PENILAIAN LAPANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN SEKOLAH LESTARI – ANUGERAH ALAM SEKITAR 2018/2019

Selasa 24 September 2019, telah berlangsung penilaian lapangan peringkat kebangsaan Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar 2018/2019. SMKAP telah berjaya melepasi tapisan sehingga berjaya dinobatkan antara Top 10 bagi seluruh Malaysia. Semoga kita akan berjaya. InsyaALLAH. Majlis penganugerahan akan diadakan pada 19/10/ 2019 di Pulau Pinang.