KEJAYAAN FEBRUARI 2019

Bulan Februari mencatatkan kejayaan manis buat SMKAP apabila pada 28/2 Pasukan Ping-Pong Sekolah berjaya melayakkan diri ke Suku Akhir dalam Kejohanan Ping Pong MSSPs. Peserta yang terlibat ialah Aisyah Nuwairah, Aina Husna, Nurathirah Huwaida dan Nur Alya Fathini.  Pada 27/2 bertempat di SMK Syed Alwi, Pasukan Bola Jaring Bawah 15 Tahun berjaya menggondol Naib Juara MSSPs, kalah tipis kepada musuh tradisi, Sekolah Sukan Syed Hassan. Pasukan bawah 18 tahun turut berjaya mendapat tempat ke-3 bersama.  Pada 23/2 juga telah berlangsung Kejohanan Catur Sirkit 2 anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kangar dan Perlis Northern Lion Chess Association Tajaan YB Noor Amin Ahmad bertempat di IPGM. Nur Alisa Sofiya bt Rosyidan telah dinobatkan sebagai Terbaik Perempuan bawah 18 tahun. Pasukan Silat jugak tidak ketinggalan menyumbangkan 6 pingat Gangsa dalam Kejuaraan Silat Olahraga Perlis yang telah berlangsung pada 22 – 24 Februari di Dewan Rakan Sukan. Srikandi tersebut ialah Lubna, Umairah Khairina, Fatma Al-Zahraa, Masliana Aisya, Anis Nabilah dan Siti Nur Athirah.