Titian Kasih Mega 2014

 

 

Warga SMKAP menjunjung kasih ke atas keberangkatan YTM TuankuRaja Muda Perlis dan YTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis ke Program Titian Kasih Mega 2014 pada 6/5/2014. Baginda berdua tiba di pekarangan SMKAP tepat jam 10.30 pagi dimulakan dengan upacara bergambar bersama dengan para guru dan staf  SMKAP. Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan bin Man, Timbalan Pengarah Pelajaran, En. Nuzrin bin Nuiman, Puan Nurlela Harun dan Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra, Dato’ Johari dan juga pengetua-pengetua dan wakil daripada sekolah yang dijemput.

YTM Raja Muda Perlis dan YTM Raja Puan Muda berkenan untuk merasmikan Surau Al-Istiqamah dan juga menanam pokok Bougainvillea di perkarangan surau dan seterusnya berangkat ke Dewan Az-Zahra untuk acara rasmi bersama pelajar. Seusai majlis di Dewan, Baginda berdua seterusnya merasmikan Menara Jam di Dataran Kejat sebelum berangkat ke SMK Derma untuk program di sana. Dirgahayu Tuanku.

Bahas Bahasa Inggeris Peringkat Akhir Negeri Perlis 2014

OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

29 April 2014, telah berlangsung Bahas  Bahasa Inggeris peringkat akhir negeri Perlis di antara SMKA (P) Alawiyah dan SMK Dato’ Sheikh Ahmad. Pertandingan kali ini berlangsung di SMK Putra dalam suasana yang meriah. Pertandingan ini menyaksikan pendebat dari kedua-dua pasukan bertarung habis-habisan untuk memastikan Piala  Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad menjadi milik sekolah yang bakal bergelar juara. Alhamdulillah, berkat doa, usaha dan sokongan semua warga SMKA (P) Alawiyah, sekolah kita telah muncul sebagai juara dan lebih manis lagi apabila Nurul Najwa bt Zulkifli telah dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik.  Pasukan bahas kali ini dianggotai oleh Sharifah Nadhirah bt  Syed Azmi,  Nurul Najwa bt Zulkifli, Nur Illyana bt Norazam,   Nurul Nadiatul Hikmah bt  Hakemi dan Ilham Aqilah bt  Shedy Abdul Latef.

BOLA JARING MSSPs 2014

2014-04-25 17.28.25IMG-20140425-WA0037IMG-20140425-WA0034

Alhamdulillah Syukur kepada Illahi kerana berkat Usaha dan kecekalan Pemain kepada Pemain Bola Jaring Bawah 15 dan Bawah 18 kita berjaya merangkul Naib Johan Dan Tempat Ke-3 . Tahniah dan Syabas Warga SMKAP ucapakan. Yakin dan Percayalah bahawa setiap yang berusaha pasti akan berjaya. Maka inilah hasilnya iaitu kejayaan milik kita. Tak lupa kepada Siti Asma’ Nabilah selaku Bekas Pelajar dan Pemain Senior SMKAP  yang banyak membantu. Ribuan Terima Kasih Kami Ucapkan. Teruskan lagi usaha kita pada tahun hadapan, Semoga kita dapat mengekalnya….

Majlis Graduasi dan Anugerah Permata 1

OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Alhamdulillah…. Majlis Graduasi dan Anugerah Permata 1 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 23 April yang lalu. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Wan Ramdzan bin Wan Mamat, Timbalan Pengarah PIPA, Bahagian Pendidikan Islam KPM mewakili Tuan Pengarah BPI. Tutur hadir ialah Ustaz Mohamad bin Ghani, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Ustaz Ahmad Nordin bin Awang dan YDP PIBG Tuan Haji Mohd.  Sokri bin Haji Hussin. Sekalung tahniah kepada semua penerima sijil graduasi dan penerima anugerah permata yang terdiri daripada pelajar cemerlang PMR, SPM dan STPM 2013 serta guru-guru yang cemerlang sepanjang tahun 2013.  Anugerah berprestij iaitu Anugerah Tokoh Sumur dianugerahkan kepada Raja Hanisah binti Raja Sulaiman, Anugerah Srikandi Az-Zahra dinobatkan kepada Nurul Fitriyah binti Omar dan Anugerah Yayasan Tuanku Syed Putra dianugerahkan kepada Siti Nur Auni binti Rohimi.  Tuan Timbalan Pengarah juga telah merasmikan Laman Web Sekolah. http://www.smkap.edu.my. Majlis tamat pada pukul 12.00 tengahari dan seterusnya satu perjumpaan diadakan bersama Yang Berbahagia Ustaz Wan Ramdzan bersama guru dan staf sekolah di  Dewan Sibawayh pada jam 12.30 t/hari.

Pengambilan Jubah Graduasi dan Raptai

Dimaklumkan bahawa Majlis Graduasi dan Anugerah Permata 1 akan diadakan pada 23 April 2014.  Sehubungan dengan itu, semua graduan yang terdiri daripada pelajar SPM dan STPM 2013 boleh mendapatkan jubah graduasi masing-masing pada 22 April 2014 bertempat di Bilik Gerakan bermula jam 8.00 pagi. Bayaran sewa jubah ialah sebanyak RM20.00.  Raptai akan diadakan pada hari yang sama jam 9.00 pagi. Harap maklum dan tolong sebarkan.

Kem Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Negeri Perlis

Pada 4hb hingga 6hb April 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah Kangar, Perlis telah menyertai Kem Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Negeri Perlis  yang telah diadakan di Pusat Koreksional, Perlis. Sekolah kita telah menghantar seramai 20 orang naqibah badar yang terdiri daripada naqibah tingkatan 4 seramai 17 orang dan  orang naqibah tingkatan 5. Ketika majlis penutupan sekolah kita telah membolot kesemua anugerah kategori puteri  yang dipertandingkan iaitu : –

  1. Pengacara majlis terbaik puteri – Nurul Husna Nabilah Binti Nor Azman
  2. Pemidato terbaik puteri – Nur Adila Fitriyah binti Khoded
  3. Loq harian terbaik puteri – Nurul Syahirah Binti Abdan
  4. Pemimpin terbaik puteri – Nur Izziatie Binti Zainol Abiddin
  5. Puteri berketerampilan terbaik – Nurul Najwa Binti Zulkifli

Untuk pengetahuan semua warga sekolah 6 daripada 20 orang peserta akan dipilih ke Kem Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau pada 18hb hingga 21hb April 2014. Diharap semua warga sekolah dapat mendoakan kejayaan para naqibah yang terpilih ke Kem Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Kebangsaan kelak. Terima Kasih.

 

SMKAP Johan Debat Bahasa Inggeris

OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA
Tahniah dan syabas kepada pasukan Debat Bahasa Inggeris SMKAP Alawiyah kerana telah berjaya muncul JUARA mengalahkan SMK Perlis dalam Pertandingan Debat Piala Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad Zon Utara. Pertandingan akhir telah diadakan di Dewan Az-Zahra’ SMKAP pada 3 April 2014. SMKAP diwakili oleh Sharifah Nadhirah bt Syed Azmi, Nurul Najwa bt ZUlkifli, Nur Illyana bt Norazam, Nurul Nadiatul Hikmah bt Hakemi  dan Ilham Aqilah bt Shedy Abdul Latef. Tidak lupa juga dikalungkan penghargaan dan terima kasih kepada jurulatih debat sekolah iaitu Pn. Ismaizah Ismail dan Pn. Nurminazura serta guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Pertandingan ini.

Keputusan SPM 2013

20 Mac 2014 – Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2013 telah diadakan di Dewan Az-Zahra’ bermula jam 11.45 pagi. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tn Haji Mohammad bin ABd. Ghani, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Tn Hj Sokri bin Husin, YDP PIBG. Keputusan SPM 2013  menurun sebanyak 0.14 dari 2.78 (2012) kepada 2.92 (2013) Walaubagaimanapun berlaku peningkatan pelajar yang mendapat 11A iaitu seramai 12 orang berbanding 9 orang pada tahun 2012. Sebanyak 5 subjek menunjukkan peningkatan mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Fizik dan Pendidikan Syariah Islamiah. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya dan kepada yang kurang berjaya, teruskan berusaha…sesungguhnya peluang ada di mana-mana. Kepada semua guru-guru, teuskan perjuangan kita… jangan mengalah… sekali jatuh, kita perlu bangkit segera untuk memastikan SMKAP terus unggul dalam arena pendidikan negara. InsyaAllah.

Keputusan penuh SPM 2013 –> MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2013_final 

Keputusan STPM 2013

Debaran untuk STPM telah berakhir…. ALhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana SMKAP telah berjaya menduduki ranking yang PERTAMA bagi negeri Perlis dengan lulus 100% dan GPS 3.00. Tahniah kepada semua pelajar dan tenaga pengajar yang telah berpenat lelah untuk memastikan srikandi SMKAP mendapat kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Srikandi STPM SMKAP

Srikandi STPM SMKAP

Pelajar Terbaik STPM 2013

Pelajar Terbaik STPM 2013 – Siti Zubaidah

Keputusan STPM dan SPM 2013

Keputusan STPM akan diumumkan hari ini 19/3/2014. Semoga SMKAP terus mencatatkan keputusan cemerlang…. sama-sama kita menantikan debaran ini. SPM akan diumumkan esok 20/3/2014. Pakat-pakat berdoa dan sembahyang hajat, semoga apa yang telah diusahakan selama ini mendapat keberkatan dan kejayaan akan mengiringi semua calon SPM 2013. Semua calon dikehendaki berbaju kurung semasa sesi penyerahan slip keputusan tersebut. Majlis akan bermula pada jam 11.30 pagi di Dewan Az-Zahra’.

Translate »
powered by rekommend.io