Soalan-soalan lazim (FAQ)

1.Apakah syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah Kangar Perlis?

Jawapan:

  • Syarat kemasukan ke SMKA(P) Alawiyah ialah pelajar mendapat sekurang-kurangnya 4A dan ke atas dan tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Lulus ujian bertulis dan temuduga yang akan dijalankan oleh Sektor Pendidikan Islam.

2. Sekolah menyediakan asrama atau tidak?

Jawapan:

  • Kemudahan asrama ditawarkan kepada semua pelajar yang berminat daripada tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Walaubagaimanapun tempat adalah terhad iaitu maksima 230 orang pelajar.

3. Apakah aliran yang ditawarkan di sekolah ini?

Jawapan:

  • Sekolah ini menawarkan aliran KSSM, PT3, SPM Agama Sains Tulen dan Agama Sains Sosial dan STPM(Pengajian am, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, MUET, Syariah, Usuluddin dan Sejarah)

4. Apakah syarat untuk kekal belajar di SMKAP?

Jawapan:

  • Murid hendaklah mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab semasa PT3 untuk terus kekal di tingkatan 4.

Translate »
powered by rekommend.io