Dasar Warga Emas Negara (dwen)
DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN)
1. 2. Latar Belakang
2.1 Pada 5 Januari 2011, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang telah digubal oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Dasar ini adalah merupakan satu penilaian semula dan merupakan penambahbaikan kepada Dasar Warga Tua Negara sebelumnya.
2.2 Sehubungan itu, untuk memastikan pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara dapat direalisasikan secara berkesan KPWKM serta ahli panel yang melibatkan kementerian lain yang berkaitan telah menggubal Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN). Di samping itu juga, satu badan yang bertindak sebagai pemantau kepada pelaksanaan program-program di bawah Pelan Tindakan Dasar Warga Emas iaitu Majlis Penasihat dan Perundingan Dasar Warga Emas Negara (MPPWEN) telah ditubuhkan.
2.3 Terdapat 7 jawatankuasa kecil yang telah ditubuhkan di bawah MPPWEN dan salah satunya ialah Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran.
2.4 Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian yang dimaksudkan bertujuan untuk melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan pendidikan dan kerohanian yang telah digariskan di dalam PTWEN.
3. Definisi Warga Emas
Warga Emas merujuk kepada individu yang berumur sama atau melebihi 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai dalam United Nations World Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-negara ASEAN.
4. Matlamat JK Kecil Pendidikan dan Kerohanian
Matlamat utama Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian ini ialah:
4.1 Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga emas hidup sejahtera dan produktif kepada negara;
4.2 Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan; dan
4.3 Memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman warga emas bagi meningkatkan kerohanian, sahsiah dan jati diri dalam kalangan murid dan remaja.
5. Fungsi Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian
5.1 Mengambil tindakan susulan daripada keputusan Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara;
5.2 Merancang pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dalam Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara;
5.3 Mewujudkan koordinasi antara kementerian, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam melaksanakan perancangan program dan aktiviti yang berkaitan dalam Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara;
5.4 Memantau program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa Pelaksana di peringkat kementerian, Negeri, Daerah dan Sekolah;
5.5 Membuat penilaian terhadap program dan aktiviti yang telah dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan;
5.6 Menyediakan laporan kepada Majlis Penasihat dan Perundingan Dasar Warga Emas Negara; dan
5.7 Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk sebanyak dua kali setahun dan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana sebanyak tiga kali setahun mengikut jadual yang ditetapkan dan tarikh yang dipersetujui.
6. Skop Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian
6.1 Jawatankuasa Kecil ini dibahagikan kepada Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana;
6.2 Jawatankuasa Kecil ini akan melaksanakan program dan aktiviti yang dapat memberikan manfaat kepada murid, guru, pelajar IPG, kolej dan IPT, pensyarah dan warga emas secara timbal balik;
6.3 Jawatankuasa Kecil ini akan merancang untuk menyesuaikan program dan aktiviti pembangunan insaniah, kokurikulum dan sukan yang sedia ada di sekolah, IPG, kolej dan IPT untuk diselarikan dengan strategi promosi dan advokasi serta penglibatan dan kesepaduan antara generasi;
7. Bidang Tugas Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian
Bidang tugas jawatankuasa ini akan dipecahkan kepada dua jawatankuasa iaitu:
7.1 Jawatankuasa Induk
7.1.1 Merancang pelaksanaan program dan aktiviti berdasarkan kepada Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara dengan kerjasama padu daripada kementerian, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan swasta yang berkaitan;
7.1.2 Mendapat dan menyediakan dana untuk memastikan pelaksanaan program dan aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar, berkesan dan jayanya;
7.1.3 Membentangkan perancangan pelaksanaan program dan aktiviti kepada Majlis Penasihat dan Perundingan Dasar Warga Emas untuk kelulusan;
7.1.4 Menghebahkan program-program yang dilaksanakan melalui media elektronik dan laman web kementerian, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang menganggotai sebagai ahli jawatankuasa;
7.1.5 Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang dirancang berjalan dengan jayanya;
7.1.6 Menilai pelaksanaan program dan aktiviti untuk tujuan penambahbaikan dan pengesanan pencapaian petunjuk prestasi;
7.1.7 Melaporkan kepada Majlis Penasihat dan Perundingan Dasar Warga Emas Negara;
7.2 Jawatankuasa Pelaksana
7.2.1 Melaksanakan perancangan program dan aktiviti yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Induk;
7.2.2 Membentangkan perancangan program dan aktiviti kepada Mesyuarat Profesional KPM untuk mendapat kelulusan;
7.2.3 Menyediakan laporan pelaksanaan program dan aktiviti kepada Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Profesional KPM;
8. Keahlian Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian
8.1 Ahli Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian terdiri daripada pegawai kementerian atau agensi kerajaan yang berkaitan, pihak swasta, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan.
8.2 Senarai Ahli Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana adalah seperti berikut:
8.2.1 Ahli Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Naib Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Dasar dan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Setiausaha : Pengarah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Ahli Jawatankuasa : Wakil
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Wakil
Jabatan Perkhidmatan Awam
Wakil
Kementerian Kesihatan Malaysia
Wakil
Kementerian Pengajian Tinggi
Wakil
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Wakil
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan
Wakil
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
Pengarah-Pengarah Bahagian Operasi KPM
Setiausaha Bahagian (Kewangan)
8.2.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Pengerusi : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Naib Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Setiausaha I : Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia
Setiausaha II : Pengarah
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bendahari : Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Ahli Jawatankuasa :Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengarah
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Kecemerlangan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
Kesatuan Guru
Jabatan Pengajian Tinggi
Jabatan Kesihatan Negeri
9.1 Output:
Peningkatan 10% setahun bagi program antara generasi yang dapat memupuk nilai menghormati warga emas dalam kalangan murid sekolah dan IPG, pelajar kolej dan IPT dilaksanakan mulai tahun 2011.
9.2 Outcomes
Peningkatan 10% pembudayaan nilai, sikap dan amalan saling menghormati warga emas dalam kalangan murid sekolah, pelajar IPG, Kolej dan IPT.
10. Sasaran
10.1 Murid sekolah rendah dan menengah; serta pelajar kolej, institut pendidikan guru dan institut pendidikan tinggi
10.2 Warga emas pelbagai bangsa di Pusat Jagaan;
10.3 Warga emas pelbagai bangsa di kawasan kediaman;
10.4 Warga emas yang dikenal pasti berjasa/tokoh dalam pelbagai bidang tertentu;
11. Program Pendidikan dan Kerohanian di bawah Pelan Tindakan Warga Emas Negara
Program yang dicadangkan untuk dilaksanakan ialah:
11.1 Menggalakkan aktiviti kesukarelaan di pusat jagaan warga emas atau kediaman warga emas di dalam kawasan penempatan murid, dalam kalangan warga sekolah, kolej dan institut pengajian tinggi; dan
11.2 Mempromosi warga emas sebagai aset negara dan memupuk nilai menghormati warga emas menerusi:
i. Program angkat warga emas – Pelajar IPG, kolej, IPT, warga emas dan komuniti setempat.
ii. Menganjurkan Hari Antara Generasi – Murid sekolah / IPG / Kolej / IPT, warga emas, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan komuniti setempat.
iii. Program Penuaan Sihat antara Generasi – Warga Emas dan Komuniti setempat.
iv. Kempen menghormati warga emas – Murid sekolah / IPG / Kolej / IPT.
11.3 Membudayakan penglibatan warga emas dalam aktiviti sekolah ke arah memasyarakatkan sekolah.
12. Penutup
Warga emas merupakan insan yang sangat bermakna kepada kehidupan manusia sejagat. Jasa dan peranan dalam membangunkan institusi keluarga, masyarakat dan kemajuan negara amat besar serta perlu dihargai oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Menyedari akan kepentingan menghargai, menghormati dan menyayangi warga emas, adalah relevan KPWKM menggubal DWEN yang harus disokong sepenuhnya oleh semua lapisan masyarakat, agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan. Sehubungan itu, peranan Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian ini sangat penting dalam memastikan generasi muda menghormati, menyayangi dan empati terhadap semua warga emas tanpa mengira jenis kaum serta menghayati akan peranan dan sumbangan yang telah diberikan oleh warga emas dalam membangun dan memajukan negara.
PROGRAM PENDIDIKAN DAN KEROHANIAN
DASAR WARGA EMAS
1. Kesedaran Terhadap Warga Emas (WE)
2. Menghargai warga emas
3. Mengalu-alukan penglibatan warga emas
Bil |
Program |
Aktiviti |
Sasaran |
Tindakan |
1 |
Kesedaran Terhadap Warga Emas(WE)
|
Promosi Warga Emas: a. Kempen Menghormati warga emas
b. Hari Warga Emas i. Perutusan Warga Emas ii. Aktiviti (seni, sajak, poster, bercerita )
|
Semua Murid |
1. Unit Beruniform 2. Persatuan 3. Mata Pelajaran Sivik (T2 dan T5) 4. PIBG |
Bil |
Program |
Aktiviti |
Sasaran |
Tindakan |
2 |
Menghargai Warga Emas
|
Khidmat Sukarela: a. Lawatan i. Melawat WE di rumah/ penginapan/ pusat asuhan
b. Gotong Royong
i. Mengadakan gotong royong membersihkan kawasan rumah/ penginapan WE
c. Memberi Penghargaan i. Sambutan Hari Lahir ii. Sambutan Hari Ibu iii. Sambutan Perayaan
d. Program Angkat Warga Emas
|
Semua Murid |
1. Unit Beruniform 2. Persatuan 3. Mata Pelajaran Sivik (Murid T2 dan T5) |
Bil |
Program |
Aktiviti |
Sasaran |
Tindakan |
3 |
Mengalu-alukan Penglibatan Warga Emas |
Penglibatan Warga Emas Dalam Aktiviti Sekolah: a. Aktiviti Ko-kurikulum, persatuan dan sukan i. Sebagai tetamu ii. Sebagai pegawai (mengikut keupayaan) b. Perkongsian ilmu/pengalaman (mengikut keupayaan) |
Warga Emas |
1. Unit Beruniform 2. Persatuan 3. Mata Pelajaran Sivik (Murid T2 dan T5) 4. PIBG |
LAPORAN
1. Laporan dikumpul 2 bulan sekali
2. Laporan disediakan oleh Panitia Sivik dan Kewarganegaraan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling