ANUGERAH GURU INOVATIF SEMPENA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Sekali lagi…. tahniah dan syabas kepada Cikgu Khairil Azmir atas kemenangan mengharumkan nama sekolah dan negeri Perlis amnya di persada kebangsaan apabila dinobatkan NAIB JOHAN GURU INOVATIF Kategori Individu Sekolah Menengah sempena Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan yang telah diadakan di SPICE Pulau Pinang pada 13 Mei 2019. Beliau menerima trofi dan juga wang tunai RM1500.00. 

Beliau berjaya menghasilkan sebuah Mini Diorama Art (MINDA) yang merupakan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan pemaparan gambar-gambar objek bersifat 3D.  MINDA dapat meningkatkan pemahaman murid dalam proses karya menggambar.  MINDA dihasilkan untuk membantu murid mengkaji kehendak karya menggambar dan menghasilkan karya menggambar dengan betul daripada segi aspek komposisi, bentuk, jalinan dan ruang.   Murid dapat meneroka konsep ruang objek hadapan, ruang objek tengah dan ruang objek belakang dalam karya menggambar dengan menggunakan MINDA.  MINDA dihasilkan dalam bentuk yang mudah dikendalikan, mudah alih dan sesuai untuk semua peringkat umur. Usaha yang digerakkan oleh Cikgu Khairil ini amat menarik perhatian saya dan diharapkan ia berupaya mencetus inspirasi kepada anak-anak murid beliau untuk berjaya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. (YB Menteri Pendidikan – Dr Maslee Malik)

MEMORIZATION COMPETITION PERLIS 2019

Tahniah dan syabas kepada AINA SOFEA BINTI ADUL DOLAMIDIN  atas kejayaan dinobatkan sebagai NAIB Johan dalam pertandingan “Memorization Competition Perlis 2019” bagi kategori 100 digits of Pi Challenge. Beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM300.00 dan disampaikan oleh DYTM Raja Muda Perlis pada 3 Mei 2019.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019

Tahniah dan syabas kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2018. En. Ruzaimi, Pn. Zainah, Pn Siti Rahayu, Pn Nor Atikah, Pn Nik Zakiah dan Pn. Maziroh Chat. Majlis yang gilang gemilang telah diadakan di Hotel Putra Regency pada 22 April 2019 dan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Semoga terus cemerlang dan memartabatkan profesion keguruan di peringkat yang lebih tinggi.

PENMEN 2019

Tahniah team SMKAP kejayaan menggondol tempat KEDUA dalam Pertandingan Menterjemah Sekolah Menengah Negeri-Negeri Utara Semenanjung Malaysia (PENMEN) 2019 yang telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia pada 20 April 2019.  Fasha Nur Insyirah dinobatkan sebagai peserta terbaik. Tahniah dan syabas kepada peserta serta guru pengiring, Teacher Anis.👍👍👍

LAWATAN PENANDA ARAS SKK MIRI BRUNEI (PROGRAM IMPAK TINGGI SKK)

Jaringan SMKAP + SMKA MIRI

Part 1 (18 April 2019 )

  • Malam Tautan Ukhuwah

Part 2 (19 April 2019)

  • Taujihat Pengetua
  • Kolaborasi Surau untuk ASIS
  • Immersi Asrama untuk ASAT
  • Perkongsian pintar PA21
  • Silang Budaya: Demo Penyediaan Manok
  • Pansuh dan Air Herba
  • Sunset @Tusan Beach

Part 3 (20 April 2019)

  • Jalinan SKK-IPT dan PLC Peringkat Antarabangsa
  • Jalinan SMKAP dan Fakulti Bahasa Arab Universiti Sultan Sharif Ali (UNiSSA)
  • Profesional Learning Community : Sharing Session Amalan Terbaik Pengetua oleh Ustazah Hjh Shakirah Ahmad bertajuk Sahsiah Unggul Murid melalui Program BADAR
  • Jaringan komuniti di Masjid Sultan Omar Ali dan Kampung Air.

Part 4 (21 April 2019)

  • Jaulah Ilmiah mencari Ibrah

INTERNATIONAL, INNOVATION, CREATIVITY AND TECHNOLOGY EXHIBITION (I2CreaTE 2019)

​Alhamdulillah satu lagi berita gembira..inovasi SMKAP kit pen “MANGIFERA CHILYEOBEOB” telah dianugerahkan pingat EMAS dan I2Create 2019 yan telah diadakan di Kuala Lumpur pada 12 – 14 April 2019. Pasukan inovasi yang terdiri daripada Nur Adibah bt Shbri, Nur Azian bt Zamri, Farhah Nasuha bt Fakharuddin dibimbing oleh Cikgu Nor Afiza Ismail dan Cikgu Khairil bin Ahmad mencipta produk ‘pen tool’ yang mengeluarkan aroma yang dapat hilangkan rasa mengantuk ketika belajar atau bertugas di sekolah. Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar SMKAP untuk terus berinovasi.

MTQ PERINGKAT NEGERI PERLIS

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perlis telah diadakan pada 12 – 13 April 2019 di SMK Putra. Alhamdulillah, syabas dan tahniah kepada srikandi-srikandi SMKAP yang telah berjaya membawa pulang hadiah bagi setiap kategori.

  • Johan kuiz Bahasa Arab (Men. Atas dan Men. Rendah)
  • Johan kuiz Ilmu Wahyu(Men. Atas)
  • Tempat ketiga kuiz Ilmu Wahyu (Men. Ren)
  • Naib johan dan ketiga syarahan 
  • Naib Johan Khat 

DEBAT BAHASA INGGERIS

Pertandingan Akhir Debat Bahasa Inggeris peringkat negeri telah diadakan di SMK Syed Sirajuddin pada 11 April 2019. Tahniah kepada pendebat sekolah yang terdiri daripada Adira Kamilia, Rusydina Zafirah, Nur Fatihah, Batrisya dan Amal Nur Husna serta guru pembimbing Cikgu Ismaizah dan Cikgu Jismawati dinobatkan sebagai NAIB JOHAN. SMKAP bertemu dengan musuh tradisi SMK Derma. InsyaAllah cuba lagi tahun hadapan.

FORUM REMAJA LAYAK KE FINAL

MMU@School Jelajah Utara 2019

5-7 April 2019:  Imtiaz 4’s 4 in 1 programme:

Jalinan IPT, Team Building, Qiamullail, Soft Skill(html). 

  • Peserta: 97 orang
  • Fasilitator: 9 orang
  • Guru Bertugas: 15 orang

Tahniah dan syabas kepada Nurul Batrisya bt Norizan kerana telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Kategori Perempuan untuk MMU@School jelajah utara bagi tahun 2019.

KEPUTUSAN SPM 2018

لحمدلله بنعمته تتم الصالحاتبعد العمل والجهد، هذا من فضل ربنا

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah..Masa yg dinantikan telahpun tiba. 14 Mac 2019 hari yang bersejarah. Sekian lama bertungkus lumus mengorbankan masa tidur, bersengkang mata berusaha dengan susah payahAllah yg telah menyaksikan semua.  Membayar kesusahan itu dgn sesuatu yg cukup manis.  Berlinang air mata kesyukuran ibu dan ayah.  Sungguh menuntut ilmu itu tak mudah kerana ia suatu JIHAD. Mubarak Alaikum anak2 fortissimus ’01. Allah Taala Maha Hebat berikan kita ruang utk jelajah ilmuNya lagi dan lagi dan lagi…Syukran atas memori yg tercipta. Lonjakan GPS dari 3.16 kpd 2.81. Menghampiri zaman gemilang  2.78 pada 2012 dan 2.79 pada 2014. Jazakumullah khairul jaza’ kpd barisan pentadbir dan guru2 atas juhud kubra di medan ‘amal, untuk anak2 Imtiaz 5 seawal mereka di ting1 hingga 5.  Best student Fasihah Fadhili 10A+ dan 1A,Best straight A’s Masturina, Hana Najwa, Fauziah Pauzi dan yang lain2… Afrina Saipudin, Hz Nadiah, Dayana Batrisya, Alia Nazifa, Nur Khalida, Nur Izzah Insyirah, Nurul Izzah Ishak, Syazwani Mohammad, Aina Jazmina dan semua yg tak ter’tag’ dah…ramainya… Teruskan melangkah #srikandiSMKAP.Cikgu-cikgu di sini mendoakan hanya yg terbaik. Tahniah batch #SPM2018 #smkap 🎼🎵Selamat Jalan Sayang, Kini Kau Bersayap Pergilah Terbang🎶🎵

Translate »
powered by rekommend.io