Info Surau AL-Istiqamah

Surau Al-Istiqamah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah, Perlis adalah surau yang       terletak dalam kawasan sekolah dan digunakan juga untuk aktiviti asrama. Surau tersebut dibina hasil cetusan idea Pengetua, Ustazah Fuziah binti Sani pada tahun 1989 dan digunakan sepenuhnya pada tahun 1992. Surau ini berukuran 50’x30′ dan boleh memuatkan sekitar 150 orang     jemaah.Selain menjadi tempat solat berjemaah, majlis-majlis ilmu , pembelajaran Al-Quran, qiamullail , juga  diadakan di sini.

 

Bagi menampung pertambahan pelajar yang semakin    meningkat iaitu lebih 800 orang, maka pada tahun 2012,         Pn. Hjh Fitriah binti Hanafi, pemangku Pengetua ketika itu telah mencadangkan agar  Surau Al-Istiqamah diperbesar dan dinaik taraf . Dana pembesaran surau diperoleh daripada sumbangan ibu bapa (PIBG), agensi-agensi luar, orang perseorangan dan Alumni SMKAP.  Hasil kutipan yang diperoleh sebanyak lebih kurang RM98 ribu membolehkan Surau Al-Istiqamah siap          sepenuhnya dan mula digunakan pada awal tahun 2013.

 

Kemudahan yang terdapat di Surau Al-Istiqamah antaranya ruang solat yang luas dan  selesa yang boleh memuatkan lebih kurang 500 orang pelajar pada satu masa, 4 buah tandas,     tempat mengambil wuduk yang selesa, bilik persalinan dan     peralatan ICT yang membolehkan pelbagai program ilmiah diadakan dengan selesa dan sempurna.

 

Translate »
powered by rekommend.io