Perutusan Pengetua

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seiring dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, pendidikan dan profesionalisme keguruan memikul tanggungjawab memberikan pendidikan berkualiti, membentuk masyarakat berpengetahuan dan produktif bersesuaian dengan perubahan dan kemajuan yang berlaku dalam alaf digital ini. Guru perlu menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan peningkatan kompetensi yang akan menjadi kerangka tindakan perubahan bagi memantapkan kualiti perkhidmatan guru mengikut arus perubahan perdana yang berlaku dalam revolusi pendidikan. Warga pendidik yang menjadi pelaksana dasar pendidikan negara perlu sentiasa bersedia mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan baharu bagi membolehkan mereka menjalankan peranan sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Inovasi dan idea-idea baharu yang kreatif dan inovatif perlu dicetuskan oleh guru dalam organisasi sekolah dan pendidikan supaya guru dapat mengaplikasikannya sebagai asas untuk membina dan mengembangkan potensi manusia.

Translate »