AL-FATIHAH… USTAZAH NURUL SUBHIYAH BINTI ABDUL WAHAB

AL-FATIHAH…. USTAZAH NURUL SUBHIYAH BINTI ABDUL WAHAB

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ راجعون

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْها، وَأَكْرِمْ نُزُلَها، وَوَسِّعْ مَدْخَلَها، وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلها، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار

اللَّهُمَّ اجْعَلْ قَبْرَهُا رَوضَةً مِن رِيَاضِ الجَنَّةِ، وَلاَ تَجْعَلْ قَبْرَهَا حُفْرَةً مِن حُفَرِ النِّيرَانِ

Seindah namanya, Nurul Subhiyah Abdul Wahab yang bermaksud “Cahaya Subuh”, dijemput pulang menghadap Ilahi ketika baru masuk waktu Subuh, iaitu seawal jam 6.08 pagi di rumah kakaknya.

Al-marhumah dikhabarkan baru sahaja selesai berpantang anak ke-6 dan menderita barah payudara. Pihak sekolah merakamkan ucapan takziah atas pemergian insan tersayang. Sesungguhnya Allah SWT telah menjadi saksi kebaikan, kesungguhan dan pengorbanan Al-marhumah semasa hidup.

Semoga seluruh ahli keluarga terutama suami dan anak-anak dikurniakan ketabahan dan kesabaran dalam menempuh ujian ini.

Setiap yang hidup pasti akan mati, hari kita juga mungkin akan tiba. Maka persiapkanlah dengan amal sebanyaknya sebagai bekalan kita bertemu Allah SWT nanti.

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSPs

Alhamdulillah …. walaupun turun sebagai pasukan bukan pilihan, SMKAP berjaya memberikan saingan sehingga ke separuh akhir. Pada peringkat separuh akhir, SMKAP menentang juara bertahan SMK Lailatul Shahreen. Tahniah dan syabas kepada para pemain dan guru pembimbing serta jurulatih yang telah bertungkus lumus untuk memastikan team SMKAP mara hingga ke peringkat ini dan seterusnya dinobatkan tempat KETIGA Kejohanan Bola Tampar MSSPs 2019 yang telah berlangsung di SMK Tengku Suleiman pada 15 – 24 Julai 2019.

ANUGERAH KECEMERLANGAN SMKA/SABK 2018

Alhamdulillah…..SMKAP terus berdiri teguh mengembangkan sayapnya di persada pendidikan apabila menerima beberapa pengiktirafan daripada Bahagian Pendidikan Islam untuk pencapaian STPM dan SPM 2018. Anugerah disampaikan dalam Multaqa Institusi Pendidikan Agama 2019 yang diadakan di Royale Chulan Seremban Negeri Sembilan pada 24 – 26 Jun 2019.

STPM

  • Bahasa Melayu – Tempat Pertama Kebangsaaan : NGMP 3.98
  • Pengajian Am – Tempat Ke-5 Kebangsaan : NGMP 3.22
  • Sejarah – Tempat Ke-5 Kebangsaan : NGMP 3.45

SPM

  • Sejarah – Tempat ke-5 Kebangsaan : NGMP 1.18

Lebih manis apabila SMKAP juga menerima Anugerah Kokurikulum 2018.  Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SMKAP atas kejayaan yang diperoleh. Semoga menjadi penyuntik semangat untuk terus berbakti kepada sekolah tercinta.

Pertandingan National ICT Security Discourse (NICTSeD) Kebangsaan 2019

Tahniah dan syabas kepada srikandi2 SMKAP dan guru pembimbing atas kejayaan melayakkan diri mewakili Negeri Perlis ke Pertandingan NICTSeD 2019. Pertandingan tersebut akan berlangsung pada  13- 18 Julai 2019 di BTPN Pahang. Pelajar yang terlibat:

  1. Nurul Batrisyia bt Norizan 4SA 
  2. Rusydina Zafirah bt Zahari 4S
  3. Aisyah Syafiqah bt Ahmad Rafiqi 4S
  4. Faatin Soffiyah bt Zainal Alam  3S

Sama-samalah kita mendoakan agar anak-anak pelajar ini diberikan ketahanan dan kekuatan mental untuk mengharungi cabaran dalam pertandingan ini. Good luck…. do the best.

ANUGERAH GURU INOVATIF SEMPENA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Sekali lagi…. tahniah dan syabas kepada Cikgu Khairil Azmir atas kemenangan mengharumkan nama sekolah dan negeri Perlis amnya di persada kebangsaan apabila dinobatkan NAIB JOHAN GURU INOVATIF Kategori Individu Sekolah Menengah sempena Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan yang telah diadakan di SPICE Pulau Pinang pada 13 Mei 2019. Beliau menerima trofi dan juga wang tunai RM1500.00. 

Beliau berjaya menghasilkan sebuah Mini Diorama Art (MINDA) yang merupakan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan pemaparan gambar-gambar objek bersifat 3D.  MINDA dapat meningkatkan pemahaman murid dalam proses karya menggambar.  MINDA dihasilkan untuk membantu murid mengkaji kehendak karya menggambar dan menghasilkan karya menggambar dengan betul daripada segi aspek komposisi, bentuk, jalinan dan ruang.   Murid dapat meneroka konsep ruang objek hadapan, ruang objek tengah dan ruang objek belakang dalam karya menggambar dengan menggunakan MINDA.  MINDA dihasilkan dalam bentuk yang mudah dikendalikan, mudah alih dan sesuai untuk semua peringkat umur. Usaha yang digerakkan oleh Cikgu Khairil ini amat menarik perhatian saya dan diharapkan ia berupaya mencetus inspirasi kepada anak-anak murid beliau untuk berjaya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. (YB Menteri Pendidikan – Dr Maslee Malik)

MEMORIZATION COMPETITION PERLIS 2019

Tahniah dan syabas kepada AINA SOFEA BINTI ADUL DOLAMIDIN  atas kejayaan dinobatkan sebagai NAIB Johan dalam pertandingan “Memorization Competition Perlis 2019” bagi kategori 100 digits of Pi Challenge. Beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM300.00 dan disampaikan oleh DYTM Raja Muda Perlis pada 3 Mei 2019.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019

Tahniah dan syabas kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2018. En. Ruzaimi, Pn. Zainah, Pn Siti Rahayu, Pn Nor Atikah, Pn Nik Zakiah dan Pn. Maziroh Chat. Majlis yang gilang gemilang telah diadakan di Hotel Putra Regency pada 22 April 2019 dan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Semoga terus cemerlang dan memartabatkan profesion keguruan di peringkat yang lebih tinggi.

PENMEN 2019

Tahniah team SMKAP kejayaan menggondol tempat KEDUA dalam Pertandingan Menterjemah Sekolah Menengah Negeri-Negeri Utara Semenanjung Malaysia (PENMEN) 2019 yang telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia pada 20 April 2019.  Fasha Nur Insyirah dinobatkan sebagai peserta terbaik. Tahniah dan syabas kepada peserta serta guru pengiring, Teacher Anis.👍👍👍

LAWATAN PENANDA ARAS SKK MIRI BRUNEI (PROGRAM IMPAK TINGGI SKK)

Jaringan SMKAP + SMKA MIRI

Part 1 (18 April 2019 )

  • Malam Tautan Ukhuwah

Part 2 (19 April 2019)

  • Taujihat Pengetua
  • Kolaborasi Surau untuk ASIS
  • Immersi Asrama untuk ASAT
  • Perkongsian pintar PA21
  • Silang Budaya: Demo Penyediaan Manok
  • Pansuh dan Air Herba
  • Sunset @Tusan Beach

Part 3 (20 April 2019)

  • Jalinan SKK-IPT dan PLC Peringkat Antarabangsa
  • Jalinan SMKAP dan Fakulti Bahasa Arab Universiti Sultan Sharif Ali (UNiSSA)
  • Profesional Learning Community : Sharing Session Amalan Terbaik Pengetua oleh Ustazah Hjh Shakirah Ahmad bertajuk Sahsiah Unggul Murid melalui Program BADAR
  • Jaringan komuniti di Masjid Sultan Omar Ali dan Kampung Air.

Part 4 (21 April 2019)

  • Jaulah Ilmiah mencari Ibrah

INTERNATIONAL, INNOVATION, CREATIVITY AND TECHNOLOGY EXHIBITION (I2CreaTE 2019)

​Alhamdulillah satu lagi berita gembira..inovasi SMKAP kit pen “MANGIFERA CHILYEOBEOB” telah dianugerahkan pingat EMAS dan I2Create 2019 yan telah diadakan di Kuala Lumpur pada 12 – 14 April 2019. Pasukan inovasi yang terdiri daripada Nur Adibah bt Shbri, Nur Azian bt Zamri, Farhah Nasuha bt Fakharuddin dibimbing oleh Cikgu Nor Afiza Ismail dan Cikgu Khairil bin Ahmad mencipta produk ‘pen tool’ yang mengeluarkan aroma yang dapat hilangkan rasa mengantuk ketika belajar atau bertugas di sekolah. Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar SMKAP untuk terus berinovasi.

MTQ PERINGKAT NEGERI PERLIS

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perlis telah diadakan pada 12 – 13 April 2019 di SMK Putra. Alhamdulillah, syabas dan tahniah kepada srikandi-srikandi SMKAP yang telah berjaya membawa pulang hadiah bagi setiap kategori.

  • Johan kuiz Bahasa Arab (Men. Atas dan Men. Rendah)
  • Johan kuiz Ilmu Wahyu(Men. Atas)
  • Tempat ketiga kuiz Ilmu Wahyu (Men. Ren)
  • Naib johan dan ketiga syarahan 
  • Naib Johan Khat ​​

DEBAT BAHASA INGGERIS

Pertandingan Akhir Debat Bahasa Inggeris peringkat negeri telah diadakan di SMK Syed Sirajuddin pada 11 April 2019. Tahniah kepada pendebat sekolah yang terdiri daripada Adira Kamilia, Rusydina Zafirah, Nur Fatihah, Batrisya dan Amal Nur Husna serta guru pembimbing Cikgu Ismaizah dan Cikgu Jismawati dinobatkan sebagai NAIB JOHAN. SMKAP bertemu dengan musuh tradisi SMK Derma. InsyaAllah cuba lagi tahun hadapan.

FORUM REMAJA LAYAK KE FINAL

MMU@School Jelajah Utara 2019

5-7 April 2019:  Imtiaz 4’s 4 in 1 programme:

Jalinan IPT, Team Building, Qiamullail, Soft Skill(html). 

  • Peserta: 97 orang
  • Fasilitator: 9 orang
  • Guru Bertugas: 15 orang

Tahniah dan syabas kepada Nurul Batrisya bt Norizan kerana telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Kategori Perempuan untuk MMU@School jelajah utara bagi tahun 2019.

KEPUTUSAN SPM 2018

لحمدلله بنعمته تتم الصالحاتبعد العمل والجهد، هذا من فضل ربنا

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah..Masa yg dinantikan telahpun tiba. 14 Mac 2019 hari yang bersejarah. Sekian lama bertungkus lumus mengorbankan masa tidur, bersengkang mata berusaha dengan susah payahAllah yg telah menyaksikan semua.  Membayar kesusahan itu dgn sesuatu yg cukup manis.  Berlinang air mata kesyukuran ibu dan ayah.  Sungguh menuntut ilmu itu tak mudah kerana ia suatu JIHAD. Mubarak Alaikum anak2 fortissimus ’01. Allah Taala Maha Hebat berikan kita ruang utk jelajah ilmuNya lagi dan lagi dan lagi…Syukran atas memori yg tercipta. Lonjakan GPS dari 3.16 kpd 2.81. Menghampiri zaman gemilang  2.78 pada 2012 dan 2.79 pada 2014. Jazakumullah khairul jaza’ kpd barisan pentadbir dan guru2 atas juhud kubra di medan ‘amal, untuk anak2 Imtiaz 5 seawal mereka di ting1 hingga 5.  Best student Fasihah Fadhili 10A+ dan 1A,Best straight A’s Masturina, Hana Najwa, Fauziah Pauzi dan yang lain2… Afrina Saipudin, Hz Nadiah, Dayana Batrisya, Alia Nazifa, Nur Khalida, Nur Izzah Insyirah, Nurul Izzah Ishak, Syazwani Mohammad, Aina Jazmina dan semua yg tak ter’tag’ dah…ramainya… Teruskan melangkah #srikandiSMKAP.Cikgu-cikgu di sini mendoakan hanya yg terbaik. Tahniah batch #SPM2018 #smkap 🎼🎵Selamat Jalan Sayang, Kini Kau Bersayap Pergilah Terbang🎶🎵

KEPUTUSAN STPM 2019

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi atas keizinanNya jua, keputusan STPM 2018 menunjukkan lonjakan apabila memperoleh NGMP 3.10 bagi tahun 2018  berbanding tahun 2017 iaitu 2.76. Dengan keputusan tersebut, SMKAP berjaya menduduki ranking ke-2 di negeri Perlis selepas SMK Syed Alwi.  Pelajar terbaik Juliana Bt Hafiz dan Puteri Najwa Adina bt Mohamad dgn NGMP 3.92 dan pelajar yg memperolehi NGMP 3.00 ke atas seramai 30 org pelajar.. Tahniah kepada semua guru-guru terutama guru-guru Tingkatan 6 atas penat lelah yang telah dicurahkan kepada anak-anak pelajar. 

LADAP 1 2019
 
Alhamdulillah. Ladap 1 2019 buat dalam bentuk explorace telah diadakan pada 8 Mac 2019. Julung-julung kali diadakan LADAP PAK 21. Satu pengalaman yang amat mengujakan para guru dan staf. Dari SMKAP-Checkpoint 1(SMK MATA AYER)-Nursery-Padang Besar-Burung Unta-Gua Kelam.  Ramai yang pertama kali terutamanya untuk orang Perlis yang lama merantau mencuba dan merasa nasi gulai itik sedap di Perlis ni. Kumpulan dibahagi sama banyak ikut peringkat umur supaya menguatkan lagi hubungan antara warga SMKAP sbb ramai ahli baru.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pertandingan masak pon meriah sampai  tak larat nak makan. Tahniah kepada AJK MASS atas penganjuran LADAP yang sangat menarik dan mencapai objektif iaitu ‘team building’ dalam kumpulan khususnya dan warga SMKAP amnya. Sekalung syabas dan mabruk kepada semua guru dan staf yang telah berjaya menamatkan explorace dengan jayanya dan secara tak langsung menjayakan hasrat pengetua untuk menjadikan SMKAP  “Sekolah Dalam Taman” apabila setiap kumpulan menyumbangkan dua pokok bunga dari spesis keladi dan puding.

MTQ PERINGKAT ZON UTARA

مبارك عليكم.  Tahniah kepada semua pemenang dan peserta-peserta MTQ Zon Utara serta guru-guru pembimbing yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan kejayaan anak2 pelajar. SMKAP sekali lagi diamanahkan sebagai tuan rumah pada 5 Februari 2019.  Keputusan pertandingan:

  1. JOHAN Hafazan – AIna Najihah
  2. NAIB JOHAN Syarahan – Aimi
  3. TEMPAT KE-3 Syarahan – Sabriah Sabri
  4. JOHAN Khat – Aisyah
  5. NAIB JOHAN Tilawah – Ain Sofea.
  6. JUARA KESELURUHAN PEREMPUAN

KEJAYAAN FEBRUARI 2019

Bulan Februari mencatatkan kejayaan manis buat SMKAP apabila pada 28/2 Pasukan Ping-Pong Sekolah berjaya melayakkan diri ke Suku Akhir dalam Kejohanan Ping Pong MSSPs. Peserta yang terlibat ialah Aisyah Nuwairah, Aina Husna, Nurathirah Huwaida dan Nur Alya Fathini.  Pada 27/2 bertempat di SMK Syed Alwi, Pasukan Bola Jaring Bawah 15 Tahun berjaya menggondol Naib Juara MSSPs, kalah tipis kepada musuh tradisi, Sekolah Sukan Syed Hassan. Pasukan bawah 18 tahun turut berjaya mendapat tempat ke-3 bersama.  Pada 23/2 juga telah berlangsung Kejohanan Catur Sirkit 2 anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kangar dan Perlis Northern Lion Chess Association Tajaan YB Noor Amin Ahmad bertempat di IPGM. Nur Alisa Sofiya bt Rosyidan telah dinobatkan sebagai Terbaik Perempuan bawah 18 tahun. Pasukan Silat jugak tidak ketinggalan menyumbangkan 6 pingat Gangsa dalam Kejuaraan Silat Olahraga Perlis yang telah berlangsung pada 22 – 24 Februari di Dewan Rakan Sukan. Srikandi tersebut ialah Lubna, Umairah Khairina, Fatma Al-Zahraa, Masliana Aisya, Anis Nabilah dan Siti Nur Athirah.

BANGKOK INTERNATIONAL INTELLECTUAL PROPERTY, INVENTION, INNOVATION AND TECHNOLOGY EXPOSITION

Bangkok, Thailand | 2 – 6 Februari 2019: Tahniah kepada Ckg. Khairil dan Ustaz Idris atas kejayaan cemerlang mengharumkan nama Perlis dan Malaysia amnya dengan memperoleh Gold Medal untuk rekaan “Stationary Card For Student”. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada anak² SMKAP Anisah, Ain, Anis yang membawa pulang Bronze Medal bagi produk mereka iaitu “Ez Purse”. Terima kasih tak terhingga kpd Cikgu Norafiza yang bertungkus lumus dari dua bulan yang lepas utk membawa pasukan inovasi sekolah ke Bangkok. Juga terima kasih kpd Ckg Noor Atikah sebagai guru pengiring serta terima kasih utk pengurusan SMKAP serta para guru sekalian di atas sokongan dan doa kalian. Syukran jazilan, 

LAWATAN RASMI DUTA ROMANIA KE SMKAP

23 Jan 2019, satu lagi sejarah tercatat di bumi wakaf apabila terpilih sebagai pilihan Duta Romania sempena lawatan Duta-Duta Besar EU ke Negeri Perlis.Tepat jam 8.50 pagi, ketibaan Duta Besa Romania, Constantin Volodea Nistor disambut dengan persembahan silat oleh srikandi2 SMKAP dan seterusnya merasmikan Laman KOOP INSTECT di koperasi sekolah.  Acara dewan berlangsung di Dewan Sibawayh diisi dengan ucapan aluan pengetua kemuadian diikuti syarahan umum TYT Duta Besar Romania. Beliau menyentuh tentang hubungan dua hala antara Malaysia dan Romania yang telah terjalin sejak 1969. Beliau mengalu-alukan pelajar malaysia terutamanya pelajar SMKAP untuk menlanjutkan pelajaran ke Romania dan menurut beliau ramai pelajar dari Malaysia menyambung pelajaran terutamanya dalam bidang perubatan. Acara diteruskan dengan sesi soal jawab kemudian tetamu dihidangkan dengan tayangan video korporat sekolah dan berakhir dengan upacara penyampaian cenderamata oleh kedua-dua pihak. Walaupun hanya seketika bertemu, jelas terpancar di wajah tetamu khas akan keterujaan bersama-sama dengan warga SMKAP dan semoga hubungan ini akan terus mekar merentasi kesatuan Eropah….

PERTANDINGAN MENGHAFAL NOMBOR

Genius-genius Matematik SMKAP… sahut cabaran UniMAP beramai-ramai.

DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN

Jom, serlahkan bakat anda… pakat-pakat serta pertandingan di bawah….

PERTANDINGAN CYBERSAFE IN SCHOOLS 2018

Tahniah dan syabas kepada Ummi Aniqah (2UK) atas kejayaan memenangi pertandingan kategori individu CyberSafe di Sekolah 2018 anjuran KPM, BTP dan Digi Telekomunikasi. Sebagai pemenang umi menerima sijil tahniah dari BTP, Google Malaysia dan Digi serta beg kalis air. 

PENDAKWAH MUDA NEGERI PERLIS 2018

21 Nov. 2018, SMKAP melakar kejayaan manis sebagai penutup tirai persekolahan 2018 apabila dinobatkan JOHAN Pencarian Bakat Pendakwah Muda Negeri Perlis 2018. Pendakwah Muda  Nur Ainaa Najihah Hasfizal Affendy & Pembantu Multimedia: Nor Shuhada Shafiee memukau juri dan penonton dengan persembahan mantap dan menusuk jiwa di Dewan SK Pendidikan Khas. Sekalung penghargaan dan syabas kepada Jurulatih Saringan: Usth Aizatul Fitrah dan Jurulatih Final: Usth Zainah Abdullah. Semoga butir-butir permata SMKAP akan terus bergemerlapan di serata pelusuk dunia. 

KEJOHANAN SENI BELA DIRI TAEKWANDO PERINGKAT KEBANGSAAN

Tahniah dan syabas kepasa Nur Ameera Farhana bt Narla (1SK) kerana telah mendapat pingat GANGSA dalam Kejohanan Taekwando (MTA) Jemputan Kebangsaan Piala YB Senator Dr Radzi Jidin dan Kejohanan Seni Bela Diri Zon Pantai Timur yang telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Ketereh Kota Bharu Kelantan pada 16 – 17 November 2018.

PERTANDINGAN BAHASA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH SEMPENA JERAYAWARA GERAKAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN ZON UTARA 2018

Pada 12 Nov. 2018 bertempat di Pepustakaan Awam Negeri Kedah. Alor Setar Kedah telah berlangsung Pertandingan Bahasa Berirama Sekolah Menengah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Perpustakaan Awam Negeri Kedah dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Alhamdulillah, SMKAP sebagai wakil tunggal dari Perlis tidak menghampakan apabila berjaya mendapat NAIB JOHAN dan membawa pulang sijil serta hadiah berupa wang tunai RM600.00. Syabas dan tahniah kepada anak-anak SMKAP serta guru-guru yang terlibat.

GLOBAL IT CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES

Syabas dan tahniah kepada team Malaysia terutamanya Noufah Binti Abdullah Hajibilang(Srikandi SMKAP) kerana telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam pertandingan Global IT Challenge For Youth With Disabilities. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 11 November 2018 di New Delhi India. Pasukan Malaysia berjaya menjadi JOHAN untuk kategori individu dan kategori Video terbaik. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia umunya dan SMKAP khususnya bahawa kejayaan boleh dikecapi oleh sesiapa sahaja tanpa menjadikan kecacatan dan kekurangan sebagai halangan……

  

KARNIVAL STEM KPM PERINGKAT NEGERI PERLIS

Alhamdulillah..SMKAP Alawiyah berjaya mendapat beberapa kemenangan dalam Karnival STEM Peringkat Negeri Perlis yang telah diadakan pada 9 November 2018 di SMK Arau.:

1. Johan Roket Air Kategori Payung Terjun

2. Naib johan projek digital stem

2. Ketiga Roket Air Kategori Sasaran Dlm Karnival STEM KPM Peringkat Negeri Perlis 2018

PERTANDINGAN PENGUMPULAN E-WASTE 

Kejayaan demi kejayaan Allah kurniakan kepada SMKAP. Syukur atas nikmatnya. Dalam pertandingan pengumpulan E-Waste (kategori Sekolah) sempena Hari Alam Sekitar Negara anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis pada 3 November 2018, SMKAP mendapat TEMPAT PERTAMA dengan hadiah sebuah Mesin Fotostat. Semoga memberi manfaat untuk seluruh warga SMKAP.

KONVENSYEN PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

PIBG  SMKAP, telah berjaya mendapat pengiktirafan 5 bintang di peringkat kebangsaan. Anugerah ini telah disampaikan di dalam Konvensyen Pelibatan Ibubapa dan Komuniti PIBK yang telah diadakan di Institut Aminuddin Baki IAB, Bandar Enstek Nilai pada 24 -26 Oktober 2018. Tahniah kepada PIBG SMKAP di atas pengiktirafan ini.

Pertandingan Melukis Poster Antarabangsa Kelab Leo “Kindness Matter” 

Kejayaan demi kejayaan dirangkul oleh puteri-puteri SMKAP. Alhamdulillah. Bertempat di IPG Kangar pada  20.10.2018 (Sabtu), pelajar-pelajar ini berjaya mengharumkan nama SMKAP dalam pertandingan melukis poster antarabangsa anjuran Kelab Leo  dengan gimbingan guru seni, Cikgu Khairil Azmir b Ahmad dengan memperoleh:

  1. 1 Perak –  Hasmin Danis Nureiman
  2. 4 Gangsa – Ainul hayati Md Aziz
  • Nurul Aida Nabilah
  • Anis Aqilah Basri
  • Amna Nafisa Amran

PIDATO ALAM SEKITAR PERINGKAT KEBANGSAAN

Tahniah dan syabas kepada Yasmin Suffiah bt Mohd Alias serta guru pembimbing Pn. Fadzliyana atas kejayaan merangkul Naib Johan Pidato Alam Sekitar peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 20.10.2018 (Sabtu) bertempat di Port Dickson. Beliau berjaya membawa pulang hadiah wang Tunai RM 800 serta trofi. Sesungguhnya setiap usaha yang gigih pastinya membuahkan hasil yang sangat manis. Man Jadda wa jada….

ANUGERAH KECEMERLANGAN JALINAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN  DENGAN UNIVERSITI AWAM 2018

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua warga SMKAP atas kecemerlangan sepanjang tahun 2018 apabila menerima 5 anugerah dalam Anugerah Kecemerlangan Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Majlis berprestij itu telah diadakan di Putrajaya pada 16 Oktober 2018. Anugerah yang dimenangi ialah:

  1. Anugerah Program Jalinan SKK dengan UNIMAP.
  2. Anugerah SKK Harta Intelek
  3. Anugerah Penyelaras Terbaik SKK Sek. Men. (Pn. Basyira bt Omar)
  4. Anugerah Perdana SKK
  5. Anugerah Sarana SKK

Memetik kata-kata Tn. Pengetua “Semua ini diperoleh hasil kesungguhan guru dan warga SMKAP dan kebersamaan kita. Sokongan yang padu daripada PIBG, JPN/SPI dan UNIMAP. Inilah hasil jerit perih cikgu-cikgu semua. Mudah-mudahan kecemerlangan ini dapat kita kekalkan. 

ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERLIS

Alhamdulillah, kejayaan demi kejayaan diraih oleh SMKAP. 5 anugerah telah diraih dalam Anugerah Pembestarian Sekolah peringkat Negeri Perlis yang telah diadakan pada hari Khamis 11 Oktober bertempat di Auditorium Kompleks Kementerian Dalam Negeri. Anugerah tersebut ialah:

  1. Pencapaian SSQS 5 Bintang
  2. KETIGA ‘Best KPI Frog VLE Performance’ kategori 15Mbps
  3. JOHAN Laman Web Sekolah (Men)
  4. JOHAN Dashboard Sekolah Terbaik
  5. KETIGA Pengurusan Makmal Komputer 
  6. JOHAN Pertandingan CAKNA (Nur Nasuha bt Fakharuddin)

MISS 2018 PERINGKAT KEBANGSAAN

Alhamdulillah…. Tahniah dan syabas kepada pasukan Kuiz Ilmu Wahyu Men Atas SMKAP atas kejayaan merangkul JOHAN dalam Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan(MISS 2018) yang telah diadakan SMAMAWIP pada  22 & 23 September 2018. Mubarak alaikum Ust Ishak, Ustzh Zainah dan pelajar Nur Waznah, Nur Izzati dan Nur Farah Izzati. Sesungguhnya andalah SRIKANDI….

PROGRAM PLC PERKONGSIAN PINTAR BAHASA ARAB SMKAP DAN SMKAA

Alhamdulillah Program PLC Perkongsian Pintar B.A Ting 4 antara SMKAP dan SMKA Arau telah berjaya dijalankan pada  Jumaat 21 Sept. di Hotel Putra Regency bermula jam7.45pg-5.30 ptg.  Semua pelajar Ting.4 terlibat kecuali 4 org ke MISS di KL. Semoga program ini menjadi penanda aras kepada kecemerlangan Bahasa Arab bagi kedua-dua sekolah.

LAWATAN DARI UNIVERSITI FATONI THAILAND

21 September 2018(Jumaat): Lawatan ini diadakan oleh pelajar Master Universiti Fatoni seramai 32 pelajar yang terdiri daripada 21 siswa, 6 siswi dan 5 pensyarah. . Lawatan ini adalah salah satu dari keutamaan mereka utk mencari bahan berkaitan pengurusan pendidikan Islam di Malaysia. Ia juga bagi memenuhi credit hour mereka. Kolaborasi di peringkat antarabangsa ini amat diperlukan bagi kedua buah institusi ini SMKAP dan Fatoni Universiti (FTU), demi pendidikan bertaraf global.  Sambutan SMKAP walaupun serba sederhana, namun ianya amat bermakna kerana maklumat dan informasi berkaitan pendidikan di Malaysia yg diperolehi oleh pihak FTU amat membantu dalam kajian mereka.

PEMILIHAN PESERTA MISS 2018

Keputusan pemilihan peserta MISS negeri Perlis ke peringkat kebangsaan :

  • 1. Hiwar Men Atas – SMKA (P) Alawiyah
  • 2. Hiwar men ren – SMKA Arau
  • 3. Kuiz BA men atas – 2 org wakil dr SMKA Arau, 1 wakil SMKAP
  • 4. Kuiz BA men ren – 2 wakil SMKAP, 1 wakil SMKAA
  • 5. Kuiz Ilmu Wahyu Men atas – 3 wakil SMKAP
  • 6. Kuiz Ilmu Wahyu men ren – 2 wakil Al- MAAD, 1 wakil SMKAP
  • 7. Hafazan Al- Quran men ren – SAIM
  • 8. Hafazan Al- Quran men atas – SMK Syed Alwi
  • 9. Qiraat Sab’ah bertaranum men atas – AL- MAAD
  • 1O. Qiraat sab’ah bertaranum men ren – SMKAA
  • 11.Kalimatussobah men atas – SMKAP
  • 12. Kalimatussobah men ren – SAIM

​Semoga beroleh kejayaan di Peringkat Kebangsaan.

KARNIVAL KOKURIKULUM TINGKATAN 6

Tahniah dan syabas kepada pasukan bola tampar Tingkatan 6 yang dipimpin oleh Cikgu Wan Nur Izzati dan Pn. Isma Junaiza atas kejayaan sebagai Naib Johan Negeri kalah tipis kepada SMK Tengku Suleiman.  Karnival selama 2 hari (12 dan 13 September) telah diadakan di SMK Tengku Suleiman. Semoga tahun depam SMKAP akan mencipta lebih banyak kejayaan dan seterusnya menaikkan lagi imej PRA U SMKAP di negeri Perlis.

“MAJLIS JASAMU DIKENANG” PN. HJH RUSWATI DAN PN.MARDZIYAH

Tanggal 7 Sept. 2018, bumi SMKAP sekali lagi bermandikan hujan kesyahduan apabila 2 permata diraikan dalam Majlis Sanjungan Budi bagi meraikan Pn. Hjh Ruswati yang telah dinaikkan pangkat sebagai PK Pentadbiran di Sekolah Agama Islahiyah Menengah Behor Mali dan Pn. Mardziyah yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat Master di UKM. Ustz. Ruswati yang lebih mesra @ Kak Rus telah menaburkan bakti di SMKAP selama 21 tahun bermula sebagai guru penolong kemudiannya memegang jawatan Guru Kanan Pendidikan Islam dan seterusnya dilantik sebagai PK HEM. Beliau merupakan guru, sahabat dan ibu kepada seluruh warga SMKAP yang amat disayangi dan dikasihi kerana keperibadian dan ilmu yang dimilikinya menjadikan beliau memiliki auranya yang tersendiri.  Sesungguhnya jasa yang telah ditaburkan oleh kedua-dua insan ini hanya mampu dibalas oleh yang Maha Esa.

PERTANDINGAN “BANK RAKYAT CHORAL SPEAKING COMPETITION”

Mohon jasa baik semua warga SMKAP untuk menyokong dengan memberikan ‘like’ dan ‘share’ kepada video di bawah​

PERTANDINGAN FUTSAL

29 Ogos 2018: Alhamdulillah syabas dan tahniah utk team SMKAP yg buat pertama kalinya menyahut cabaran dan jemputan utk mewakili sekolah ke pertandingan futsal di SMKTS.. kita JOHAN!!! Tahun depan jumpa lagi.. in shaa Allah.. buat team under 16 nanti cuba lagi.. keep it up team under 14!!.#futsalwanita#johanbawah14#SMKAP @ Beseri, Perlis, Malaysia

BICARA BERIRAMA BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI

8 Ogos 2018: Tahniah dan syabas kepada pasukan Bicara Berirama SMKAP serta guru pembimbing Pn. Siti saudah dan Cik Wan Nur Izzati atas kejayaan mendapat Naib Johan Bicara Berirama Peringkat Negeri Perlis. Pertandingan tersebut diadakan di SMK Kuala Perlis. SMKAP kalah tipis kepada SMK Derma. InsyaAllah tahun depan kita juara….

Debat Terbuka Bahasa Arab Peringkat Antarabangsa UIAM

27-30 julai 2018 : Pencapaian smkap alawiyah: – peringkat suku akhir: SMKAP vs Madrasah Alhikmah Indonesia. – berada di rank ke 6 liga daripada 24 pasukan- Adlina dinobat sbg pendebat terbaik dalam dua pusingan liga peserta:Nur Adlina Azmel, Amal Nurhusna Hassan, Nur Fauzana Mahadhir guru pengiring:Usth Basyira Omar

Konvensyen Health Promotion in Learning Institution (HePiLi) peringkat kebangsaan 2018

Pada 24-27 Julai telah berlansungnya Konvensyen Health Promotion in Learning Institution (HePiLi) peringkat kebangsaan 2018 di UIA Gombak. Pasukan Kelab Doktor Muda SMKAP telah mewakili negeri Perlis untuk pertandingan Senam Sihat. Pasukan Senam Sihat telah berjaya mendapatNaib Johan yang membawa hadiah wang tunai Rm800, trofi, sijil dan medal. Tahniah dan syabas…. Nur Adiniy Fikriyah (4SA), Nur Aina Safiyyah (2SF), Nurnisa Najla(2SF), Nurnisa Nazifa(2SF), Wan Nur Najiehah(4UK), Aisyah Nuwairah dan Nurin Adlina(1UK).

Pertandingan Olimpiad Matematik & Sains Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Perlis

Syukur dan sekalung tahniah kepada anak-anak smkap, Nur Ain Sofiya dan Naimi Qaisara Zulaikha dari kelas 4 Sumaiyah yang telah mendapat GANGSA kategori Matematik dan Olimpiad dalam Pertandingan Olimpian Matematik & Sains Kebangsaan peringkat Negeri Perlis yang telah diadakan di dewan SMK Arau pada 24 Julai 2018.

TAHNIAH SRIKANDI SMKAP….

Sekalung tahniah dan syabas kepada srikandi-srikandi SMKAP dan guru-guru yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri dan kebangsaan dalam pelbagai bidang kokurikulum. Diraikan dalam Perhimpunan Khas Kokurikulumpada 16 Julai 2018.

  1. Perhimpunan Koperasi Sekolah  hos terbaik PKS Kebangsaan  – Pn. Norafiza. 
  2. Kejohanan memanah remaja Kebangsaan – Pn. Arifah 
  3. Johan Kuiz Sejarah Perlis. – Pn. Nizar.
  4. Senam Sihat Doktor Muda. – Pn. Nik Zakiah. 
  5. National Science Challenge UNIMAP- Pn. Nurul Aini
  6. Bola jaring mssps- Pn. Noremira 
  7. Pertandingan ‘Scrabble’ Ng Perlis – Pn Jismawati 
  8. Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018 – Pn. Syarezuan

KUIZ SEJARAH PERINGKAT NEGERI

Tahniah kepada peserta (Khairina, Izzah, Fasihah, Afrina) dan jurulatih(Pn. Nizar) kuiz Sejarah yang telah memenangi tempat pertama kuiz sejarah peringkat negeri perlis anjuran persatuan sejarah perlis. SMKAP akan mewakili perlis ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Johor. Semoga berjaya….

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMKAP yang bertemakan ‘Aidilfitri Dirai, Ukhuwah Dipateri’ telah berlangsung dengan meriahnya  di bawah anjuran Majlis Staf Sekolah (MASS). Majlis bermula seawal 9.40.00 pagi dengan para pelajar dan guru serta staf yang memakai baju berwarna-warni memeriahkan suasana.

Pelbagai juadah istimewa hari raya telah dihidangkan dalam meraikan seluruh warga SMKAP seperti nasi tomato, bihun sup, rojak, roti canai, kuih teow sup siam, ketupat rendang, ayam masak merah, gulai daging dan ais krim. Pelbagai Kuih-kuih dan kek raya disumbangkan oleh pelajar dan guru. Pelbagai lapisan warga SMKAP, baik dari barisan pengawas, guru dan staf sekolah serta pekerja swasta turun menghulurkan bantuan dan bertungkus-lumus membuat persiapan pada hari rewang, mengeratkan ukhuwah dan memecahkan jurang sesama warga SMKAP. Tanpa bantuan mereka, pastinya program ini tidak mampu dijayakan dengan sebaiknya. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Selain warga SMKAP, sambutan majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Noor Amin Ahmad Ahli Parlimen Kangar dan Pn. Siti Hatifah Bt Yahya, Ketua Sektor Jaminan dan Kualiti JPN serta AJK PIBG. Dapatkan koleksi gambar dalam galeri Frog.

Your browser security settings are preventing Frog from being able to display this embedded web site. Allowing your browser to run unsafe scripts may help.

PERHIMPUNAN BULANAN JPN

Tahniah kepada semua penerima hadiah yang telah diraikan di perhimpunan bulanan JPN bln Mei yang diadakan pada 24 Mei di Dewan Tengku Mahmood, SMK Derma.  Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Pengarah Pendidikan.

  • noufah – naib johan “MALAYSIAN IT CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES 2018” prgkat kbgsaan
  • nurin qistina – pingat perak dan gangsa memanah kebangsaan
  • taekwando: amirah dan khairunnisa  pingat perak dan gangsa kebangsaan
  • i- idea peringkat antarabangsa anjuran uitm: best participant utk sekolah, best award dari univ riau, best award utk produk anis wong, nurqistina, adlin danessa dan nor aida yusra
  • Pingat Perak dalam TIC Teacher’s Innovation Competition peringkat kebangsaan di WP Labuan: Usth Basyira Omar. 

Karnival Smka/Sabk Zon Utara Kebangsaan.

  • Johan Debat B.Arab: Farha Humaira, Ashfa Irfani, NurHaziqah Nadiah. Pendebat Terbaik: Ashfa Irfani
  • Naib Johan Kalimatussobah: Farhah Nasuha
  • Naib Johan Kuiz Unit Beruniform: Nurul Najwa, Nurul Natasha, Nor Solehah, Nor Anis

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Alhamdulillah, sambutan hari guru peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan dalam suasana yang meriah dan penuh warna warni. Pertama kali dalam sejarah, penglibatan pibg dan pibk dalam menguruskan perjalanan sambutan hari guru memberi impak positif apabila masing-masing menunjukkan komitmen yang sangat tinggi. Bertemakan melayu klasik, masing-masing ayu dengan kain batik dan bunga di kepala serta teruna yang segak bergaya persis hulubalang di zaman kesultanan melayu melaka. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada terutamanya badan pengawas serta pibg dan pibk yang telah berusaha untuk menceriakan guru-guru yang adakalanya begitu ‘stress’ dengan longgokan tugas yang pelbagai. Semoga memori indah ini dapat menjadi ubat bagi mendepani tugasan-tugasan yang mendatang dan seterusnya sama-sama membawa SMKAP ke puncak jaya.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERLIS

Tahniah kepada Cg Khairil bin Ahmad atas anugerah Guru Inovatif Kategori Sek Men. sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perlis yang telah diadakan di Dewan Warisan pada 12 Mei 2018. Majlis Sambutan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis. Semoga terus menjadi pemangkin aspirasi untuk terus cemerlang pada masa akan datang.

KARNIVAL KECERGASAN PERINGKAT NEGERI PERLIS

KEJOHANAN TAEKWANDO PERINGKAT KEBANGSAAN

Keputusan kejohanan taekwondo peringkat kebangsaan baru2 ni..TAHNIAHHH kepada

  • Khairunnisa dapat pingat Perak 🥈
  • Amirah dapat pingat gangsa🥉

KEJOHANAN BOLA JARING MSSPS

“Berpantang ajal sebelum maut’. itulah peribahasa yang layak diungkapkan untuk menggambarkan kesungguhaan pasukan bola jaring sekolah bawah 15 dan bawah 18 tahun apabila layak ke peringkat akhir menentang SMK Syed Hassan pada 4 Mei bertempat di SMK Syed Alwi. Kedua-dua team SMKAP telah memberikan saingan yang sengit walaupun berdepan dengan sekolah sukan. Walaubagaimanapun. nasib belum menyebelahi SMKAP apabila kita hanya kalah 2 mata sahaja. InsyaAllah, “Man Jadda Wa Jada”, tidak mustahil tahun depan kita akan mengalahkan SMK Syed Hassan. InsyaAllah…

​ 

 

AHLAN WASAHLAN TUAN PENGETUA BAHARU

  • PN. HJH SHAKIRAH BT AHMAD

Selamat bertugas dan semoga SMKAP akan terus bersinar di bawah kepimpinan dan naungan Tn. Pengetua.

“MALAYSIAN IT CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES 2018”

  • Tarikh: 24 & 25 April 2018
  • Tempat: Glory Beach Resort 2018
  • Jumlah Acara: 10 acara
  • Jumlah Peserta: 176 org Murid Berkeperluan Khas (MBK) dr 16 Negeri

*PENCAPAIAN NEGERI PERLIS*

eTools Challenge (Individu):

  • JOHAN KATEGORI KURANG UPAYA FIZIKAL:MUHAMMAD SHAHIR BIN ROSWADI, SM SAINS TUANKU SYED PUTRA.

eTools Challenge (Individu):

  • TEMPAT KETIGA KATEGORI KURANG UPAYA PENDENGARAN:WAN MIRZZA SHAFIQ BIN WAN NAJMI, SMK ABI.

eLifeMap Challenge:

  • TEMPAT KEDUA KATEGORI KURANG UPAYA PENGLIHATAN:NOUFAH BINTI ABDULLAH HAJI BILANG, SMK AGAMA (P) ALAWIYAH

eTools Challenge (Individu):

  • TEMPAT KETIGA KATEGORI BERMASALAH PEMBELAJARAN:SALSABILA BINTI ZAINOL RASHID, KOLEJ VOKASIONAL KANGAR.

eCreative (Kumpulan):

  • TEMPAT KEDUA – PERLIS

eDesign (Kumpulan):

  • TEMPAT KETIGA – PERLIS

SUPER CHAMPION CANDIDATES (KESELURUHAN)

  • TEMPAT KEDUA – PERLIS SMKAP : NOUFAH BINTI HAJIBILANG ( (2SF)

Tahniah dan syabas kepada pelajar sekolah kita NOUFAH BINTI HAJI BILANG  (2SF)yang yang telah berjaya mengharumkan nama SMKAP dengan penuh gemilang.

Karnival Kokurikulum SMKA/SABK Peringkat Kebangsaan Zon Utara.Di SMKA Al Irsyad Pulau Pinang. 13 – 14 April 2018

الحمدلله بنعمته تتم الصالحات.لنستهلنّ الصعب وندرك المنى.

  1. Johan Debat BA Persahabatan & Pendebat Terbaik.
  2. Naib Johan Kalimatussobah.
  3. Naib Johan Kuiz Unit Beruniform.
  4. Pencapaian (ketiga):Public Speaking.Pidato.Forum.Bola Jaring.Memasak.Lanskap Gejet Perkhemahan.

 

KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT NEGERI PERLIS

الحمدلله بنعمته تتم الصالحات.لنستهلنّ الصعب وندرك المنى.

  1. JOHAN Hafazan (
  2. NAIB JOHAN Syarahan (P)
  3. NAIB JOHAN Khat Jawi (P)

LAGI KEJAYAAN BERGANDA…

3 April 2018 merupakan hari yang bertuah bagi sekolah kita kerana dikhabarkan dengan beberapa berita kejayaan anak-anak SMKAP yang membanggakan. Tahniah kepada Noufah dan Ustazah Syafiqa kerana telah berjaya mendapat TEMPAT KEDUA dalam Perlis IT Challenge yang telah diadakan di BTPN Perlis. Turut menggembirakan apabila peserta “Poetry Recitation” Peringkat Negeri Perlis, Rusydina Zafirah bt Zahari dan Ainul Mardiah bt Anuar serta jurulatih Pn. Rahayu mendapat tempat KETIGA. Penutup hari ini diserikan dengan kejayaan Farhah Nasuha, Irdina Ilham, Diyanah Kamilah berjaya dalam pemilihan Naqibat ke peringkat Kebangsaan.

KUIZ SEJARAH PERINGKAT NEGERI 2018

Tahniah dan syabas kepada team Kuiz Sejarah SMKAP kerana telah berjaya dinobatkan sebagai JOHAN peringkat negeri Perlis. Pertandingan tersebut telah diadakan di SMK Abi pada 31 Mac 2018. Para perta terdiri daripada Izzah Insyirah, Khairina, Afrina dan Fasehah. Sekalung penghargaan kepada jurulatih2 yang sangat dedikasi, Pn. Hamidah, Pn. Nizar dan Cik Izzati.

MTQ ZON UTARA 2018

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Zon utara telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Mac 2018 di SMKAP….

Alhamdulillah….. SMKAP cemerlang….

  • Juara keseluruhan perempuan
  • Johan Syarahan Perempuan
  • Johan Tilawah Al-Quran Perempuan
  • Naib Johan Hafazan Perempuan
  • Ketiga tulisan Khat Perempuan

Tahniah kepada semua peserta dan jurulatih. Semoga akan terus cemerlang untuk mewakili Perlis ke peringkat kebangsaan.

KEPUTUSAN SPM 2017

Keputusan SPM diumumkan hari ini….. GPS sekolah menurun sebanyak 0.18 daripada 2.98 kepada 3.16. Seramai 139 calon telah menduduki peperiksaan tersebut. Seramai 9 orang mendapat 8A, 9 orang mendapat 9A, 6 orang mendapat 10A dan seorang pelajar mendapat 11A. Mardhiah bt Mohiding telah dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang Sekolah dengan mendapat 6A+, 3A dan 2A-. Walaupun terdapat sedikit penurunan, secara keseluruhan kebanyakan subjek menunjukkan peningkatan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon dan guru-guru yang telah menunjukkan komitmen yang sangat cemerlang untuk tahun 2017. Jatuh bangun adalah adat untuk kita terus berusaha menjadi yang lebih baik.

PERTANDINGAN PERKHEMAHAN KADET BOMBA PERINGKAT NEGERI PERLIS

Alhamdulillah… Kadet Bomba SMKAP telah memenangi TEMPAT KETIGA acara kawad hantaran jauh berhalangan, JOHAN kawad kaki, NAIB JOHAN keseluruhan bagi Pertandingan Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Negeri Perlis yang telah diadakan pada 10 Mac 2018 di Dataran Lestari JPN Perlis. Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta guru-guru pembimbing yang telah bertungkus lumus berlatih untuk kejayaan ini.

PERTANDINGAN SAJAK, SYAIR DAN SAHIBBA ANJURAN DBP

Alhamdulillah…. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi atas nikmatnya kepada SMKAP. Fasa bertama SMKAP telah membuka langkah dengan dinobatkan sebagai JOHAN dalam Pertandingan Sajak yang diwakili oleh Izzah Sajiddah bt Naridan anjuran dewan Bahasa dan Pustaka yang telah diadakan pada 6 Mac 2018 di SMK Derma. Beliau akan mewakili Perlis ke peringkat kebangsaan. Tak lupa juga tahniah kepada peserta pertandingan Sahibba (Sharifah Fathiyah) yang telah melepasi pusingan ketiga dan mendapat saguhati.

Pertandingan Mural anjuran Kementerian Pendidikan (KPM)

Walaupun sekadar mendapat sagu hati dalam Pertandingan Mural anjuran Kementerian Pendidikan (KPM) tahun ini namun pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah tetap tidak berputus asa.

Keputusan itu diumumkan pada majlis pengumuman dan penyampaian hadiah yang diadakan di Dewan Auditorium, KPM, Putrajaya, 27 Februari lalu. Guru Seni Khairul Azmir Ahmad berkata, pada tahun ini kami kurang bernasib baik dan hanya dapat saguhati walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh.

“Setem dipilih sebagai medium untuk menyampaikan tema kali ini memandangkan setiap acara mempunyai setem khas tertentu. Pelajar dan guru bertungkus lumus selama dua minggu untuk siapkan mural berkenaan. 

Empat lukisan pelajar yang dipilih adalah hasil karya Nur Alya Sofia Zairi dari kelas 4 Zainab, Nurzarifah Zainurin (4 Ummi Kalsom), Siti Nursolehah Tahrim (4 Ummi Kalsom) dan Ummie Nur Fathirah Asmawi (4 Siti Aisyah).

“SMKA(P) Alawiyah berentap dengan 75 sekolah lain dari seluruh negara dalam pertandingan yang berlangsung sebulan berakhir Disember lalu. “Pada Disember, seorang jurufoto datang ke sekolah dan mengambil gambar mural dan dicetak untuk dinilai lima juri di KPM,” katanya.

Pasukan SMKA (P) Alawiyah membawa pulang wang RM1,000 dan sijil. Pada 2015, SMKA(P) Alawiyah mendapat tempat ketiga pada pertandingan sama dan membawa pulang wang tunai RM10,000. http://www.gpsbestari.com/berita/perlis/walaupun-hanya-dapat-saguhati-tapi-semangat-warga-smka-p-alawiyah-buat-kita-bangga-1.803923

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN

Alhamdulillah…. Kejohanan Olahraga dan Balapan 2018 telah diadakan dengan jayanya pada 21 & 22 Feb. 2018 di Padang SMK Derma. Perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Timbalan YDP PIBG, En. Tarmizi. Kejohanan pada tahun ini telah dijuarai oleh Rumah Nusaibah (Kuning) manakala Naib Johan telah disandang oleh Rumah Siti Khadijah(Merah). Acara kemuncak iaitu acara tarik tali telah dimenangi oleh rumah Siti Khadijah. Kejohanan pada tahun ini diserikan oleh acara guru iaitu 100m jalan kaki bagi guru perempuan dan 100m larian untuk guru lelaki .Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pengurusan dan warga SMK Derma keseluruhannya atas kesudian mengizinkan warga SMKAP untuk menjayakan majlis tersebut di padang sekolah mereka. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada pengurusan, jawatankuasa kejohanan dan warga SMKAP atas kelancaran dan kegemilangan kejohanan tesebut. 

‘MAJLIS JASAMU DIKENANG’                                                    TUAN PENGETUA PN. HJH SHABARIAH OTHMAN

Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan pada 31 Januari 2018 untuk meraikan persaraan Tuan Pengetua Pn. Hjh Shabariah bt Othman dengan tema ‘Raikan Cinta’. Tema tersebut amat bertepatan apabila YDP PIBG Tn Hj. Sokri yang merupakan suami tercinta kepada pengetua turut menamatkan sumbangannya sebagai YDP PIBG yang telah dipegang sekian lama kerana 3 anak kepada pasangan ideal ini merupakan pelajar sekolah SMKAP. 

Kedua mempelai meraikan cinta buat kali kedua apabila dipakaikan persalinan diraja dan diraikan sebagai raja sehari dengan perarakan menaiki kereta kuda ke singgahsana di Dewan Az-Zahra’. Turut sama dalam majlis yang penuh bermakna ini antaranya Tn Pengarah dan Timbalan Pengarah Pendidikan, Ketua Sektor dan pegawai-pegawai dari Sektor Pendidikan Islam, Pengetua-pengetua dan wakil Pengetua serta ajk PIBG.

Majlis yang penuh gemilang ini dimulakan dengan persembahan silat dan gimik oleh anak-anak pasangan dengan membawa cincin untuk dipakaikan oleh Tn Hj. Sokri ke jari manis isteri tersayang. Pelbagai acara telah disusun dan alhamdulillah majlis telah berjalan dalam suasana yang cukup ceria dan harmoni walaupun masing-masing menahan sebak untuk melepaskan Tn Pengetua yang telah banyak menyumbang bakti dan berkorban untuk kemenjadian sekolah dan pelajar-pelajar SMKAP sepanjang bergelar pengetua selama lebih kurang 6 tahun (Dis 2011 – 1 Feb 2018) di bumi wakaf ini. 

Seusai majlis di Dewan A-Zahra, Tn Pengetua dan suami merasmikan Taman Herba yang merupakan inspirasi teakhir Tn. Pengetua. Semoga dengan persaraan awal ini, Pn. Shabariah dapat menaburkan bakti kepada keluarga terutamanya bonda kesayangan dengan sepenuh masa. Segala jasamu dan kenangan bersama akan kami ingati sepanjang hayat.

MAJLIS JASAMU DIKENANG PN. HASHIMAH & PN. SARAH dan SANJUNGAN BUDI 

Tahun 2018 merupakan tahun kehilangan bagi SMKAP apabila 2 orang guru yang telah banyak menabur bakti kepada bumi SMKAP, Pn. Sarah bt Hassan dan Pn. Hashimah bt Hassan menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam dan diraikan dalam Majlis Jasamu Dikenang pada 29 Januari 2018 (Isnin). Turut sama diraikan dalam majlis yang sama ialah guru-guru yang telah bertukar sekolah iaitu Pn. Dayang Salmah, Pn. Farhah, Pn. Hanisah, Pn. Nur Balqis Batrisyia dan En. Ajis (staf). Walaubagaimanapun hanya 3 orang guru yang dapat bersama-sama dalam majlis.  ‘Patah tumbuh hilang berganti’ tetapi yang berganti tidak akan sama dengan yang pergi. Semoga segala bakti yang telah dicurahkan mendapat pahala dan amalan yang menerangi alam seterusnya.

 

2017 KAOHSIUNG INTERNATIONAL & DESIGN EXPO, TAIWAN

Alhamdullillah, Tahniah dan syabas kepada Amirah, Anis & Shamira serta guru pembimbing, Pn. Nor Afiza Ismail atas pengiktirafan GOLD MEDAL peringkat antarabangsa untuk produk GREENIE. Expo tersebut telah diadakan di Kaohsiung Taiwan pada 8 -10 Disember 2017. Malaysia secara keseluruhannya mempertandingkan 23 produk daripada 346 seluruh dunia. 3 sekolah dari perlis telah mengambil bahagian iaitu SK Sena, Al-Maad dan SMKAP. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk SMKAP terus mengukir nama di persada antarabangsa dan seterusnya menaikkan imej di sekolah agama di mata dunia. AMin…

ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T atas kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh SMKAP. Tahun ini SMKAP menutup tirai dengan penganugerahan TEMPAT KEDUA, Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara Kuala Lumpur pada 21 November 2017. Semoga dengan anugerah  berprestij ini akan menambahkan lagi semangat warga SMKAP untuk terus memartabatkan ict dalam PdPc dan menjulang SMKA dalam arena pendidikan kebangsaan.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASCA UPSR&PT3 

Pada tahun ini, buat julung kalinya, pihak JPN Perlis telah menganjurkan pertandingan ini untuk mengisi masa pelajar lepasan UPSR & PT3.  SMKAP telah menghantar 6 pasukan yang terdiri dari 2 Persatuan Puteri Islam, 2 Kadet Bomba dan 2 lagi KRS.Keputusannya  SMKAP telah berjaya mendapat 4 hadiah iaitu:

  1. NAIB JOHAN KRS perempuan
  2. KETIGA KRS perempuan.
  3. KETIGA PPIM
  4. JOHAN KESELURUHAN

Tahniah dan syabas srikandi SMKAP.

 

​Selamat berjuang buat srikandi SMKAP…. Bayangkan kejayaan bukannya kegagalan. Jangan stress tak tentu hala. Lalui peperiksaan dengan senyuman. Bayangkan anda berjaya mencapai keputusan cemerlang. Anda pasti dapat melakukan yang terbaik ketika di dalam dewan peperiksaan.  “Sekiranya kamu telah membulatkan tekad , bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertawakal.”— Surah Ali’Imran ayat 159​

ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH 2017 PERINGKAT NEGERI PERLIS

Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Perlis telah diadakan pada 30 Oktober 2017 bertempat di Auditorium Kesenian Negeri Perlis. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi kerana SMKAP telah berjaya dalam kategori berikut:

  1. Anugerah Portal/ Laman Web Sekolah – KEDUA
  2. Anugerah Pengurusan Makmal Komputer Sekolah Cemerlang – KEDUA
  3. Dashboard Frog VLE Sekolah Terbaik – PERTAMA
  4. Anugerah’ Best KPi Frog VLE Performance – PERTAMA
  5. Anugerah Pencapaian SSQS 5 Bintang 2017
  6. Anugerah Pembestarian Sekolah

Sekolah Menengah Agama (P) Alawiyah juga terpilih sebagai Top 5 untuk Anugerah Pembestarian Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 21 Novembet 2017. 

Video terbaru SMKAP Production… Pertandingan Cinta Muamalat, pelaburan patuh syariah anjuran YADIM. Mohon sokongan warga SMKAP untuk like dan subscribe. Terima kasih.

OPEN TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2017

Syabas dan tahniah diucapkan kepada IQA ZUNAIRA MOHD ZAIRI dan jurulatih serta guru pembimbing atas kejayaan mengharumkan nama SMKAP di persada antarabangsa. Beliau berjaya memperoleh PINGAT GANGSA dalam 2nd Malaysia Open International Taekwando Championship 2017 yang telah berlangsung di Stadium Badminton Cheras Kuala Lumpur pada 6 – 8 Oktober 2017. “Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia“. Semoga Iqa akan terus cemerlang.

Pertandingan Video Sehati Sejiwa Anjuran Jabatan Penerangan.

​Mohon kerjasama semua warga SMKAP untuk subscribe…. klik link di bawah.. tekan 2 butang like n subscribe. Semoga kita akan menang untuk pertandingan video sehati sejiwa anjuran Jabatan Penerangan.

SKILL CHALLENGE AND TOURISM FESTIVAL 2017 (SkillCT Fest 2017)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Nur Haziqah bt Idris atas kejayaan memenangi tempat KEDUA dalam Perlis Photo Fest 2017 yang telah diadakan pada 25 – 27 September di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Pertandingan ini diadakan mengikut beberapa kategori. Kategori politeknik dan sekolah menengah. Lebih dari 10 buah sekolah menengah di Perlis dan 4 buah SM dari Kedah menyertai pertandingan tersebut. Para peserta  diminta merakamkan 3 keping gambar terbaik di sekitar politeknik Syed Sirajudin dan menghantar kpd juri pertandingan. Peserta diberi kebebasan untuk menggunakan alatan kamera atau handphone utk berfotografi. Gambar tidak dibenarkan diedit. Sesungguhnya puteri-puteri SMKAP mempunyai banyak skil dan kemahiran yang membanggakan. Teruskan mengasah bakat yang dikurniakan ALLAH agar ia dapat digunakan untuk kegemilangan Islam.

 

Program Video VISCOM ANJURAN Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

​Alhamdulillah Hari ni 18 Sept. 2017 SMKAP telah mendapat tempat kedua dalan pertandingan broadcasting pembaca berita anjuran Politeknik. Tahniah kepada Siti Aishah bt Asmadi yang telah menunjukkan bakat sebagai pembaca berita. Tahniah juga kepada anak-anak SMKAP yang telah berpeluang menggunakan pelbagai peralatan mutimedia yang bernilai jutaan ringgit di bawah Program Video VISCOM yang telah diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Video Player
 
 
00:00
 
00:00
 
 
 

PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT NEGERI PERLIS

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Yasmin Sufiyyah atas kejayaan memenangi tempat PERTAMA dalam Pertandingan Pidato Sekolah Menengah yang telah diadakan pada 14 Sept. 2017 di SMK Arau. Sesungguhnya anda adalah permata yang berpotensi sebagai daie, pencetus ummah. Tahniah kepada guru-guru yang telah terlibat secara langsung untuk kecemerlangan srikandi SMKAP.

Alhamdulillah…. 

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BERUNIFORM BULAN PATRIOTIK PERINGKAT KEBANGSAAN (ZON UTARA) 2017

TAHNIAHH DAN SYABAZ *Pengetua, PK Pentadbiran, PKKO, Guru2 Penyelaras dan anggota kadet atas kejayaan dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform Bulan Patriotik Peringkat  Kebangsaan 2017 yang telah diadakan pada 19 dan 20 Ogos di Amanjaya Mall, Sungai Petani. Alhamudillah KRS Puteri dan Kadet Bomba Puteri SMKA (P) ALAWIYAH telah berjaya mendapat tempat Ketiga. Mabruk…. semoga lebih cemerlang pada masa akan datang.

NATIONAL SCIENCE CHALLENGES 2017

Anjuran: Akademi Sains Malaysia, MOE, ExxonMobil,MARA,UKM,UPM, Young Scientist Malaysia

Tarikh : 11 Ogos – 18 Ogos 2017

Tempat : UKM ,Akademi Sains , UPM dan BTP Bkt Kiara

Guru Mentor : Pn Nurul Aini binti Ahmad

Pelajar : Syazana, Khairina dan Fauziah

Laporan:

Seramai 3790 pasukan dari seluruh malaysia menyertai preliminary level (online quize) yg dijalankan di sekolah pada 27 Mei. 5 pasukan terbaik dari setiap negeri mewakili sekolah bertanding di peringkat negeri. Pertandingan berbentuk kuiz secara terbuka dan individu. SMKAP mjadi johan state level. Johan dari setiap 16 negeri bertanding di peringkat kebangsaan selama 8 hari. Di sini peserta perlu melalui pelbagai aktiviti ditambah dengan projek rekacipta berasaskan botol mineral yg memberikan markah terkumpul utk memilih 4 kump terbaik bg ke grand final.  Majlis penutup dirasmikan oleh Menteri Teknologi dan Inovasi YB Datuk Panglima Wilfred Madius Tangau. It was challenging journey, yet memorable and precious experience. Tahniah!!!!

Anugerah Kualiti Pendidikan Islam 2017

Pada 12 Ogos 2017 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Perlis telah mengadakan Anugerah Kualiti Pendidikan Islam yang telah dirasmikan oleh Dr. Hj Azhar bin Hj Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam di SMKA Arau. Dalam majlis tersebut SMKAP telah dianugerahkan Sijil Anugerah Kualiti bagi subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah serta Pendidikan Syariah Islamiah bagi pencapaian terbaik SPM 2016. SMKAP juga mendapat Anugerah Iklim Dinie terbaik kategori SMKA/SABK/KAA. Tahniah kepada  guru pendidikan Islam dan semua guru atas kerjasama mewujudkn iklim dinie di smkap dan gps tertinggi PQS dan PSI. Tahniah dan syabas kepada Tuan Pengetua, Pn, Hjh Shabariah bt Othman atas Anugerah Khas Pengetua dan juga kepada semua guru-guru yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2016. Teruskan kualiti dan kecemerlangan kalian untuk memartabatkan SMKAP di peringkat tertinggi.

Karnival Kecergasan Sempena Minggu SIhat Kelab Doktor Muda Perlis.

Pada 12 Ogos 2017 bertempat di Institut Latihan Perindustrian Kangar telah berlangsung Karnival Kecergasan sempena Minggu Sihat Kelab Doktor Muda Negeri Perlis. Pertandingan Lompat Talu Kelab Dr. Muda Perlis telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Azlam bin Man dengan disertai 22 kumpulan sekolah rendah dan 14 kumpulan sekolah menengah. Berkat disiplin, usaha dan doa dari semua, SMKAP telah berjaya menggondol dua tempat teratas iaitu Naib Johan bagi Team Kigs Jumpers dan tempat ke-4 bagi Teamsquirrell Jumpers. Mabruk srikandi SMKAP.

International World Prosumer Convention 2017

​Pada 8 dan 9 Ogos yang lalu,telah berlangsung program International World Prosumer Convention 2017 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Salah satu acara yang dianjurkan ialah Pitch Your Product 2017 (PYP). Sekolah kita telah menghantar 8 penyertaan dan 3 daripadanya terpilih untuk ke peringkat akhir. Keputusan akhir pyp ilium 2017  Satu  kumpulan dari SMKAP, iaitu Nor Suriani Bt Yahaya dan Nur Afrina Bt Mohd Saipudin telah berjaya mendapat tempat keempat dan memenangi USD200 dengan produk mereka iaitu Meow Meow Secret.Tahniah kepada pemenang, para peserta dan guru guru terlibat dalam penyertaan ke pertandingan tersebut…

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

SMKAP Terus Melakar Kejayaan… Alhamdulillah

National science challenge perlis state level 2017.

Venue: dewan kecemerlangan, unimap pauh

Participants: Fauziah/Syazana/khairina (4s)

Alhamdulillah…. 2 tahun berturut-turut SMKAP berjaya merangkul JOHAN dalam National Science Challenge yang telah diadakan di UNIMAP Pauh pada 13 Julai 2017. Tahniah dan syabas kepada semua perserta dan juga guru pengiring yang telah bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan ini milik SMKAP. Semoga “road to Sweden” akan menjadi kenyataan. All the best untuk peringkat kebangsaan nanti.

SELAMAT BERSARA CIKGU AZIZAN

Tanggal 7 Julai 2017, SMKAP sekali lagi kehilangan sebutir permata apabila Cikgu Azizan bin Dahaman menamatkan tempoh perkhidmatan untuk bersara wajib di usia 60 tahun. Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan bagi meraikan dan menghargai segala sumbangan dan jasa Cikgu Azizan sepanjang berada dalam perkhidmatan sebagai seorang guru biasa dan seterusnya sebagai guru kanan Jabatan Teknik dan Vokasional. Tema pada hari tersebut ialah hijau. Sekali lagi Badan Pengawas sekolah telah menjalankan tugas dengan cemerlang. Semoga Cikgu Azizan akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjalanan hidup sebagai seorang pesara dan pengusaha homestay dan harumanis.

SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan dengan meriahnya pada 7 Julai 2017. Pelbagai juadah tersedia untuk hidangan antaranya nasi tomato, bihun sup, roti canai, apam balik, aiskrim, teh tarik dan lain-lain. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan, En. Azman bin Ghazali, Ketua Sektor Pendidikan Islam dan pegawai-pegawai SPI serta  YDP PIBG dan AJK. 

KEPUTUSAN PERLIS 3.0 

Sangat membanggakan…. tahniah dan syabas kepada team inovasi dan guru-guru pengiring atas kejayaan yang telah dicapai dalam PERLIS 3.0. SMKAP berjaya menggondol 3 EMAS, 3 PERAK dan 4 GANGSA. Keputusan keseluruhan adalah seperti berikut:

Anugerah Inovasi terbaik

Nama sekolah : Smk agama perempuan alawiyah

Nama produk : phone powerbank case

Nama pelajar :

-nursyazwani bt mohamad

– nur khairina bt haszeri nudin

Nama sekolah : Sma al madrasah al alawiyah ad diniah

Nama produk : herbal rodents dispel

Nama pelajar :

– muhammad firdaus bin fadzly

-muhammad alif bin saifudin

– syed danial syed zahari

Anugerah pemenang utama (exhibition ke KOREA)

Nama produk :

solat cat feeder

Nama sekolah : SK PUTRA

Nama pelajar :

– muhammad danish shafee bin mohd azdi kirana

– nurmarissa maisarah mohd azdi kirana

Anugerah Myris special award-

Nama produk : fast response robbery report (fast3r)

Nama sekolah : SK AGAMA ARAU

Nama pelajar :

– muhd idham bin yustialmy

Nama produk Putra -plast :OXO-Biodegradable polymer with natural substances

Nama sekolah :SMS TUANKU SYED PUTRA

Nama pelajar :

-Nur khairunnisa aqilah bt abdul halim

-aisyah bt shaharol munir

Nama produk : Malay legacy traditional herbal bath set

Nama sekolah : SMK AGAMA PEREMPUAN ALAWIYAH

Nama pelajar :

-anis wong bt danial wong

-nuraida yusra bt adidan

Anugerah IDRIS 2017

Nama produk : Clothes dryer

Nama sekolah :SK SENA

Nama pelajar :

-Muhammad zharif b mohd nazri

-muhammad haziq b mohd nazri

-nur hana alisha bt khairel rafezi

Nama produk : A voice friendly  classroom using recycles material

Nama sekolah : SK IPGM

Nama pelajar :

-Zahirah muzamir

-nur hanani ahmadi

-khadeja nur qistina bt amran

Nama produk : Ez box mobile recycling box

Nama sekolah : SRK SERI INDERA

Nama pelajar :

-Muhammad arieff b helmy sham

-muhammad iman najmi b suhairul rizal

-luqman hakim b norizan

TAHNIAH TUAN PENGETUA: ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perlis ke-46/2017 telah diadakan pada 26hb Mei di Dewan Besar, Kolej Matrikulasi Perlis. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis. Tema Hari Guru pada tahun ini adalah “Guru Pembina Negara Bangsa”, sejajar dengan tema Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Pada majlis ini, Pengarah Pendidikan Perlis, Tn Hj Izmi bin Hj Ismail, telah mengetuai majlis bacaan ikrar Hari Guru.      Hjh Rokiah bt L. Abdullah telah dipilih sebagai Tokoh Guru 2017. Sementara itu, Pn Hjh Shabariah bt Othman (SMKAP Kangar) menerima Anugerah Tokoh Kepimpinan, Datin Noridah bt Yangman (SMS Tuanku Syed Putra) Anugerah Ikon Guru, Pn Hjh Noridah bt Hj Hamdan (SK Kayang) Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,  En. Aznan bin Mat Isa (SMK Syed Alwi) Anugerah Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum, Pn Maaziah bt Johar (SMK Sanglang) Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas, Bagi kategori Guru Inovatif, En Harapi b Hassan (SK Jelempok) memenangi kategori Individu Sekolah Rendah, Pn. Chan Lay Kim (SMK Syed Ahmad) Individu Sekolah Menengah, Pn Noraishah bt Md Rus, Pn Kaizan bt Mamat dan Pn Chan Lay Kim (SMK Syed Ahmad) Kumpulan dan Pn Chan Choy Peng (SJKC Khoon Aik) Prasekolah.      Sempena sambutan ini, turut diadakan aktiviti seperti Konvoi Bermotosikal, Perlawanan Bolasepak, Derma Darah, Seminar Pendidikan, Forum dan Pameran PAK 21 yang turut disertai oleh SMKAP.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 16 Mei dengan penuh meriah bertemakan ‘Blue Ocean’. Acara sukaneka dan permainan diadakan pada waktu pagi dan acara dewan bermula jam 11.00 pagi. Terima kasih kepada Badan Pengawas Sekolah khasnya yang telah menguruskan acara sambutan hari guru tahun ini dengan menampilkan konsep laut dan hidupan lautnya . Terima kasih kepada semua anak-anak pelajar yang memberikan kerjasama dan sokongan yang padu kepada guru-guru anda. Semoga semua guru warga SMKAP dikurniaka kesihatan wal afiat, dimurah rezeki,ceria,bahagia dunia akhirat dan Allah nilai sebagai amalan baik dapat menikmati pahala sampai akhirat.

ANUGERAH KOPERASI LIMA BINTANG

Alhamdulillah….. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada ‘team’ koperasi khususnya atas Anugerah Koperasi 5 Bintang dan tempat KETIGA Koperasi Sekolah Hos Terbaik PKS 2016 peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Pulau Pinang 14 Mei 2016. .Sebanyak 11 buah sekolah dianugerahkan koperasi 4 ⭐️⭐️⭐️⭐️ manakala 3 buah sekolah dinobatkan koperasi 5 ⭐️⭐️⭐️⭐️.⭐️Terima.kasih semua kepada guru PUM yang amat komited dan barisan pentadbir yang sentiasa memberikan sokongan dan bantuan serta rakan guru yg sedia membantu. Teruskan kecemerlangan koperasi SMKAP.

Tahniah dan syabas….

KEJOHANAN TAEKWANDO KEBANGSAAN

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Khairunisa Kamaruzamam (jaket merah) kerana telah memenangi pingat gangsa di Kejohanan Taekwando Kenagsaan yang telah diadakan di Pulau Pinang pada 6 May 2017. Penghargaan juga diberikan kepada Amirah Zulkarnain atas kejayaan mewakili negeri ke kejohanan tersebut dan Puan Hashimah Hassan sebagai guru penasihat yang sangat komited bagi memastikan kejayaan anak-anak buahnya di peringkat tertinggi.

ANALISA KEPUTUSAN SPM 2016

​Analisa keputusan SPM 2016. Seramai 139 calon telah menduduki peperiksaan. SMKAP memperoleh GPS 2.98 sedikit menurun berbanding 2015 iaitu 2.95. Walaubagaimanapun SMKAP masih mengekalkan kedudukan tempat ketiga dibawah SMK Derma dan SMSTSP. Seramai 18 calon yang mendapat 7A, 22 orang 8A, 3 orang 9A, seorang 10A dan 5 pelajar mendapat 11A. Pelajar terbaik dirangkul oleh Inas Nabilah bt Ibrahim(11A+, 2A) dan Nursyafiqa bt Rohani (11A+, 2A).

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan guru yang telah bertungkus-lumus untuk kecemerlangan SPM 2016. Penurunan GPS untuk 2016 merupakan cabaran untuk semua warga SMKAP meneruskan khidmat bakti bagi kecemerlangan SPM 2017.

TITIAN KASIH 2017

Klik untuk rencana selanjutnya: http://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/smkap-menang-banyak-kategori-sehingga-pasangan-diraja-turut-meraikan-kejayaan-1.640947

Anugerah GPS Bestari

Alhamdulillah… setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, SMKAP berjaya menghiasi dada akhbar Sinar Harian selama 2 hari berturut-turut apabila berjaya muncul Top 5 untuk kesemua kategori yang dipertandingkan dan lebih bermakna apabila dalam Majlis Anugerah GP Bestari, SMKAP telah mendapat tempat dalam semua kategori iaitu:

  1. Kategori Tandas Paling Ceria – JOHAN
  2. Kategori Kelas Paling Ceria – JOHAN
  3. Kategori Lanskap paling ceria – Ke-3
  4. Kategori Mural Paling Kreatif – Ke-3
  5. Kategori Cikgu Paling Popular – Ke-3
  6. Video Paling Kreatif. – Ke-3

Hadiah berupa RM1500 bagi Johan dan RM1000 bagi tempat ke-3. Hal ini bermakna SMKAP berjaya membawa pulang hadiah berjumlah RM7000 dan sumbangan buku untuk Pusat Sumber Sekolah bernilai RM10,000 sumbangan Karangkraf. Permulaan tahun yang amat baik untuk SMKAP dan semoga SMKAP terus gemilang untuk tahun 2017.

Kangar: Seramai enam pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Alawiyah, di sini, mendapat keputusan cemerlang 11A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), yang diumumkan hari ini.

Mereka adalah antara 147 calon PT3 dari sekolah berkenaan yang mengambil peperiksaan berkenaan pada tahun ini.

Daripada jumlah itu, 18 pelajar memperoleh keputusan 10A dalam semua subjek, manakala 28 pelajar lagi berjaya memperoleh keputusan 9A.

Sementara itu, seorang pelajar, Aina Nadhirah Mansor, 15, antara pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 11A di sekolah berkenaan menganggap kejayaan yang diperolehnya adalah berkat usaha dan doa daripada kedua ibu bapanya.

“€œSebelum ini kakak saya pernah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) beberapa tahun lalu jadi saya ingin mengulangi kejayaan itu dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam PT3 kali ini.

“€œAlhamdulillah, saya bersyukur kerana usaha saya dan ibu bapa serta guru selama ini ternyata membuahkan hasil berbaloi dan mereka ini juga banyak memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Secara keseluruhannya, seramai 4,070 pelajar tingkatan tiga dari seluruh Perlis menduduki peperiksaan PT3 pada tahun ini.

ends

Artikel ini disiarkan pada : Harian Metro Isnin, 19 Disember 2016 @ 1:51 PM
 

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

Alhamdulillah… setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi atas kejayaan peserta SMKAP memenangi tempat ke-3 pertandingan GREEN COOKER CHALLENGE sempena Karnival Inovasi Teknologi Hijau Peringkat Kebangsaan 2016 yang telah diadakan pada  6 – 9 November 2016 bertempat di Cinta Sayang Golf Resort, Sungai Petani Kedah. Tahniah dan teruskan usaha untuk kelestarian alam sekitar kepada para peserta iaitu Nur Farah Hanim Muhamad Idris, Husna Saidin dan Nurzahira Imani Hariff serta guru pengiring yang sangat dedikasi Cik Nurul Aini.

KUIZ SEJARAH PERINGKAT NEGERI

Tahniah dan syabas kepada semua peserta Kuiz Sejarah dan guru pembimbing yang telah merangkul JOHAN NEGERI. Dari kiri Aisyah Wajihah Adam Tan, Anis Nadia Hasim, Pn Hamidah, Pn. Nizar , Siti Hajar, Nurul Huda Dinie.

KONVENSYEN DOKTOR MUDA PERINGKAT NEGERI PERLIS

Konvenyen telah diadakan pada 24 Set. 2016. SMKAP telah berjaya mendapat JOHAn dalam BICARA SPONTAN BM, NAIB JOHAN Bicara Spontan BI dan NAIB JOHAN Inovasi BBM. Tahniah dan Syabas kepada semua peserta dan guru pembimbing.

PENCALONAN MURAL PALING KREATIF PERINGKAT KEBANGSAAN

Mohon sokongan undian dan promosi para guru dan pelajar untuk pencalonan tersebut. Semoga kejayaan menjadi milik SMKAP. Klik Link di bawah..

ANUGERAH GPS BESTARI

Sekolah kita telah menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh GPS Bestari . Oleh itu , diminta jasa baik semua warga SMKAP untuk memberi sokongan dengan mengklik “undi” sebanyak mungkin pada setiap penyertaan dalam kategori Tandas Paling Ceria , Guru Paling Popular dan Landskap Paling Cantik . Hal ini kerana , keputusan berdasarkan undian terbanyak . Terima Kasih 

Majlis JASAMU DIKENANG Cikgu Mohamed Noor bin Daiyah

 

Begitu pantas masa berlalu…. SMKAP kehilangan sebutir lagi permata apabila Cikgu Md Noq bersara bermula 1 Ogos 2016. Cikgu yang menjadi favourite terutamanya dalam subjek Sejarah dan merangkap bapa kepada puteri-puteri SMKAP. Terlalu banyak jasa yang telah dicurahkan semenjak menjejakkan kaki ke SMKAP pada tahun 2010. Antara kejayaan termanis beliau ialah membentuk pasukan bola tampar SMKAP daripada pasukan nombor belasan kepada pasukan kedua terbaik negeri Perlis. Mempunyai minat yang mendalam terutamanya dalam bidang masakan dan nursery taman. Semoga beliau akan sentiasa diberi kesejahteraan dan kesihatan sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang pesara…. 

SEMARAK RAMADHAN @SMKAP

 
 

ANUGERAH KOPERASI DAN PKS 2016

  • Anugerah Hos Terbaik Pelancongan Koperasi Sekolah Peringkat Keb 2016.
  • HKS Hos Terbaik Pelancongan KS Pkt Keb 2016.
    • 5 bintang – Koperasi SMK Agama Perempuan Kangar
    • 4 bintang – Koperasi SMK Kuala Perlis. 

Tahniah dan syabaz

 

NATIONAL SCIENCE CHALLENGE 2016


Alhamdulillah SMKAP berjaya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan di UKM Bangi bulan Ogos nanti utk National Science Challenge 2016 mengalahkan MRSM, SMK Agama Arau dan SMK Tengku Suleiman.. 😄😄

 

PROGRAM KEBITARAAN BAHASA ARAB

28 org pelajar terlibat dengan Prgram Kebitaraan Bahasa Arab di Kuala lumpur pada 7-9 mei. Pelajar terdiri daripada Ting. 1,2,3. 

 

SUMBANGAN BUKU SEMPENA PROGRAM WAKAF BUKU SELURUH PERLIS (KEM MEMBACA 1 MALAYSIA) 2016

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) telah dilancarkan secara serentak di seluruh negara pada 4 April 2016. Sehubungan dengan itu, Program wakaf Buku Seluruh Perlis diadakan bagi menambah bilangan buku di Pusat Sumber Sekolah. Semua warga SMKAP diharapkan dapat menyumbangkan buku-buku terpakai atau baharu kepada Pusat Sumber Sekolah melalui guru kelas masing-masing sehingga 15 April 2016. Diharapkan sumbangan tersebut dapat mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu dalam kalangan murid terutama warga SMKAP.

KARNIVAL DAKWAH ZON UTARA 2016

KEPUTUSAN PENGHAKIMAN

TILAWAH AL-QURAN PUTERA

  1. MRSM
  2. SMK Abi
  3. MATRI

TILAWAH AL-QURAN PUTERI

  1. SMK Tengku Lailatun Shahreen
  2. SMKA Alawiyah P
  3. SMKA Alawiyah P

HAFAZAN AL-QURAN PUTERA

  1. MATRI
  2. MRSM
  3. SMK Tengku Suleiman

HAFAZAN AL-QURAN PUTERI

  1. MATRI
  2. SMK Tengku Lailatun Shahreen
  3. SMKA Alawiyah P

SYARAHAN AGAMA PUTERA

  1. SMK Tengku Suleiman
  2. MATRI
  3. SMK Perlis

SYARAHAN AGAMA PUTERI

  1. SMKA Alawiyah P
  2. SMKA Alawiyah P
  3. MATRI

KUIZ AGAMA MENENGAH RENDAH

  1. Kumpulan SMKA Alawiyah P
  2. Kumpulan MRSM
  3. Kumpulan SMK Derma

KUIZ AGAMA MENENGAH ATAS

  1. Kumpulan MRSM
  2. Kumpulan SMK Tengku Lailatun Shahreen
  3. Kumpulan SMK Derma

JOHAN KESELURUHAN

PUTERA: MATRI

PUTERI: SMKA Alawiyah P

 

AKADEMI BAHASA ARAB

Akademi Bahasa Arab Peingkat Negeri Perlis telah diadakan dengan jayanya pada 25 – 26 Mac 2016 di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Akademi ala-ala rancangan realiti TV ini merupakan inisiatif SPI JPN bertujuan melatih bakat-bakat muda berpidato dalam Bahasa Arab. Seramai 6 orang mentor yang berpengalaman dalam pengucapan Bahasa Arab telah diberi kepercayaan untuk melatih 24 orang pemidato muda seluruh negeri. PErtandingan akhir diadakan selepas 6 sesi bersam-sama mentor iaitu Ustazah Basyira Omar, Ustazah Nazirah Harun, Ustazah Rafizah Mohd Damin, Ustazah Siti Rofidah Abd Rahim, Ustaz Massaudi Hj. Din dan Ustaz Zulkifly Rahmat.

Kemuncaknya, Bilal dari Al-Maad telah dinobatkan sebgai Johan, diikuti Mardhiah Mohiding dari SMKAP sebagai Naib Johan dan Ketiga Ain Insyirah dari Al-Maad.

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan mentor serta pihak penganjur yang telah menganjurkan program yang sangat memberi manfaat ini.

 
 

Semoga menjadi inspirasi kepada anak-anak pelajar yang lain. Hobi sambil berdakwah. 

-Berita Harian 30/3/2016-

Alhamdulillah….Mabrouk.…setinggi-tinggi tahniah kepada panitia Bahasa Melayu dan Panitia Seni kerana telah berjaya meletakkan SMKAP di tangga teratas bagi Terbaik Mata Pelajaran peringkat SMKA Kebangsaan dalam SPM 2015. Semoga kecemerlangan ini akan terus digapai bagi tahun-tahun mendatang dan panitia lain akan menyusul…SMKAP Terbaikkk….

 
 

Tahniah kepada Cikgu Khairil dan team antaranya Aishah Che Intan, Nabilah bt Burhanudden, Fatihah bt Awie, Safiyah bt Rosli, Farah Hanim bt Idris, dan Sarah Aishah kerana telah berjaya menggondol tempat ke-3 dalam Pertandingan Mufors Mural Contest anjuran PLUS dan Nippon Paint. Majlis Penyampaian Hadiah Mural Mufors Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada Jumaat (4/3/2016). Mereka telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000.00. Tahniah sekali lagi kerana telah menjadi inspirasi kepada warga SMKAP untuk terus melakar kecemerlangan bagi tahun 2016.

Cukup tidur petua kejayaan pelajar terbaik SPM Perlis

 

KANGAR – Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) negeri Perlis tidak mempunyai sebarang rahsia atau petua khusus kejayaannya.

Ummi Hajidah Mohamad Asri, 18, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan (P) Kangar di sini memberitahu, dia hanya mengamalkan jam tidur yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya lapan jam sehari selain mengelak melakukan kerja-kerja berat sebelum menduduki peperiksaan SPM.

“Saya tidur pukul 9 malam setiap hari selain tidak mengamalkan mengulangkaji pelajaran sehingga pukul 3 hingga 4 pagi.

“Jika tidur tidak cukup, kita akan mengantuk pada siang hari, kepenatan selain kurang fokus terhadap perkara yang ingin dilakukan.

“Selain itu, saya mengelak melakukan kerja-kerja berat bagi mengelak berlakunya risiko kecederaan yang mampu menjejaskan persediaan bagi menghadapi SPM,” katanya kepada pemberita sempena sidang media keputusan SPM Perlis 2015 di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di sini hari ini. – K! ONLINE



Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz42Seiqnjg 

KEPUTUSAN SPM 2015

 

Alhamdulillah… sekali lagi SMKAP mencatat sejarah meneruskan kecemerlangan Nurul Najwa apabila Ummi Hajidah binti Mohd Asri dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2015 bagi negeri Perlis. Beliau mencatatkan keputusan 11A+ dan 1A. Seramai 10 orang pelajar dinobatkan sebagai pelajar cemerlang peringkat negeri.

Seramai 142 calon menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2015. Walaubagaimanapun berlaku sedikit penurunan sebanyak 0.16 apabila bagi tahun 2015 GPS Sekolah 2.95 manakala 2014 2.79. Matapelajaran yang berlaku peningkatan ialah Bahasa Melayu 0.80, Bahasa Inggeris 3.27, Ekonomi Asas 3.39, Fizik 4.49, Kimia 4.21 dan Biologi 3.46.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
  •  
  •  
  •