Pengurusan Kokurikulum Tingkatan 6

PENGURUSAN KOKURIKULUM

PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI (PPU)

SMK AGAMA (P) ALAWIYAH KANGAR, PERLIS

 1.0 Pengenalan :

1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah merangkumi segala aktiviti Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan yang merupakan aktiviti luar bilik darjah danmempunyai peranan kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya.

1.2 Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang pelajar bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Pelajar yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke institusipengajian tinggi perlu memahami bahawa penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk kemasukan ke IPTA.

1.3 Aktiviti kokurikulum yang ditawarkan untuk pelajar PPU adalah suatu aktiviti yang boleh membentuk ciri-ciri kepimpinan dan ketrampilan pelajar. Aktiviti kokurikulum adalah bermatlamat untuk mendidik pelajar secara menyeluruh, berupaya memikul tanggungjawab, prihatin, berinovatif dan proaktif, matang, berjiwa kendiri, berpandangan futuristik, keteguhan jati diri dan berbudaya penyayang.

1.4 Namun demikian, berdasarkan mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9 Tahun 1997, wakil Bahagian Pengajian Tinggi, mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf agar keesahan dan kesahihannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari markah penilaian kemasukan ke IPTA.

2.0 Pengurusan kokurikulum PPU

2.1 Penstrukturan dan penjenamaan semula Tingkatan 6 turut melibatkan perubahan pengoperasian ko kurikulumnya. Walaupun tiada modul khas tentang pelaksanaannya dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi, pihak PPU mencadangkan agar pelaksanaan aktiviti kokurikulum diadakan secara berasingan daripada aktiviti kokurikulum aliran perdana. Oleh yang demikian, pelajar PPU tidak lagi terlibat dengan sebarang aktiviti kokurikulum bersama para pelajar aliran perdana.

2.2 Secara rasionalnya, pengasingan penglibatan kokurikulum PPU adalah seperti berikut :

2.2.1 Penglibatan aktiviti kokurikulum dalam kumpulan pelajar pra Universiti sahaja.

 

2.2.2 Peluang kepada pelajar aliran perdana memegang jawatan tertinggi dalam Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan.

 

2.2.3 Aktiviti kokurikulum PPU melibatkan kerjasama dengan pihak luar seperti Jabatan Kerajaan dan NGO.

2.2.4 Pelajar akan dilatih untuk merancang dan melaksanakan aktiviti di sekolah dan komuniti setempat.

2.2.5 Penglibatan sepenuhnya pelajar PPU dalam mendapatkan markah maksimum 10% daripada kokurikulum sebagai prasyarat kemasukan ke IPTA

3.0 Penglibatan Kokurikulum PPU

3.1 Pengoperasian kokurikulum PPU mewajibkan setiap pelajar menyertai pasukan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan. Namun demikian, pelajar PPU diwajibkan menyertai Sukan Tahunan Sekolah melalui penglibatan dalam Rumah Sukan serta membantu pihak sekolah menganjurkan aktiviti sukan seperti Sukan Tahunan Sekolah dan sebagainya.

3.2 Setiap pelajar PPU wajib menyertai Persatuan Tingkatan Enam (PERTINAM) ( persatuan wajib pelajar PPU ) dan menyertai dua kegiatan kokurikulum :

3.2.1 Badan Beruniform :

3.2.1.1 Pergerakan Puteri Islam

3.2.1.2 Pertahanan Awam JPA 3

 3.2.2 Kelab / Persatuan :

3.2.2.1 Persatuan Tingkatan Enam ( wajib )

3.2.2.2 Majlis Perwakilan Pelajar PPU

3.2.3 Permainan :

3.2.3.1 Bola Jaring

3.2.3.2 Bola Tampar

3.3 Pemilihan Unit Beruniform / Kelab dan Persatuan / Permainan adalah berdasarkan

kriteria berikut:

3.3.1 Merupakan kelab dan persatuan berkaitan mata pelajaran STPM.

3.3.2 Bekerjasama dengan Jabatan Kerajaan dan NGO.

3.3.3 Memanfaatkan kerjasama untuk tujuan P&P seperti sesi lawatan, bengkel dan kursus anjuran seperti anjuran pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri.

3.3.4 Pelajar yang terlibat layak untuk mendapat sijil peringkat Negeri dan Kebangsaan.

3.3.5 Guru Penasihat adalah dalam kalangan tenaga pengajar PPU dan memudahkan penglibatan bidang tugas pada sebelah petang

4.0 Pelaksanaan Kokurikulum PPU :

 4.1 Tempoh pelaksanaan penglibatan pelajar PPU dalam aktiviti kokurikulum ialah sepanjang 3 Penggal sahaja iaitu Penggal 1 dan 2 dan 3.

4.2 Melibatkan sekurang-kurangnya 18 kali perjumpaan badan beruniform dan 12 kali bagi Kelab / Persatuan dan Permainan sepanjang Penggal 1,2, dan 3.

4.3 Perjumpaan dan penglibatan akan direkodkan dalam Buku Pengurusan KoKurikulum setiap Unit Beruniform / Kelab dan Persatuan / Permainan dan diselia oleh seorang guru penasihat.

4.5 Jadual Aktiviti Kokurikulum : ( Rujuk Lampiran 1 )

Hari Waktu Rasmi

Rabu  3.30 – 5.00 petang

4.6 Guru Penasihat yang terlibat hanya menguruskan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan kokurikulum PPU sahaja dan tidak terlibat dengan aktiviti kokurikulum aliran perdana.

4.7 Tugas dan Tanggungjawab Guru Penasihat Kelab & Persatuan, Unit Beruniform dan Permainan :

4.7.1 Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengetua dan GPK PPU.

4.7.2 Mengurus organisasi di bawah kawalan dan tanggungjawab guru penasihat.

4.7.3 Merangka dan merancang pengisian program yang bersesuaian dengan arahan KPM, JPN, Pengetua dan GPK PPU.

4.7.4 Bekerjasama dengan Guru Kokurikulum untuk menjayakan agenda kokurikulum Kementerian, JPN dan sekolah.

4.7.5 Mengemas kini maklumat dan melaporkan kepada Pengetua dan GPK PPU sekiranya diperlukan.

4.7.6 Membuat anggaran perbelanjaan dalam setiap program yang dirancangkan dan dilaksanakan.

4.7.7 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dan GPK PPU.

4.8 Kod Pakaian

 4.8.1 Kod pakaian bagi aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut :

4.8.1.1 Aktiviti Sukan dan Permainan

 1. Baju Kokurikulum atau baju-T sukan dan seluar trek berwarna gelap.

2. Tudung sekolah sahaja dibenarkan.

4.8.1.2 Aktiviti Unit Beruniform

 1. Pakaian seragam unit beruniform masing-masing.

4.8.1.3 Aktiviti Kelab dan Persatuan

1. Pakaian seragam sekolah atau baju kokurikulum.

4.9 Ketidakhadiran Aktiviti kokurikulum

 4.9.1 Ketidakhadiran aktiviti kokurikulum perlu mengemukakan surat perakuan tidak sihat daripada doktor awam/swasta.

 

4.9.2 Ketidakhadiran aktiviti kokurikulum selama 2 kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah akan dikenakan tindakan surat tunjuk sebab, dan jika masih ingkar tindakan disiplin akan dikenakan oleh bahagian Hal Ehwal Murid.

 5.0 Penilaian Aktiviti Kokurikulum PPU

 5.1 Penilaian Aktiviti Kokrikulum seseorang pelajar dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan :

a. Kehadiran

b. Jawatan disandang

c. Penglibatan

d. Pencapaian

5.2 Gred Keseluruhan

 5.2.1 Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seseorang pelajar dari tiga jenis kegiatan kokurikulum yang disertai pelajar berserta markah bonus. Dua bidang kegiatan kokurikulum yang dipilih bergantung kepada prestasi markah yang diperolehi iaitu dua bidang yang menunjukkan prestasi yang tertinggi.

Contoh :

 Jumlah Markah Persatuan Badan Beruniform = 79

Jumlah Markah Persatuan / Kelab = 68

Jumlah Markah Sukan / Permainan = 85

Markah purata ialah : ( 79+85 ) / 2   = 82

Markah bonus ( Ketua Pengawas / Pelajar ) = 8

Markah keseluruhan : 82 + 8  = 90

 Gred Keseluruhan : A

 5.2.2 Gred Penilaian Kegiatan KoKurikulum

 GRED MARKAH

A         Antara 80 hingga 100

B         Antara 60 hingga 79

C         Antara 40 hingga 59

D         Antara 20 hingga 39

E          19 ke bawah

5.2.2.1 Gred Penilaian seperti berikut:

5.2.3 Markah Bonus

5.2.3.1 Markah Bonus diberikan berdasarkan :

a. Jawatan Kepimpinan

 i. Perjawatan Peringkat Sekolah Pengawas, Pengawas Perpustakaan, Presiden MPP dan sebagainya.

ii Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua Rumah Sukan dan sebagainya.

iii. Perjawatan Peringkat Kelas seperti Ketua Kelas dan sebagainya

5.2.3.2 Pengiraan 10% Markah Kemasukan Ke IPTA= Markah Keseluruhan  10

 Contoh Kiraan Markah 10% :

Markah Keseluruhan = 80

= 80 x 10 / 100

Markah 10% = 8.0

 5.3 Peserta Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) :

 5.3.1 Pelajar yang telah menamatkan Tingkatan 6 dan mengikuti PLKN, boleh memilih markah prestasi PLKN untuk turut dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini, pelajar mempunyai empat pilihan dari tiga yang perlu dipilih untuk menentukan markah kokurikulumnya. Jika prestasi pelajar didapati tinggi dalam kegiatan PLKN, maka markah terendah dalam bidang lain akan digugurkan. Markah kokurikulum yang diperolehi calon ialah 60 markah atau 60/100 x 10 = 6 ( pengekalan cadangan sebelumnya yang dicadangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia)

 5.4 Pelaksanaan Penilaian :

 5.4.1 Penilaian kokurikulum boleh dibuat dengan menggunakan Buku Penilaian Kokurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Langkah ini memudahkan peyimpanan rekod kemajuan dan pemindahan rekod sekiranya pelajar berpindah ke sekolah lain dan kemasukan ke IPTA.

5.4.2 Pihak PPU hendaklah membentuk Jawatankuasa Penilai yang terdiri daripada tenaga pengajar PPU dan dipengerusikan oleh GPK PPU.

5.4.3 Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru penasihat sebelum disahkan oleh GPK PPU

6.0 Khidmat Masyarakat

6.1 Merupakan penglibatan pelajar secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti / masyarakat setempat atau melibatkan agensi luar

6.2 Penglibatan dalam bentuk projek atau kajian kumpulan yang dirancang dan dikendalikan oleh pelajar dan dikawal selia oleh penyelia projek.

6.3 Program ini memerlukan satu kumpulan sasaran dan bantuan atau khidmat yang ingin dilaksanakan dalam bentuk kertas kerja/kertas konsep yang mendapat kelulusan dari pihak sekolah.

6.4 Program ini membantu meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.

6.5 Pelajar akan dilatih untuk berdikari dan melaksanakan aktiviti atau projek yang mengandungi komponen perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan.

6.6 Komponen tersebut diambil kira dalam pemarkahan pelajar tersebut.

6.7 Setiap pelajar perlu melaksanakan khidmat masyarakat ini sekurang-kurangnya 3 jam sepanjang sesi pengajian ( Penggal 1 dan 2 sahaja )

6.8 Setiap pelajar diwajibkan melaksanakan tempoh khidmat masyarakat ini sebagai prasyarat tamat pengajian atau digraduasikan ( syarat graduasi ) pada majlis mini konvokesyen ( Majlis Graduasi )

 7.0 Penutup :

 Pengurusan Kokurikulum PPU yang dirancang ini adalah selaras dengan penstrukturan dan penjenamman semula Tingkatan 6, yang mempunyai standardnya tersendiri sesuai dengan tranformasi pendidikan negara khususnya pendidikan pra Universiti. Dasar ini dirangka sebagai panduan serta penyelarasan untuk guru-guru PPU menggerakkan kegiatan kokurikulum agar lebih terancang dan berfokus.

 

 

 

 

Translate »
powered by rekommend.io