PENGENALAN UPBK

Pengenalan

 

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

diperkenalkan di dalam sistem persekolahan di Malaysia

bermula sejak awal tahun 1960an.

Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah

Menengah Kebangsaan Agama (P) Kangar diwujudkan sebagai

satu sistem sokongan kepada bidang kurikulum dan

kokurikulum.  Perkhidmatan ini menjadi satu

keperluaan kepada pertumbuhan dan pengayaan diri

seseorang pelajar bagi memenuhi Falsafah

Pendidikan Negara. Justeru itu, melalui perkhidmatan

ini diharapkan perkembangan menyeluruh potensi

individu pelajar tercapai, seimbang dan bersepadu

dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek.

Berdasarkan Perancangan Tahunan, Unit Bimbingan

dan Kaunseling akan mengorak langkah menjayakan

pelaksanaan program dan perkhidmatan

secara lebih sistematik,

berkeyakinan,beriltizam

dan lebih berkesan.

Translate »
powered by rekommend.io