Pertandingan Daie Junior

Pertandingan Daie Junior sempena Karnival Pendidikan Islam SKK Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya di SMK Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang pada 23 dan 24 September 2016. Srikandi SMKAP tidak menghampakan apabila dianugerahkan Persembahan Multimedia Terbaik. Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta daie iaitu Humaira’ Sofiya bt Mohd Yusree manakala peserta multimedia Norhuda Dinie bt Norhamizi dan Mastura bt Mahayadin. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru pengiring dan jurulatih iaitu Ustazah Aizatul Fitrah bt Ibrahim dan Ustz. Zainah Abdullah serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melahirkan daie SMKAP yang serba boleh, dunia dan akhirat.

20160924_110923 20160924_124914 20160924_131151 20160929_092132 20160929_100853

KEJOHANAN TAEKWANDO PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

Kejohanan Taekwando Peringkat Kebangsaan Zon Utara 2016 telah diadakan di Dewan ILP Kangar Perlis pada 23 – 25/9 2016. Alhamdulillah sekali lagi srikandi SMKAP berjaya mengharumkan nama sekolah dan negeri menerusi Nurul Najwa Asyilah bt Roskifzan yang memegang Tali Pinggang Hitam memenangi PINGAT EMAS dan Hanis Syamimi Anis Afendi Tali Pinggang Merah memenangi PINGAT GANGSA.

taekwondo1 taek2

Salam AidilAdha

aidil-adha2

Merdeka59@SMKAP

Bulan Kemerdekaan Kali ke-59 disambut dengan penuh semangat patriotik oleh semua warga SMKAP. Pelbagai acara telah diadakan antaranya Bicara Tokoh bersama Mejar Bersekutu Ayub bin Ahmad, Sukaneka, Explorace dan gotong-royong sarana ibu bapa. Persekitaran sekolah juga bertambah ceria dengan hiasan dan kibaran Jalur Gemilang di seluruh kawasan sekolah. #SMKAPsehatisejiwa

dsc_2204 dsc_2206 dsc_2222 dsc_2227 dsc_2230 dsc_2697 dsc_2734 dsc_2780 dsc_2830 img_9301 img_9316 img_9327

KARNIVAL SUKAN SMKA

Syabas dan tahniah srikandi SMKAP dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua jurulatih yang telah mengharumkan nama Perlis dalam Karnival Sukan SMKA peringkat Kebangsaan (Zon Utara) yang telah dianjurkan di SMKA Al-Mashoor, Pulau Pinang pada 27 Ogos 2016. SMKAP telah menggungguli semua acara yang dipertandingkan. Mumtaz!!

dsc_2449 dsc_2590 dsc_2632 dsc_2648 dsc_2663

MAJLIS JASAMU DIKENANG CIKGU MOHAMAD NOOR DAIYAH

Begitu pantas masa berlalu…. SMKAP kehilangan sebutir lagi permata apabila Cikgu Md Noq bersara bermula 1 Ogos 2016. Cikgu yang menjadi favourite terutamanya dalam subjek Sejarah dan merangkap bapa kepada puteri-puteri SMKAP. Terlalu banyak jasa yang telah dicurahkan semenjak menjejakkan kaki ke SMKAP pada tahun 2010. Antara kejayaan termanis beliau ialah membentuk pasukan bola tampar SMKAP daripada pasukan nombor belasan kepada pasukan kedua terbaik negeri Perlis. Mempunyai minat yang mendalam terutamanya dalam bidang masakan dan nursery taman. Semoga beliau akan sentiasa diberi kesejahteraan dan kesihatan sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang pesara….

cg_md_noq_bersara

BANGUNAN KAJIAN SEJARAH PT3

bangunan asalsmkap dulu

tarphoto_2016-06-23_10-56-46 photo_2016-06-23_10-57-18

Bangunan asal SMKAP telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Halim Shah pada  16 Syaaban 1382H bersamaan 21 Januari 1963 yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu.  Pengetuanya pada masa itu Ustaz Hassan bin Syed Mohamad.  Pembinaan bangunan tersebut adalah atas daya usaha Allahyarham Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim iaitu bekas Menteri Besar negeri Perlis dan bangunan itu dibina oleh Kerajaan Pusat.

Bangunan 2 tingkat yang dilabelkan sebagai Blok H itu kini terdiri daripada 6 bilik darjah, satu bilik mesyuarat, Bilik operasi Kokurikulum, Pusat Cyber Sekolah dan bilik operasi Pengawas Sekolah.

Semarak Ramadhan 1437H

photo_2016-06-21_13-18-28 photo_2016-06-21_13-19-03 photo_2016-06-21_13-19-10 photo_2016-06-21_13-19-16 photo_2016-06-21_13-19-21 photo_2016-06-21_13-19-25 photo_2016-06-21_13-19-31 photo_2016-06-21_13-19-37 photo_2016-06-21_13-19-41 photo_2016-06-21_13-19-47 photo_2016-06-21_13-19-52 photo_2016-06-21_13-20-01

banner raya

National Science Challenge 2016

National sains chellenge

Alhamdulillah SMKAP berjaya mewakili negeri ke Peringkat Kebangsaan di UKM Bangi pada bulan Ogos nanti untuk National Science Challenge 2016. Di peringkat Negeri, SMKAP berjaya mengalahkan MRSM, SMK Agama Arau dan SMK Tg Suleiman. Semoga puteri-puteri SMKAP Aina Husna Mohamad Asri, Mardhiah bt Mohiding dan Nurulhuda Dini Bt Norhamizi akan mencatatkan sejarah manis di pentas kebangsaan nanti. Sama-sama kita doakan.

Translate »
powered by rekommend.io