PMR 2013

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T atas kejayaan yang paling manis untuk sejarah PMR apabila seramai 44 pelajar telah berjaya memperoleh 9A dan 27 pelajar mendapat 8A. GPS sekolah juga adalah yang terbaik iaitu 1.33 berbanding tahun 2012(1.41), 2011(1.35). 7 matapelajaran menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi. Tahniah kepada semua guru dan pelajar serta semua warga sekolah yang telah sama-sama menggembleng tenaga tanpa mengira penat lelah. Sesungunhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

Pelantikan Pengawas, Naqibah Badar, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Tingkatan dan Majlis Perwakilan Pelajar Ting. 6

Pada hari ini, 13 Januari 2014 telah diadakan Majlis Pelantikan Pengawas, Naqibah Badar, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Tingkatan dan Majlis Perwakilan Pelajar Ting. 6. Seramai 73 orang pengawas, 68 orang Naqibah Badar, 49 orang Pengawas PSS, 46 orang Ketua dan Penolong Tingkatan serta 7 orang Majlis Perwakilan Pelajar telah  diberi amanah sebagai tulang belakang kepada guru-guru dan pihak pengurusan bagi memastikan visi dan misi sekolah dapat dicapai.

Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis dan Lagu Sekolah diikuti oleh Ucapan Tuan Pengetua. Seterusnya ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Sokri bin Haji Husin. Watikah disampaikan oleh Tuan Pengetua diiringi oleh Puan Nor Asma binti Abdullah, PK HEM. Upacara Lafaz ikrar pula diketuai oleh Ketua Pengawas Saudari Mariam Jamilah binti Mohd Fairus.

Acara kemuncak ialah upacara menandatangani watikah ikrar oleh ketua pengawas dan Pengetua SMKAP, Puan Hjh Sabariah binti Othman disaksikan oleh Puan Nor Asma dan Tuan Haji Sokri. Majlis bersurai pada pukul 9.20 pagi. Tahniah kepada semua ahli yang telah dilantik. Laksanakan tugas anda dengan penuh amanah dan dedikasi.

KEPUTUSAN PMR 2013

Hari yang ditunggu akhirnya tiba jua…. Calon PMR 2013 boleh mendapatkan keputusan PMR esok 19/12/2013 lebih kurang pukul 10.00 pagi ke atas di Dewan Az-Zahra'. Semua calon dikehendaki memakai baju kurung dan bertudung labuh. Jika tidak…. anda akan diarahkan pulang untuk menukar pakaian terlebih dahulu sebelum mendapatkan keputusan anda. Harap maklum dan tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Semoga kita semua akan beroleh kejayaan cemerlang. Malam ni pakat-pakat buat solat hajat.

Prasarana Sekolah

[portfolio_slideshow]

SPM & STPM 2013

Selamat Berjuang kepada semua calon SPM dan STPM. Gunakanlah segala ilmu yang telah diajar oleh guru-guru dan ilmu yang telah dipelajari dengan sebaik mungkin. Jangan pula kita berserah bulat-bulat tanpa ada sedikit pun usaha..kerana ianya menyalahi apa yang telah di firman kan oleh Allah dalam Al-Quran mafhumnya ” apabila kamu telah berazam ( berusaha dengan sedaya upaya ) maka bertawakkallah kepada Allah “..insyaallah dengan konsep ini kita tidak akan bersedih apabila kita mendapat markah yang rendah didalam exam nanti..sebelum mengakhiri motivasi sempena imtihan ini, marilah kita hayati satu lagi kata-kata hikmah yang akan menjadi pengubat duka apabila natijah kita rendah setelah berusaha dengan sepenuh tenaga..

 

سوابق الهمم لا تحرق اسوار الأقدار

( kekuatan semangat ( kemahuan,cita..etc ) tidak mampu memecahkan benteng takdir )

 

Insyaallah dengan kita betul-betul menghayati kata-kata ini kita mampu mengelakkan diri kita daripada bersedih jika ditimpa apa saja bentuk musibah…..

Program Korban dan Sambutan AidilAdha 2013

[portfolio_slideshow]   

Program Korban dan sambutan Hari Raya AidilAdha 1434H telah diadakan dengan meriahnya pada 17 Oktober 2013.

Senamrobik SMKAP Sihat Cerdas

[portfolio_slideshow]                 

PMR 2013

PMR tiba jua. Kepada semua pelajar tingkatan  yang akan menduduki PMR 2013, Warga sekolah mengucapkan "Semoga Berjaya dan dapat mencatat sejarah untuk tahun terakhir PMR". Anda adalah srikandi SMKAP. Segala ilmu dan tenaga telah cikgu-cikgu curahkan dan kini tibalah masa untuk anda semua 'berperang'. Semoga kemenangan akan menjadi milik kita bersama.  Amin…

ANUGERAH TOKOH AZ-ZAHRA’

Tahniah dan teruskan kecemerlangan kepada penerima Anugerah Tokoh Az-Zahra bagi bulan April (Wan Suraya binti Wan Ahmad – 4 Zainab) dan bulan Mei (Haninah binti Yusof – 3 Sumaiyah). Semoga menjadi inspirasi kepada srikandi SMKAP untuk terus unggul dalam bidang sahsiah, akademik dan kokurikulum.

JASAMU DIKENANG

"Selamat bertugas di sekolah baharu. Jasa dan pengorbanan yang telah cikgu curahkan di bumi SMKAP akan dikenang hingga ke akhir hayat". Kalam tersebut ditujukan kepada Puan Aishah binti Mokhtar, Guru Cemerlang Kimia Gred Khas Jusa C yang kini bertukar ke Sekolah Menengah Jitra Kedah bermula 1 Jun 2013. Semoga terus maju jaya dan doakan kejayaan kami di sini.

Translate »
powered by rekommend.io