Piagam Pelanggan
Kami staf SMKAP berazam :
- Melaksanakan tugas dan tanggungjawab selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hasrat Jabatan Pelajaran Negeri Perlis serta Kementerian Pelajaran Malaysia
- Berusaha melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dengan mengamalkan metodologi yang terkini dan berkesan.
- Menyediakan pelajar dengan pendidikan yang komprehensif agar pelajar mempunyai daya saing dan jati diri yang tinggi.
- Sentiasa berusaha mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan memberi penekanan kepada kebersihan , keceriaan dan keselamatan.