ANUGERAH GURU INOVATIF SEMPENA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Sekali lagi…. tahniah dan syabas kepada Cikgu Khairil Azmir atas kemenangan mengharumkan nama sekolah dan negeri Perlis amnya di persada kebangsaan apabila dinobatkan NAIB JOHAN GURU INOVATIF Kategori Individu Sekolah Menengah sempena Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan yang telah diadakan di SPICE Pulau Pinang pada 13 Mei 2019. Beliau menerima trofi dan juga wang tunai RM1500.00. 

Beliau berjaya menghasilkan sebuah Mini Diorama Art (MINDA) yang merupakan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan pemaparan gambar-gambar objek bersifat 3D.  MINDA dapat meningkatkan pemahaman murid dalam proses karya menggambar.  MINDA dihasilkan untuk membantu murid mengkaji kehendak karya menggambar dan menghasilkan karya menggambar dengan betul daripada segi aspek komposisi, bentuk, jalinan dan ruang.   Murid dapat meneroka konsep ruang objek hadapan, ruang objek tengah dan ruang objek belakang dalam karya menggambar dengan menggunakan MINDA.  MINDA dihasilkan dalam bentuk yang mudah dikendalikan, mudah alih dan sesuai untuk semua peringkat umur. Usaha yang digerakkan oleh Cikgu Khairil ini amat menarik perhatian saya dan diharapkan ia berupaya mencetus inspirasi kepada anak-anak murid beliau untuk berjaya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. (YB Menteri Pendidikan – Dr Maslee Malik)