Pelantikan Pengawas, Naqibah Badar, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Tingkatan dan Majlis Perwakilan Pelajar Ting. 6

Pada hari ini, 13 Januari 2014 telah diadakan Majlis Pelantikan Pengawas, Naqibah Badar, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Tingkatan dan Majlis Perwakilan Pelajar Ting. 6. Seramai 73 orang pengawas, 68 orang Naqibah Badar, 49 orang Pengawas PSS, 46 orang Ketua dan Penolong Tingkatan serta 7 orang Majlis Perwakilan Pelajar telah  diberi amanah sebagai tulang belakang kepada guru-guru dan pihak pengurusan bagi memastikan visi dan misi sekolah dapat dicapai.

Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis dan Lagu Sekolah diikuti oleh Ucapan Tuan Pengetua. Seterusnya ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Sokri bin Haji Husin. Watikah disampaikan oleh Tuan Pengetua diiringi oleh Puan Nor Asma binti Abdullah, PK HEM. Upacara Lafaz ikrar pula diketuai oleh Ketua Pengawas Saudari Mariam Jamilah binti Mohd Fairus.

Acara kemuncak ialah upacara menandatangani watikah ikrar oleh ketua pengawas dan Pengetua SMKAP, Puan Hjh Sabariah binti Othman disaksikan oleh Puan Nor Asma dan Tuan Haji Sokri. Majlis bersurai pada pukul 9.20 pagi. Tahniah kepada semua ahli yang telah dilantik. Laksanakan tugas anda dengan penuh amanah dan dedikasi.