PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERLIS

Pada 24 dan 25 Ogos 2019 telah berlangsung Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Perlis di Gelanggang Futsal UTC Perlis. Alhamdulillah, srikandi SMKAP telah berjaya dinobatkan sebagai NAIB JOHAN. Tahniah dan syabas kepada saudari Nur Iman Qistina bt Mohd Azha dan Siti Nur Athirah bt Mohd Fansuri dan guru penasihat/pembimbing , Pn. Nurminazura serta jurulatih yang bertanggungjawab menggilap permata-permata silat SMKAP.