Kelab Bahasa Arab
- Diuruskan oleh Pn. Basyira Omar sebagai Ketua Guru Penasihat
- Dibantu oleh semua guru Bahasa Arab (8 orang)
- Mempunyai 34 AJK yang menguruskan aktiviti Bahasa Arab (tahun 2011)
- Menjadi Anak Angkat kepada Panitia Bahasa Arab

Pasukan Ihtifal SMKAP melakar sejarah dengan menjadi Johan Pertandingan Kalimatus Sobah Menengah Rendah dalam Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama Peringkat Kebangsaan Kali Pertama Tahun 2011 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia melalui peserta: Ainul Murshida bt. ‘Asri.
Pasukan Ihtifal SMKAP cemerlang dalam Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama Peringkat Negeri Perlis Kali Pertama Tahun 2011 anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, apabila memenangi tujuh hadiah utama dalam majlis tersebut.
Program Pengantarabangsaan Bahasa Arab telah diadakan pada 27 Mac 2012 melalui program “ Sidang Video” antara penuntut Malaysia di Jordan University of Sceince and Tecnology (JUST) di Irbid Jordan (Nur Farhana Khalid) dan ahli Kelab Bahasa Arab secara lintas langsung menggunakan perisian “Skype”