang sangat tinggi. Bertemakan melayu klasik, masing-masing ayu dengan kain batik dan bunga di kepala serta teruna yang segak bergaya persis hulubalang di zaman kesultanan melayu melaka. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada terutamanya badan pengawas serta pibg dan pibk yang telah berusaha untuk menceriakan guru-guru yang adakalanya begitu ‘stress’ dengan longgokan tugas yang pelbagai. Semoga memori indah ini dapat menjadi ubat bagi mendepani tugasan-tugasan yang mendatang¬†dan seterusnya sama-sama membawa SMKAP ke puncak jaya.