Kebitaraan Bahasa Arab

BAHASA ARAB SEBAGAI KEBITARAAN KURIKULUM

SEK.MEN. KEB. AGAMA (P) ALAWIYAH, KANGAR, PERLIS

Sekolah kluster kecemerlangan fasa ke  – 7

1)       Bahasa Arab merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar di Sek. Men. Keb. Agama (SMKA), walaupun dasar kementerian pelajaran meletakkan mata pelajaran tersebut dalam kumpulan elektif

2)      Peningkatan prestasi akademik yang berterusan bagi mata pelajaran bahasa arab dalam semua peperiksaan awam; PMR, SPM dan STPM  dan pencapaian kokurikulum di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa

 

3)      Keupayaan sekolah ini memartabatkan bahasa arab dari tahun ke tahun dalam peperiksaan awam dan kokurikulum menjadikan bahasa arab sebagai watak bagi sekolah menengah kebangsaan agama perempuan alawiyah kangar (smkap). Pencapaian gred a dalam matapelajaran bahasa arab bagi peperiksaan  pmr, spm dan stpm dari tahun 2009-2013 membuktikan pelajar smkap kangar mempunyai penguasaan bahasa arab yang cemerlang di mana smkap kangar pernah mencapai 56.38% daripada 149 orang pelajar yang mendapat gred a dalam pmr (2011), 25.60% daripada 125 orang pelajar mendapat gred a dalam spm (2012) dan 7.41% daripada 27 orang pelajar mendapat gred a dalam stpm (2012)

4)      Usaha yang berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan sekolah menengah agama perempuan alawiyah kangar akan menjadi sumber rujukan sekolah-sekolah di seluruh negara dalam bidang kebitaraan ini dan maju selangkah kehadapan untuk mencapai status sekolah berprestasi tinggi di masa hadapan.

Translate »
powered by rekommend.io