Sarana Ibu Bapa

PENGENALAN

Sarana ini ditujukan khas kepada IB dan boleh dikongsikan bersama-sama ahli keluarga yang lain. Tujuan asasnya ialah untuk membantu IB melaksanakan tugas pertama dan paling penting,mendidik anak-anak mereka. Sarana ini mengandungi soal selidik untuk IB dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak. Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan kepada IBmenambahbaik dalam bidangbidang tertentu. Sebenarnya IB telah melakukan banyak usaha mengikut kemampuan masing-masing supaya anak-anak berjaya dalam pelajaran. Usaha ini jika dipertingkatkan, akan memberi kesan yang lebih besar. Amalan-amalan terbaik daripada IB, PIBG dan sekolah dalam dan luar negara dipaparkan untuk memberi gambaranbagaimana mereka mengatasi cabaran yang dihadapi. Adalah diharapkan amalan-amalan ini akan dapat menokok tambah kepada usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh IB. Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana ini bukanlah satu senarai lengkap kerana setiap IB mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh IB untuk terlibat lebih mendalam dengan pembelajaran anak di rumah sangatlah dialu-alukan. Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka.

 

PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA & KOMUNITI (PIBK)

Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK) Kejayaan dan Harapan Anjakan ke Sembilan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta perlu diperluaskan dan diperkasakan peranannya. Perubahan persekitaran pendidikan semasa menuntut pelibatan ibu bapa, komuniti malah pihak swasta yang lebih aktif. Ekosistem pembelajaran di abad ke-21 telah mengubah konsep pendidikan berasaskan sistem sekolah kepada sistem pembelajaran (learning system) yang lebih luas cakupannya. Dalam ekosistem pembelajaran terkini, pembelajaran boleh berlaku dimana-mana dan pada bila-bila masa.

Translate »
powered by rekommend.io