MAJLIS JASAMU DIKENANG PN. HASHIMAH & PN. SARAH dan SANJUNGAN BUDI

Tahun 2018 merupakan tahun kehilangan bagi SMKAP apabila 2 orang guru yang telah banyak menabur bakti kepada bumi SMKAP, Pn. Sarah bt Hassan dan Pn. Hashimah bt Hassan menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam dan diraikan dalam Majlis Jasamu Dikenang pada 29 Januari 2018 (Isnin). Turut sama diraikan dalam majlis yang sama ialah guru-guru yang telah bertukar sekolah iaitu Pn. Dayang Salmah, Pn. Farhah, Pn. Hanisah, Pn. Nur Balqis Batrisyia dan En. Ajis (staf). Walaubagaimanapun hanya 3 orang guru yang dapat bersama-sama dalam majlis.  ‘Patah tumbuh hilang berganti’ tetapi yang berganti tidak akan sama dengan yang pergi. Semoga segala bakti yang telah dicurahkan mendapat pahala dan amalan yang menerangi alam seterusnya.

2017 KAOHSIUNG INTERNATIONAL & DESIGN EXPO, TAIWAN

Alhamdullillah, Tahniah dan syabas kepada Amirah, Anis & Shamira serta guru pembimbing, Pn. Nor Afiza Ismail atas pengiktirafan GOLD MEDAL peringkat antarabangsa untuk produk GREENIE. Expo tersebut telah diadakan di Kaohsiung Taiwan pada 8 -10 Disember 2017. Malaysia secara keseluruhannya mempertandingkan 23 produk daripada 346 seluruh dunia. 3 sekolah dari perlis telah mengambil bahagian iaitu SK Sena, Al-Maad dan SMKAP. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk SMKAP terus mengukir nama di persada antarabangsa dan seterusnya menaikkan imej di sekolah agama di mata dunia. AMin…

Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan 2017

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T atas kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh SMKAP. Tahun ini SMKAP menutup tirai dengan penganugerahan TEMPAT KEDUA, Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara Kuala Lumpur pada 21 November 2017. Semoga dengan anugerah  berprestij ini akan menambahkan lagi semangat warga SMKAP untuk terus memartabatkan ict dalam PdPc dan menjulang SMKA dalam arena pendidikan kebangsaan.

Good Luck for PT3…

OPEN TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2017

Syabas dan tahniah diucapkan kepada IQA ZUNAIRA MOHD ZAIRI dan jurulatih serta guru pembimbing atas kejayaan mengharumkan nama SMKAP di persada antarabangsa. Beliau berjaya memperoleh PINGAT GANGSA dalam 2nd Malaysia Open International Taekwando Championship 2017 yang telah berlangsung di Stadium Badminton Cheras Kuala Lumpur pada 6 – 8 Oktober 2017. “Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia“. Semoga Iqa akan terus cemerlang.

SKILL CHALLENGE AND TOURISM FESTIVAL 2017 (SkillCT Fest 2017)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Nur Haziqah bt Idris atas kejayaan memenangi tempat KEDUA dalam Perlis Photo Fest 2017 yang telah diadakan pada 25 – 27 September di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Pertandingan ini diadakan mengikut beberapa kategori. Kategori politeknik dan sekolah menengah. Lebih dari 10 buah sekolah menengah di Perlis dan 4 buah SM dari Kedah menyertai pertandingan tersebut. Para peserta  diminta merakamkan 3 keping gambar terbaik di sekitar politeknik Syed Sirajudin dan menghantar kpd juri pertandingan. Peserta diberi kebebasan untuk menggunakan alatan kamera atau handphone utk berfotografi. Gambar tidak dibenarkan diedit. Sesungguhnya puteri-puteri SMKAP mempunyai banyak skil dan kemahiran yang membanggakan. Teruskan mengasah bakat yang dikurniakan ALLAH agar ia dapat digunakan untuk kegemilangan Islam.

Program Video VISCOM ANJURAN Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Alhamdulillah Hari ni 18 Sept. 2017 SMKAP telah mendapat tempat kedua dalan pertandingan broadcasting pembaca berita anjuran Politeknik. Tahniah kepada Siti Aishah bt Asmadi yang telah menunjukkan bakat sebagai pembaca berita. Tahniah juga kepada anak-anak SMKAP yang telah berpeluang menggunakan pelbagai peralatan mutimedia yang bernilai jutaan ringgit di bawah Program Video VISCOM yang telah diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

 

PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT NEGERI PERLIS

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Yasmin Sufiyyah atas kejayaan memenangi tempat PERTAMA dalam Pertandingan Pidato Sekolah Menengah yang telah diadakan pada 14 Sept. 2017 di SMK Arau. Sesungguhnya anda adalah permata yang berpotensi sebagai daie, pencetus ummah. Tahniah kepada guru-guru yang telah terlibat secara langsung untuk kecemerlangan srikandi SMKAP. Alhamdulillah….

Permohonan masuk sekolah kawalan 2018 SMKA KAA SABK KRK

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BERUNIFORM BULAN PATRIOTIK PERINGKAT KEBANGSAAN (ZON UTARA) 2017

TAHNIAHH DAN SYABAZ *Pengetua, PK Pentadbiran, PKKO, Guru2 Penyelaras dan anggota kadet atas kejayaan dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform Bulan Patriotik Peringkat  Kebangsaan 2017 yang telah diadakan pada 19 dan 20 Ogos di Amanjaya Mall, Sungai Petani. Alhamudillah KRS Puteri dan Kadet Bomba Puteri SMKA (P) ALAWIYAH telah berjaya mendapat tempat Ketiga. Mabruk…. semoga lebih cemerlang pada masa akan datang.

Translate »
powered by rekommend.io