Kejohanan Merentas Desa 2015

Kejohanan Merentas Desa 2015 akan diadakan pada 23/1/2015 bertempat di Stadium Utama Kangar. Sehubungan dengan itu latihan merentas desa akan diadakan pada 20 dan 21 Januari 2015 bermula jam 3.00 petang. PdP akan ditamatkan pada pukul 1.50 petang untuk sesi latihan.

Bantuan Awal Persekolahan

Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan akan diadakan pada 19/1/2015 (Isnin) bermula jam 12.30 tengah hari bertempat di kelas masing-masing. Ibu/bapa dikehendaki membawa salinan kad pengenalan ibu atau bapa dan tidak perlu disahkan. Sekiranya penjaga tidak dapat hadir, mereka boleh mewakilkan kepada anak masing-masing dengan memberikan surat kebenaran dan salinan kad pengenalan. Harap maklum.

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

ISNIN (12 JANUARI 2015)

Sesi persekolahan dan semua aktiviti bermula jam 7.30 pagi.

Pelajar tingkatan 1 akan mendaftar dan mengikuti taklimat di Dewan Az-Zahra’ .

Pelajar tingkatan 4 akan mengikuti program di Dewan Sibawayh.

Pelajar tingkatan 2, 3, 5 dan 6 Atas akan terus berada di dalam kelas untuk sesi pembelajaran.

Ibu bapa pelajar tingkatan satu sahaja yang perlu hadir ke sekolah untuk sesi pendaftaran dan taklimat bersama anak masing-masing.

Pendaftaran asrama bagi pelajar lama akan diadakan pada 11 Jan 2015  (Ahad) jam 3.00 petang.

SELAMAT MEMULAKAN SESI PEMBELAJARAN DENGAN PENUH AZAM DAN SEMANGAT UNTUK CEMERLANG.

Liga Remaja Kreatif 2014

Alhamdulillah… pada tahun ini team SMKAP yang terdiri daripada Shamira bt Bahari, Ainin Suffiah bt Saidon, Amirah bt Idrus, dan Nurulhuda Dini bt Norhamizi telah berjaya merangkul johan bagi pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 peringkat negeri Perlis. Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan pada 16 Oktober 2014  di Hotel Sunway Pulau Pinang. Mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM5000.00, Kamera SLR dan sijil. Pada tahun lepas SMKAP berjaya mendapat tempat Kedua.

SMKAP juga mendapat saguhati RM500.00. Peserta terdiri daripada Nurul Adila Talib, Nur Alya Alimin, Nur Husnina Jamaludin dan Shafiqah Amira Fariha. Mabruk SMKAP. Teruskan kecemerlangan anda.

Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah

Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Institusi Pendidikan Agama kali ke-5 Peringkat Kebangsaan telah berlangsung di Pusat Kokurikulum dari 30 Okt – 2 Nov. Pasukan KRS SMKAP telah mewakili negeri Perlis dan Alhamduillah telah melakar kejayaan cemerlang bagi kategori berikut:

  • Pertandingan Bantu Mula – Naib Johan
    • Nur Amira bt Amir Zaidi, Nur Ainaa Nasuha bt Hafisal Efendi, Nur Aina bt Abd Rahman, Nur Izziatie bt Zainal Abidin dan Nur Anis Salbiana bt Hakimi
  • Pertandingan Ikhtiar Hidup – Johan Kebangsaan
    • Norshafira Fazliana bt Fauzeli, NUr Safawani bt Ibrahim, Ayuni bt Yahaya, Nur Syaza bt Shafie
  • Pertandingan Kraf Perkhemahan – Johan Kebangsaan

Kontinjen negeri Perlis turut diangkat sebagai Johan Kesluruhan Program Tahun 2014. Tahniah Negeri Perlis dan Mabruk SMKAP.

1414980277708 1414980369274 1414980379610 1414980400434

PROGRAM ANUGERAH TANDAS BERSIH PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Alhamdulillah… tahniah dan terima kasih kepada semua AJK Program Anugerah Tandas Bersih Peringkat Kebangsaan 2014 secara khususnya dan kepada warga SMKAP atas kejayaan sekolah terpilih sebagai “TOP 5” untuk anugerah tersebut. Dengan moto “Bilik Ceria Warga Sejahtera”, diharapkan warga sekolah dapat meneruskan keceriaan dan prihatin terhadap kebersihan tandas sepanjang masa. Penilaian telah diadakan sekali lagi pada bulan september untuk pemilihan pemenang peringkat kebangsaan. Semoga SMKAP akan berjaya dan seterusnya mengharumkan nama negeri Perlis. InsyaAllah,  SMKAP boleh…..

bc1 bcl bcp bcpp

 

 

 

Pertandingan Pantun Peringkat Negeri Perlis

???????????????????????????????

???????????????????????????????

Pada 20 hingga 21 Mei 2014, telah berlangsung Pesta Pantun 2014 peringkat negeri Perlis di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra yang disertai oleh beberapa buah sekolah di negeri Perlis. Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Alawiyah Kangar Perlis telah mara ke peringkat akhir setelah menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau pada peringkat separuh akhir.

Pesta Pantun pada peringkat akhir berlangsung pada 21 Mei 2014 di dewan Tuanku Syed Putra. Pertandingan pada peringkat ini menemukan pasukan pantun SMK Agama Perempuan Alawiyah dengan pasukan pantun SMS Tuanku Syed Putra. Pasukan SMK Agama Perempuan Alawiyah telah dinobatkan sebagai juara dan akan ke Kuala Lumpur pada 18 Jun 2014 hingga 21 Jun 2014 mewakili Perlis.

Pasukan ini diwakili oleh pelajar Tingkatan 5 iaitu Athilah Azizan (pemantun 1), Siti Nur Khadijah Mahamood (pemantun 2), Anis Farhana Hamid (pemantun 3), Nurulfirzanah Noor Zaki (pemantun 4) dan Nur Fathimah Ali (pemantun 5). Diharap pasukan ini dapat mengharumkan nama sekolah dan negeri pada peringkat kebangsaan.

Pertandingan SAHIBBA peringkat Negeri Perlis

Tahniah kepada peserta SMKAP kerana sekali meneruskan legasi kegemilangan dalam bidang kokurikulum apabila dinobatkan sebagai Johan pertandingan SAHIBBA peringkat negeri Perlis yang diadakan semalam 6 Mei 2014. Peserta sekolah layak mewakili negeri Perlis ke peringkat Kebangsaan.

Titian Kasih Mega 2014

 

 

Warga SMKAP menjunjung kasih ke atas keberangkatan YTM TuankuRaja Muda Perlis dan YTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis ke Program Titian Kasih Mega 2014 pada 6/5/2014. Baginda berdua tiba di pekarangan SMKAP tepat jam 10.30 pagi dimulakan dengan upacara bergambar bersama dengan para guru dan staf  SMKAP. Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan bin Man, Timbalan Pengarah Pelajaran, En. Nuzrin bin Nuiman, Puan Nurlela Harun dan Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra, Dato’ Johari dan juga pengetua-pengetua dan wakil daripada sekolah yang dijemput.

YTM Raja Muda Perlis dan YTM Raja Puan Muda berkenan untuk merasmikan Surau Al-Istiqamah dan juga menanam pokok Bougainvillea di perkarangan surau dan seterusnya berangkat ke Dewan Az-Zahra untuk acara rasmi bersama pelajar. Seusai majlis di Dewan, Baginda berdua seterusnya merasmikan Menara Jam di Dataran Kejat sebelum berangkat ke SMK Derma untuk program di sana. Dirgahayu Tuanku.

Bahas Bahasa Inggeris Peringkat Akhir Negeri Perlis 2014

OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

29 April 2014, telah berlangsung Bahas  Bahasa Inggeris peringkat akhir negeri Perlis di antara SMKA (P) Alawiyah dan SMK Dato’ Sheikh Ahmad. Pertandingan kali ini berlangsung di SMK Putra dalam suasana yang meriah. Pertandingan ini menyaksikan pendebat dari kedua-dua pasukan bertarung habis-habisan untuk memastikan Piala  Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad menjadi milik sekolah yang bakal bergelar juara. Alhamdulillah, berkat doa, usaha dan sokongan semua warga SMKA (P) Alawiyah, sekolah kita telah muncul sebagai juara dan lebih manis lagi apabila Nurul Najwa bt Zulkifli telah dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik.  Pasukan bahas kali ini dianggotai oleh Sharifah Nadhirah bt  Syed Azmi,  Nurul Najwa bt Zulkifli, Nur Illyana bt Norazam,   Nurul Nadiatul Hikmah bt  Hakemi dan Ilham Aqilah bt  Shedy Abdul Latef.

Translate »
powered by rekommend.io