Pengurusan Asrama

PENGENALAN.

Kemudahan asrama yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran adalah merupakan salah satu pemangkin untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Peruntukan yang besar sama ada dari segi pembangunan asas fizikal serta kewangan yang dilaburkan diharapkan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

MATLAMAT.

Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF.

  1. Meningkatkan pencapaian akademik  dari segi kualiti dan kuantiti.
  1. Membina keperibadian murid bersahsiah terpuji dan cemerlang yang mampu mempunyai daya saing, berhemah tinggi, produktif, bermaruah, beriman dan bertakwa.
  1. Melatih murid supaya menjadi seorang pemimpin yang mampu merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti disamping membina daya tahan mental dan fizikal.
  1. Membina semangat setiakawan, kerjasama, toleransi, perpaduan, berjiwa patriotik dan sayangkan asrama.

 

VISI

Asrama Sek. Men. Keb. Agama (P) Alawiyah, Kangar akan menjadi salah sebuah asrama terbilang di negeri Perlis menjelang tahun 2015

 

MISI

Mengembangkan potensi pelajar bagi melahirkan mukminah solehah yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia serta mampu berhadapan dengan cabaran bertunjangkan akal budi dan jati diri yang tinggi.

 

PIAGAM PELANGGAN ASRAMA SMKAP

  • Sentiasa mengutamakan pelanggan dalam setiap keputusan yang diambil
  • Konsep mesra pelanggan akan sentiasa menjadi budaya kerja pengurusan asrama
  • Sentiasa memberikan kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Perlis, Kementerian Pelajaran Malaysia, agensi-agensi kerajaan atau bukan kerajaan dan pihak swasta bagi menjayakan sesuatu program
  • Menyediakan prasarana dan program-program yang membantu mencapai kebahagian dunia dan akhirat

Translate »
powered by rekommend.io