LAWATAN RASMI DUTA ROMANIA KE SMKAP

 

23 Jan 2019, satu lagi sejarah tercatat di bumi wakaf apabila terpilih sebagai pilihan Duta Romania sempena lawatan Duta-Duta Besar EU ke Negeri Perlis.Tepat jam 8.50 pagi, ketibaan Duta Besa Romania, Constantin Volodea Nistor disambut dengan persembahan silat oleh srikandi2 SMKAP dan seterusnya merasmikan Laman KOOP INSTECT di koperasi sekolah.  Acara dewan berlangsung di Dewan Sibawayh diisi dengan ucapan aluan pengetua kemuadian diikuti syarahan umum TYT Duta Besar Romania. Beliau menyentuh tentang hubungan dua hala antara Malaysia dan Romania yang telah terjalin sejak 1969. Beliau mengalu-alukan pelajar malaysia terutamanya pelajar SMKAP untuk menlanjutkan pelajaran ke Romania dan menurut beliau ramai pelajar dari Malaysia menyambung pelajaran terutamanya dalam bidang perubatan. Acara diteruskan dengan sesi soal jawab kemudian tetamu dihidangkan dengan tayangan video korporat sekolah dan berakhir dengan upacara penyampaian cenderamata oleh kedua-dua pihak. Walaupun hanya seketika bertemu, jelas terpancar di wajah tetamu khas akan keterujaan bersama-sama dengan warga SMKAP dan semoga hubungan ini akan terus mekar merentasi kesatuan Eropah….