MAJLIS JASAMU DIKENANG” PN. HJH RUSWATI DAN PN.MARDZIYAH

Tanggal 7 Sept. 2018, bumi SMKAP sekali lagi bermandikan hujan kesyahduan apabila 2 permata diraikan dalam Majlis Sanjungan Budi bagi meraikan Pn. Hjh Ruswati yang telah dinaikkan pangkat sebagai PK Pentadbiran di Sekolah Agama Islahiyah Menengah Behor Mali dan Pn. Mardziyah yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat Master di UKM. Ustz. Ruswati yang lebih mesra @ Kak Rus telah menaburkan bakti di SMKAP selama 21 tahun bermula sebagai guru penolong kemudiannya memegang jawatan Guru Kanan Pendidikan Islam dan seterusnya dilantik sebagai PK HEM. Beliau merupakan guru, sahabat dan ibu kepada seluruh warga SMKAP yang amat disayangi dan dikasihi kerana keperibadian dan ilmu yang dimilikinya menjadikan beliau memiliki auranya yang tersendiri.  Sesungguhnya jasa yang telah ditaburkan oleh kedua-dua insan ini hanya mampu dibalas oleh yang Maha Esa.