Logo Sekolah

 

 


 

 

 

Warna Kuning

Perlis sebagai negeri yang memiliki pemerintahan beraja

Warna Hijau

Pendidikan agama sebagai asas pendidikan di sekolah ini.  Islam adalah satu cara hidup.  Islam bukan sekadar hal-hal ibadat tetapi mencakupi hal-hal yang lebih luas iaitu politik, sosial dan ekonomi.

Warna Merah

Melambangkan keberanian.  Oleh itu, warna merah dipilih bagi menggambarkan pelajar-pelajar sekolah ini cukup berani, tabah dan sentiasabersemangat dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat.  Warna merah juga melambangkan pelajar-pelajar sekolah ini tidak mengenal erti kecewa dan putus asa.

13 Jalur Putih

Melambangkan bahawa pelajar sekolah ini datang dari segenap pelusuk Negara. Pelajar-pelajar yang datang ke sekolah ini ibarat kain putih yang masih bersih.  Oleh itu menjadi tanggungjawab semua pihak sama ada pentadbir, guru-guru, kakitangan mahupun rakan sebaya untuk mencorakkan kain putih tersebut sebaik-baiknya.

Quran dan bumi

Replika Quran dan Bumi di tengah melambangkan kehidupan di dunia yang sempurna mesti berlandaskan kitab suci Al-Quran.  Al-Quran mengandungi panduan yang lengkap untuk menguruskan kehidupan di muka bumi.

Translate »
powered by rekommend.io